new bloglist
new home new bloglist new bloglist

26 Disember, 2010

Home » » senyumlah senyumlah ahai cek mek molek..ohoi !

senyumlah senyumlah ahai cek mek molek..ohoi !

Salam..
siapa sini tak pernah senyum? angkat kening cepat!.. ok, macam menipu kalau tak pernah senyum kan. tukar soalan, siapa sini yang susah nak senyum? cepat angkat kening mengikut irama dondang sayang. ewah! 
korang jangan salah sangka kat orang yang susah nak senyum ni. kadang-kadang orang klasifikasikan mereka yang susah nak senyum ni seorang yang sombong. uik, tak baik judge orang macam tu. ada banyak benda yang boleh jawab soalan kenapa mereka ni susah nak senyum. 

apa pandang-pandang? (ihsan google imej)


garang tak? grrrrr!!
ada yang berfikiran kalau kurang senyum atau buat muka serius tahap dewa mesti orang takut dan hormat pada kita. kononnya nampak garanglah dengan muka yang ala-ala harimau yang kelaparan tu. kenapa nak sangat miliki wajah yang garang? yang tu kena tanya tuan punya badan lah. mana tahu dia jenis yang muka je nampak garang tapi dalam hati ada taman takpun muka je nampak garang tapi bila bercakap boleh buat orang sekelilingnya tergelak sakan, takpun korang fikirlah sendiri.


jangan senyum bang, tergoda i tengok..
senyuman yang menggoda juga merupakan salah satu masalah bagi mereka yang serius ni.
"laaaa...salah ke ada senyuman yang menawan lagi sejuk orang yang melihatnya,"
itu kata koranglah. tapi kena ingat juga dari senyuman yang menawan juga perkara buruk berlaku. dari senyuman yang buat orang tergodalah berlakunya gejala pembomohan. apa lah aku ni fikir yang negatif je. tapi tu lah yang berlaku dunia sekarang ni. tak senyum kena bomoh juga macam mana tu?

alololo..comelnya... (ihsan google imej)


gigi i cantik ok. limited edition !
walah! gigi kalau dah cantik bagi aku takde masalah nak senyum-senyum ni. tapi apa yang maksudkan di sini bukan gigi yang teratur cantik, putih bersih ye kawan-kawan. aku berkata mengenai gigi yang macam ni

hai! (ihsan google imej)


cantik bukan? limited edition weyh! tapi aku rasa senang je kalau nak dapat gigi secantik ini. contoh yang paling senang macam iklan kat TV tu lah. iklan senyum yang ada apek dan kuman ku2. tak ingat jugak? haa.. kalau tak ingat tengok video kat SINI tau.

so, konklusinya senyumlah selagi kita mampu. senyum tu kan sedekah dan senyum juga boleh buat orang tak jadi nak marah dengan kita kan. tapi senyumlah seikhlas hati bukan senyum yang dibuat-buat untuk mengambil hati ye.
ok, ja ne..




2 virus attack:

hans berkata...

hehehehe
yups
senyum
tak perlu apa2
bila kita senyum semua orang berjangkit
bila semua senyum dunia tiada penyakit
tgok aku dah ternyanyi lagu senyum
heheheh

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

cik zaza berkata...

@hansyeah!itu yg aku nk dgr..haha..terus nyanyi xbleh blah.. xD