happy birthday to me ! ok, fine.. to my mom..

Salam..
seperti yang telah ku nyatakan di atas hari ni 29 Disember adalah hari jadi mama aku. ok, bila masa pulak aku panggil mak aku mama. saje nak bodek. 

sebenarnya aku nak wish mak aku pukul 12 tengah malam semalam tapi disebabkan mak aku dah tido macam tak sopan pulak nak kejutkan. mahu terkejut mak aku nanti kalau aku kejutkan dan berkata,

"happy birthday!"

tak pasal-pasal dapat hadiah dari mak aku. birthday dia aku yang dapat hadiah. HAHA. so, dengan kudrat yang ada terpaksalah bangun pagi-pagi semata-mata nak wish kat mak aku. ok, aku tipu aku memang kena bangun pagi sebab tadi aku ada kelas memandu. aku dah siap, dah wangi-wangi ni. mak aku pun sama aku terus datang dekat mak aku hulur tangan sambil mengucap,

"mak, selamat hari jadi,"

senyuman ikhlas aku bagi begitu juga dengan ciuman tanda kasih aku dekat mak aku. lepas tu baru aku dapat hadiah. kali ni betul-betul hadiah. ciuman dari seorang ibu. 



cantik tak mak aku? aku tahu gambar ni tak berapa cantik walaupun setelah di-edit. nak buat macam mana aku hanya mampu menggunakan kamera handphone aku ni je. tapi, inginku nyatakan di sini. mak aku memang cantik macam aku. ok, perasan. bukan macam aku lah. tapi ada iras-iras aku. aku tak secantik dia.

lepas birthday mak aku akan menyusul birthday family aku yang lain. ada 4 orang birthday dekat-dekat. dulu masa aku kecik kami pernah sambut birthday sekali. oh, takde lah sekali. just aku dan kakak aku. sambut pada birthday dia. sedihnya masa tu kawan-kawan dia ramai gila datang bawa hadiah untuk dia tapi aku, kawan tak datang hadiah satu pun tak dapat. sedih betul. masa tu umur aku lebih kurang 6 tahun. so, officially nye pada hari tersebut mereka bukan sambut birthday aku sekali. cakap je sambut sekali tapi kek nama kakak aku sorang je. sebab tu aku berani mengaku dekat kawan-kawan aku yang aku tak pernah sambut birthday.

HAHA. udah-udah le tu buat cerita sedih. hari ni kan birthday mak aku. buat apa nak sedih-sedih kan. aku harap mak aku panjang umur dan murah rezeki.

"mak, aja belum berpeluang nak bagi mak hadiah istimewa tapi insyaAllah satu hari nanti selagi doa mak sentiasa mengiringi perjalanan hidup dan usaha aja selama ni,"

aku sayang mak aku.

ok, thanks for reading.
ja ne..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.