new bloglist
new home new bloglist new bloglist

27 Disember, 2010

Home » » yeyeh! serak sudah suaraku gara-gara terjerit terlolong macam polong berkarok semalam .. adehh !

yeyeh! serak sudah suaraku gara-gara terjerit terlolong macam polong berkarok semalam .. adehh !

Salam..
semalam aku tak sempat update untuk entri tengah malam. kononnya nak update lepas bersukaria bersama kakak dan adikku yang tercinta tapi balik je dah dekat pukul 12 tengah malam. nak kata penat ye jugak tapi malam tadi macam susah je aku nak lelapkan mata. badan aku memang terasa letih, mengantuk? lagilah. tapi.. awat mata taknak lelap ni? sampai dua kali aku buka laptop tapi tak sampai berapa minit (lepas tengok takde komen nak di approve dan segala ruangan sosialku sudah habis aku check.)


uhuk..uhuk..
tekak pun sudah terasa sakit. ni dah lama tak terpekik terlolong depan skrin TV yang dihiasi tulisan-tulisan rumi untukku menjerit mengikut rentak irama yang dimainkan. memang kesukaanku. kalau duduk saje-saje kat rumah bosan aku akan terpekik terlolong jugak dalam bilik. tak kisahlah lagu apa yang dimainkan. macam tu jugak berlaku semalam. aku tak jadi penyanyi utama semalam, jadi backup singer pun cukuplah buat aku nak terkeluar anak tekak. HAHA. dari lagu-lagu rock kapak sampailah lagu-lagu baru semua aku balun. bak kata kakak aku,


"gile ahh kau, lagu rock kapak ni pun kau tahu ke?"


nak buat macam mana. kan aku dah cakap aku layan je semua lagu. yang taktahu tapi biasa dengar tu biasalah kan. jangan ingat aku layang lagu jepun dan korea je. nak nak dapat abang dan adik yang suka buka lagu-lagu macam tu kuat-kuat kat rumah. ex aku peminat rock kapak juga.  tapi semalam memang lepas gian habis lah. rasa macam taknak keluar je dari bilik karaoke tu. HAHA.


semalam juga dah macam sesi luahan perasaan bersama adik dan kakak aku je. ok dan juga kawannya. semua kena dok fikir masalah yang sorang ni. dan terkeluarlah segala postulate yang sebelum ni kami tak pernah terfikir langsung,


"huh! boleh pakai jugak kepala otak adik aku ni,"


tak sangka kawan yang sudah dianggap saudara kononnya sanggup buat macam tu kat kita. betullah kata-kata yang pernah aku copypaste dari twitter dan tumblr.


Never trust anyone. Not even your closest friends. Because someday one of them can hurt you so badly that you'll never be able to trust again.


sebelum ni macam isi dan kuku kononnya, tapi lepas satu, satu masalah timbul yang baik tu lah yang tikam belakang kita balik. 


ok, udah-udah le tu cik zaza berkata mengenai tikam belakang. ada yang tak suka, aku tahu. nanti tak pasal-pasal datang soalan anonymous yang menimbun-nimbun tanya aku kat formspring,


"kenapa kau suka sangat tanya pasal kawan tikam belakang hah?"
"kenapa kau suka tanya pasal betray ni hah?"
"kau ingat bagus sangat lah kau nak tanya pasal kawan-kawan ni,"


HAHA. anonymous yang emo. (huh! kena pulak nama yang aku bagi ni.) padahal soalan-soalan pasal tu sudah berabad lama aku tanya dan masa dia tanya tu aku dah jarang tanya kawan-kawan aku kat formspring. orang kata, kalau nak cari pasal benda yang dah lama diungkit balik. layankan aje. anyway, aku memang suka jawab soalan formspring. tak kisah lah dari anonymous ke dari yang berdaftar ke. kalau sudi bertanya soalan kat aku, silakanlah. feel free to ask me. tapi ada jugak batasnya. hehe. 
k, ja ne..

11 virus attack:

akublog berkata...

Wahh.. Karoke.. I Like..!! Karoke kat mana tu>

jijie berkata...

haha.. kawan yang mana satu ni?

cik zaza berkata...

@akublog kat bintang..melaka..tau? =p

cik zaza berkata...

@jijie ntah2..haha

hans berkata...

karok lagu rock?
cool
hohohoho
ku karok lagu M.Daud Kilau jer
ekekekeke

anon?
abaikan mereka
hehehe

P/S : 5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya

cik zaza berkata...

@hans aku cari jugak lagu m.daud kilau tak jumpa pulak..kalo tak nk je aku bergelek sakan dlm tu..haha

Cikbelog berkata...

karok kaT mahkota parade,melaka bes juhgakk :D

cik zaza berkata...

@Cikbelog a'ah ok jugak..bilik lbh kurg tp murah lg..huhu

Zayanie berkata...

u2... i ade tag u :) nnt g kt blog ea :)

cik zaza berkata...

@Zayanie ok dear.. ^^

Social Bookmark Dofollow Tanpa Daftar berkata...

Salam kenal mbak yaaa, aku dari malang

Social Bookmark Dofollow Indonesia