Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

aku ingin berlayar bersama sinbad..

Imej
Salam.. sekali lagi pembukaan entri dengan video. korang pernah tengok video kat atas ni? intro dari cerita bersiri the adventures of sinbad season 1. tak silap aku masa ni aku masih seorang kanak-kanak yang duduk di bawah ketiak mak lagi. HAHA. tadika lagi beb. entah macam mana lepas dengar lagu on the floor yang dinyanyikan oleh jennifer lopez dan pitbull aku boleh teringat pulak cerita sinbad ni. cerita yang pernah membuatkan aku addicted setiap hari sabtu malam ahad kot pukul berapa aku dah lupa, yang pasti lepas cerita ni sama ada cerita hercules atau xena the warrior princess di ntv7. pergh! boleh tahan jugak daya ingatan aku. HAHA.   ouuhh..abang dada bulu!HAHA..geli aku![ihsan pakcik gugel] aku ikut cerita ni dari season 1 sampai season 2 kot. sebab utama hero dia macam macho. kecik lagi dah gatal. kakak aku le yang ajar ni. ish. ish.. bad influence untuk budak kecik yang innocent macam aku. jomlah layan lagu on the floor jennifer lopez yang aku duk cakap sampai boleh...

aku benci..

BENCI.. perlu ke perasaan ini kalau kita marah kat seseorang? sejauh mana perasaan ini boleh menyelesaikan masalah kita? dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan BENCI kalau perasaan ini senang-senang dilemparkan kepada orang lain? murah sangatkah perasaan kita sampai sesuka hati memberi perasaan walaupun BENCI sekalipun, sayang apatah lagi. dan bagaimana pula dengan sabar yang lama terpendam?  "dia tak sengaja buat macam tu, sabar je lah. takkanlah sebab masalah remeh pun nak benci orang," tapi, setelah sekian lama melupakan ianya berulang kembali? sebanyak seribu lapan ratus lapan puluh lapan kali berlaku. kenapa? tak pernah mengaku kesalahan atau tak pernah ambil tahu dengan teguran orang?  bila sesuatu buruk berlaku, baru nak menyesal? atau takkan dan tak pernah nak menyesal langsung? sebab tak pernah fikir semuanya berpunca darinya. kenapa? ego atau terlebih fikir diri adalah seorang yang bagus dan sempurna. mungkin.  humans are not perfect

study le sangat!

Imej
salam.. takde mood ber-online. *penipu! tapi twitter hari ni berpuluh jugak aku update. pfft! kemalasan melanda terutama pabila study week menjelma. rajin le sikit, carry mark dah lah macam hape. takkan lah kau nak extend aza oii..  buku fundamentals of biochemistry dari semalam menemankan aku tidur dan sekarang buku tersebut berada di depanku. tapi mataku tak henti-henti tengok laptop. nak kata busy online tak jugak. apa aku buat dari tadi?! membuang masa dengan menonton cerita kartun. aigoo.. bajet lah tweet macam-macam. "bosannya.." "taktahu nak buat apa," "nak buat assignment," tapi.. takde pun. masaku terbuang macam tu je. bila aku nak serius ni?! tension lah tengok keadaan aku ni. suruh study taknak, pastu kata bosan bagai. tv terpasang dari pagi tengok pun tak jugak. arghh!!.. gmbar takde kena mengena dengan aku. [ihsan google imej] terbuka, ternampak dan terbaca kat fb ada orang kutuk blogger feymes kalau blogger tu nampak kompem follower f...

tengok video sat, jap lagi study.

Imej
Salam.. dah tengok video yang kat atas ni? terasa excited pulak nak share kat korang sbb video ni sangat comel!! (kyaaa!!) selain ada sikit-sikit sama dengan kisah aku. kalau korang ikut entri-entri blog ni dari awal mesti korang akan tahu apa yang samanya. biasalah sebelum ni den suka buat cerita-cerita yang orang taknak baca. HAHA sempat pulak aku menghupdate blog. padahal bangun pepagi buta ni nak study *kononnya . tapi sekarang study ke mana, keje lagilah ke mana. orang kata sambil-sambil study. blog ni sampingan je lagipun aku jarang update blog sekarang ni kan.  'siaplah kau blog, start cuti nanti aku ganyang ko habis-habisan!' p/s lama tak buat (p/s) camni. HAHA entri yang tak berkualiti dari aku...

selagi tak tutup mata..keje,keje,keje..

Imej
Salam... "za, balik ni ko update blog," eh? pehal lak minah ni tiba-tiba suruh aku update blog? tahu lah blog aku dah lama gila aku tak jenguk. nak update lagilah jauh sekali. aku pandang dengan muka penuh tanda tanya. tak payah buat muka camtu tu orang dah tahu aku blur. HAHA. nak buat macam mana aku memang blur. sobbbss... "pasal kebizian kite yang tak putus-putus ni lah. orang nak dekat final kelas takde sangat, assignment dan test mungkin ada tapi ada lah jugak masa nak buat. ni tak kelas sentiasa penuh assignment datang bertimpa-timpa ntah bila kita nak buat pun taktahu," ok. dan sebabkan tu lah aku masuk ni dah dekat 2 bulan tak tido malam! mata kompem akan tersedar pukul 2 pagi. sebelum tu tido awal lepas makan. nak kata awal tak awal sangatlah kadang-kadang tido jugak pukul 12 or 1 pagi. tapi tak lama, dalam pukul 3 or 4 mesti bangun balik. tak set jam pun dah boleh bangun. bangun buat keje yang tak siap lagi plus yang dah kena reject. sobbsss... ...

tangisan dalam tidur...

Salam.. aku dapat nightmare. nightmare yang sama dengan keadaan sebenar tapi versi penyelesaian yang aku sendiri tak sangka-sangka. mungki aku terlalu fikir pasal benda tu. bila tersedar, aku terus check benda yang aku asyik check start dari pukul 4 pagi semalam a.k.a. pada 10 april. tapi sama je. air mata dah mula menitis. sama seperti dalam mimpi tadi. kenapa aku ni? dah macam orang gila. kenapa aku sensitif sangat pasal benda ni? aku taktahu lah apa yang akan berlaku kalau keadaan ni berterusan dalam jangkamasa yang lama. mungkin aku lebih teruk dari ni... maafkan saya...

bukan tips sangatlah: buat kerja last minit.

Imej
Salam... stress. mungkin juga setelah lab report yang berminggu-minggu aku kerjakan telah di-reject oleh lecturer. *takde minggu sangatlah kot. tapi terasa tension lah jugak dengan kerja yang tak pernah nak siap. kalau siap pun mesti tak berapa nak confident sebab takut kena reject dan terpaksa buat untuk kali yang kedua, kelima mahupun kesepuloh! ok, think positif. lecturer nak biasakan aku dengan final year project takpun senang kalau praktikal nanti. ataupun sebenarnya lecturer nak bagi markah lebih untuk carry mark aku sebab tu dia buat macam ni. aku pun suka sangatlah buat kerja last minit manalah tak di-reject benda-benda tu semua. haizzz!! jadi, sila-silalah buat kerja di awal waktu. lepas dapat tajuk assignment je terus buat. kalau hari tu jugak siap pun lagi bagus senang sikit nak pergi tanya lecturer dengan hard copy yang dah siap print. kalau kena reject pun korang masih ada masa nak betulkan ikut apa yang lecturer tu nak. sekurang-kurangnya takdelah lambat hantar pas...

anugerah bintang popular 2010..

Imej
Salam... apehal aku ni? keje berlambak boleh lak nak update blog ni ha. ketekunan buat keje sampai sepuloh kali mimi si kucing ni merajuk dengan aku, mengamuk sambil mengoyak-ngoyakkan tisu rumah ni. pergh! rilek lah mimi den tau lah den dah tinggalkan ekau semalam. malam tadi, ku pikirkan dapatlah aku membuat keje dan menghabiskannya bagi mengelakkan ada penundaan tapi apakan daya aku terpaksa berkongsi kasih dengan abph atau anugerah bintang popular di ruang tamu. hilang konsentrasi aku. terpaksa memilih antara dua laptop (assignment dan kadang-kadang twitter) ataupun tv? oh, tidak! mata asyik melekat kat tv. tutuplah laptop sat. tapi... awal-awal dah tengok Fasha Sandha menggondoli piala abph dan lepas tu je. *krohhhh....krohhhh.. den dah tak dapat nak tahan mato dah ni.. bangun dah le tengah malam boleh pulak tanya dengan si mimi, sebab kat ruang tamu tinggal aku dan mimi je, "eh, abph dah habis ke?" HAHA. mimi pun memandang aku dengan muka pelik. aku dapat rasakan dia ...

gambar korang mudah dicari dengan google..

Imej
Salam... sabtu yang kononnya takde keje padahal keje berlambak perlu disiapkan, aku duk meng-google imej yang bakal keluar jika nama-nama mereka yang terpilih ditaip. sape orang tu? tak perlu tahu, biar aku saje yang tahu. kamu mungkin kenal dan mungkin juga tidak. "apa masalah aku dok menggoogle gambar orang ni?" saje, nak buang tebiat barangkali. tak sanggup nak tengok buku setebal kayu balak raw yang belum dijadikan papan. mahupun memandang result experiment yang aku dah nampak macam double cheese burger ni. *fuh! nasib baik dah sampai hajat makan mekdi kalau tak mungkin laptop ni yang aku telan nanti. berbalik kepada tajuk. maka dengan penuh ketekunan aku menggoogle namaku dulu. dari cik zaza username blog aku sampailah ke gransazer nama yang pernah aku gunakan dalam blog ni dulu. tak ketinggalan nama-nama dalam facebook aku. erk! wajahku! aku dah start seriau. kemudian nama-nama terpilih. lagi banyak! ouh, lupa orang yang aku google tu memang feymes. tak hairanlah. ...

bibir menawan, bibir menggoda...

Imej
Salam.. [ihsan GOOGLE imej] bibir seksi macam angelina jolie ni digilai ramai wanita untuk memilikinya. ni stok-stok yang tak bersyukur dengan kejadian sampai sanggup buat pembedahan untuk membesarkan sikit bibir mereka. ada yang jadi ada yang makin teruk biasalah buatan manusia takkan sesempurna kejadian Allah. kalau jadi pun mesti ada yang slek. jom kita tengok rahsia beberapa jenis bibir yang telah dikopipes oleh aku dari forum INI .  Bibir segar dan kemerahan Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan k...