new bloglist
new home new bloglist new bloglist

25 Disember, 2010

Home » , » Hobi aku men-download movie tapi berkurun lepas tu baru aku tengok. hehe..

Hobi aku men-download movie tapi berkurun lepas tu baru aku tengok. hehe..

Salam...
aduh! pening kepala. ini tak lain tak bukan sebab kurang tido semalam. apa taknya tido pun lepas subuh. orang kata tak elok tido lepas subuh tapi nak buat macam mana masa tu je lah mata aku baru mengantuk. ni semua gara-gara terlebih caffein sebab malam semalam mak aku buatkan kami sekeluarga nescafe. selalunya nescafe tak dapat halang aku dari rasa mengantuk tapi tak tahu lah kenapa semalam aku menjadi pulak tindakan caffein kat dalam badan aku. lepas subuh tu rasa-rasa pukul berapa aku bangun? HAHA. takde lah lambat sangat sampai ke tengahari. aku pun bukan boleh bangun lambat nanti adalah suara mak aku membebel kat luar. betapa kuatnya suara mak aku tu. ayah aku pulak kejutkan aku suruh aku bagi kucing makan. so nak taknak terpaksa lah bangun seawal yang mungkin. itu pun dah lambat bagi anak dara macam aku.


semalam sementara aku tak boleh tido ni aku duk mendownload movie jepun. encik matt yang recommend kat aku dan cikgu sue hari tu. dia recommend cerita tu pun bersebab, sebab utamanya ost cerita tu adalah lagu LOVE and TRUTH nyanyian Yui. ok, fine. aku dah addicted dengan lagu Yui. mula-mula tu tak berapa nak minat sangat bila dia recommend kat kami sebab sinopsis macam tak menarik. aku cari juga untuk didownload tapi macam tak kisah je bila torrent buat hal taknak gerak-gerak movie yang aku download tu. tapi lepas ditanya oleh cikgu sue aku dah tengok ke belum cerita tu dia terus excited nak bagi aku link direct download. alang-alang dah tak boleh tido aku pun download lah. pergh! tahu tak saiz kesemua sekali cerita tu lepas habis download berapa? 1.50 GB. mula-mula ingatkan drama tapi link yang dia bagi tulis cd 1 dan cd 2 nampak sangat lah movie kan.


sawajiri erika heroin cerita ni weyh! (ihsan google imej)




entah bila lah agaknya aku nak tengok cerita tu. nodame cantabile yang aku dah habis download sebelum ni pun tak berpeluang nak tengok lagi. buzzer beat yang dah berkurun tu pun sama. aduhai! time tengah takde kerja taknak pulak tengok. nanti bila dah busy baru lah teringat cerita-cerita tu nanti. terutamanya bila dah buka sem nanti. kompem lah masa tu nak habiskan cerita-cerita yang aku dah download. tengoklah, nanti sem baru mesti ada yang stay up memalam buta kononnya nak study tapi at last dok melayan movie. HAHA. dan orang itu adalah aku! nanti mulalah otak aku bagi ayat-ayat tak boleh belah kat aku, 
"alah, rileks lah. takkan asyik study je. stress lah kau nanti,"
tapi kalau study pun tak start lagi, movie yang start dulu aku stress jugak nanti. stress sebab kemudian hari kelak aku terpinga-pinga dan salahkan diri sendiri tak study dari awal. lepas tu mulalah buat kamikaze habiskan satu buku setebal buku campbell tu dalam satu malam. pergh! memang sewel aku lepas tu. nak nak sem depan banyak subjek membaca. ish. ish. bila lah nak sedar dak azza ni.


biology campbell. tak tengok ketebalan dan keberatannya lagi. huhu (ihsan google imej)




takde takde. sem depan no movie! study dulu lepas tu nak tengok movie tengok lah. dah sem 4 kalau result dok macam tu je rasa macam nak hempok-hempok kepala ni. tapi tu yang aku buat selama ni kan. kena lah terima. usaha ciput, result pun ciput lah. tapi alhamdulillah sem 3 yang lepas better dari sem 2 dan harap sem-sem akan datang pun akan lebih baik dari sem-sem lepas. nampaknya aku ni asyik buat entri mengenai sem baru. teruja nak start belajar balik agaknya. tirulah macam aku, bagus untuk korang semua tapi jangan tiru sangat sebab aku awal-awal je excited. kekeke..
ok, ja ne..

14 virus attack:

Kasim Ahmad berkata...

sma la dengan gua.. bnyk movie downlod..tpi xtengok pon lagi..heehe

niesh™ berkata...

baca campbell ke tgk mubi lagi best? hahaha. mesti tgk mubi kan. :DD

ken berkata...

saya pun.. sudah download.. tapi simpan saja.. tak tengok pun :P

sugar2 kapas strawberry berkata...

lagu yui..please stay..best kot

Yan berkata...

dik.. download movie dari mane.. leh share??

salam kenal
jemput ke blog undi anak akak klu sudi yer
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html

tq

Ara Amnan berkata...

Hye Cik Zaza.
Yup agree sgt. Nescafe mmg buatkan mata segar bugar, padahal rasa mengantuk amat!

cik zaza berkata...

@Kasim Ahmad hobi yg sama..nati rase cerita tu dah bertahun br tgk ek..hehe

cik zaza berkata...

@niesh™ movie! tp dr tgk movie sy prefer dgr lgu smbil terpekik terlolong dlm ruma..hehe

cik zaza berkata...

@ken bagus2..kite mmg sama..hehe

cik zaza berkata...

@sugar2 kapas strawberry sy suke sume lagu dia..huhu.. xD

cik zaza berkata...

@Yan sy dwnload kt blog jugak.. ni link blog tu..

http://moviereviewsquare.blogspot.com/

ok kak! xD

cik zaza berkata...

@Ara Amnan tau xpe..tu yg jd bdn lemah lepas tu kn..

hans berkata...

hahahaha
kadang2 ku download2
peram lama2
last2 ku delete
xtgok lagi pun
hahahaah

P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia Vs Indonesia....Siapa Menang?

P/S : Azam Tahun 2011

cik zaza berkata...

@hans haha..peram2 pastu delete lg xboleh belah..aku tgk la jugak br delete.hehe