new bloglist
new home new bloglist new bloglist

28 Disember, 2010

Home » » ini pasal kucing pula.

ini pasal kucing pula.

Salam..


(ihsan google imej)

cuba tengok kucing gemuk ni. tak dapat aku bayangkan si Bubu yang aktif lagi berjiwa kental itu berbadan gemuk macam kucing kat atas ni. pergh! mesti si Bubu akan jadi sangat pemalas dan kuat tido aje. bagusnya takde lah aku penat-penat nak kejar dia nanti. 

penat dowh. setiap kali nak masukkan dia dalam sangkar banyak pulak kerenah. mula-mula lari kononnya aku nak tangkap dia tapi memang nak tangkap dia pun. lepas tu bila nampak aku dah masukkan si Miyu terus dia buat-buat makan. sebab dia tahu aku takkan masukkan dia dalam sangkar kalau dia tengah makan. hurm.. kalau dah hari-hari macam tu takdenya aku tangkap sumbatkan juga. banyak pulak cekadak. 

sekarang apa yang aku nampak si Bubu dah kurang membuli si Miyu tapi nampak semakin pelik pulak bila si Miyu yang dok buli Bubu. kalau dulu Bubu yang geletek si Miyu tapi sekarang dah terbalik. HAHA. kelakar pulak tengok si Bubu jalan macam ketam semata mata nak hindari diri dari Miyu yang masih kecil tu. laju kot si Bubu lari bila nampak si Miyu datang kat dia. kadang-kadang tu dia buat berani pergi kat si Miyu tu. pastu dia lari balik. HAHA. pengecut rupanya kucing aku ni. badan besar, aktif kononnya setiap kali keluar dari sangkar memanjat je kejenya. yang si Miyu tak habis-habis nak bermanja-manja. aduhai.. lomah den.

masuk semester baru ni aku kena bawa salah satu pergi rumah sewa baru release sikit tension aku tengok kucing bermain. tapi mungkin aku bawa si Bubu yang nakal tu sebab dia dah besar. housemate aku pun dah kenal dia sejak kecil lagi. sampai ada salah seorang housemate aku cakap,

"za, nanti bawa Bubu! aku rindu kat dia..."

pergh! Bubu ada peminat. tak tahan betul kucing jantan berwarna kelabu ni. haish! kalaulah korang boleh tahan dengan kenakalan si Bubu tu aku tak kisah. aku nak letak luar je lah Bubu tu. senang sikit nak lepaskan bagi makan kat dia nanti. takdelah dia rasa terkurung je nanti kan. pelik juga aku kenapa kawan aku tak suruh aku bawa Miyu je. kan senang sikit nak jaga. manja pun ye. dah serasi mungkin. 

aku terpaksa tido awal hari ni sebab esok aku nak kena bangun pagi-pagi buta ke sekolah memandu. tak sabar dah ni. ingin aku gegarkan jalan dan litar-litar yang ada. HAHA.
ok, ja ne..

10 virus attack:

hans berkata...

hahahha
ku penah jumpa kucing lagi gemuk dari tu

P/S : Chak De! Malaysia....Amin!

Lovely Bella berkata...

kucing kt umah aku pun debab... ehehehe

cik zaza berkata...

@hansaku rasa aku tahu..kucing dr london yg ko idam2kn utk dipeluk tu ek?huhu..

cik zaza berkata...

@Lovely Bella kucing debab rasa mcm teddy bear kalo peluk.. ^^

hans berkata...

itu luar biasa besar
nih dkt malaysia
aku penah jumpa
warna hitam
dia duduk atas karpet warna hitam
xperasan dia kucing
sebab besar gila

P/S : Tolong Vote Saya Sebab Saya Nak Menang Buku Nih! (^_^)Y

cik zaza berkata...

@hanspergh! ada jugak kucing bsr kt msia..nsb baik tak terpijak..haha

adieyb berkata...

bestt oo kalo dpt pelok .haha

cik zaza berkata...

@adieyb agk ahh..rasa bleh terlena agknnye..hihi

intanurulfateha berkata...

arghh i mmg alergik dgn kucen
tkut kene geget! T__T

cik zaza berkata...

@intanurulfateha ttbe rase nk ckp cmni kt intan.."mkn budak !"
*takde kaitan..haha