new bloglist
new home new bloglist new bloglist

03 April, 2011

Home » » gambar korang mudah dicari dengan google..

gambar korang mudah dicari dengan google..

Salam...
sabtu yang kononnya takde keje padahal keje berlambak perlu disiapkan, aku duk meng-google imej yang bakal keluar jika nama-nama mereka yang terpilih ditaip. sape orang tu? tak perlu tahu, biar aku saje yang tahu. kamu mungkin kenal dan mungkin juga tidak.

"apa masalah aku dok menggoogle gambar orang ni?"

saje, nak buang tebiat barangkali. tak sanggup nak tengok buku setebal kayu balak raw yang belum dijadikan papan. mahupun memandang result experiment yang aku dah nampak macam double cheese burger ni. *fuh! nasib baik dah sampai hajat makan mekdi kalau tak mungkin laptop ni yang aku telan nanti.

berbalik kepada tajuk. maka dengan penuh ketekunan aku menggoogle namaku dulu. dari cik zaza username blog aku sampailah ke gransazer nama yang pernah aku gunakan dalam blog ni dulu. tak ketinggalan nama-nama dalam facebook aku. erk! wajahku! aku dah start seriau. kemudian nama-nama terpilih. lagi banyak! ouh, lupa orang yang aku google tu memang feymes. tak hairanlah. 

contoh hasil google dari cik jajabin'. (gambar dari blog ni kecuali dua gambar terakhir)

bahaya kalau muka sendiri boleh didapati di mana-mana hanya dengan menggoogle macam ni. macam mana ye aku nak block dari google search atau mana-mana search di internet ni dari mempamerkan gambar aku bila nama aku atau apa-apa yang berkaitan denganku ditaip? mungkin mustahil block dan takde langsung yang keluar takpelah, asalkan dapat kurangkan cukuplah. tak pasal-pasal esok atau lusa korang ternampak muka aku di mana-mana gambar yang tak menyenangkan. *bajet cun orang nak hamek gambar aku. HAHA. but seriously.


mengupdate mengenai ini di twitter
tetiba ada yang terperasan dan menukar
gambarnya di facebook..
Alhamdulillah. masih ada yang prihatin dan
amek langkah berjaga-jaga
atau beliau hanya terasa dengan tweet aku tu?
atau aku saja yang perasan? wallahualam..

16 virus attack:

HEROICzero berkata...

keh3x. google neh memang macam2 lah. taip nama aku, keluar result waktu form 4, 5 dulu2.

pondokburuk berkata...

nampaknya akak pun kena kurangkan gmbr2 dlm internet, tapi biasanya akak upload gmbr yg jarak jauh je (kalau sorang)..

Farhana Jafri berkata...

prnah gax search gmbar sndri kat google.. sume gmbar dri FB,twitter ngn blog kluar.. seram tul.. sng je org nk cri.. hu3

jemput singgah ANASAURUS :)

gabanMorka berkata...

cne nak kontrol privacy kat google tuh?

jaa64 berkata...

tu la pasal kan...sng je nk dpt pic nih

new entry: sejujurnya aku cemburu ;(

cik zaza berkata...

@HEROICzero huchhoo!masa form 4,5 msti ko masih muda remaja dan bergetah lg masa tu..haha..aku kuar gmbr skrg.byk upload gmbr kot aku yg skrg ni..huhu

cik zaza berkata...

@pondokburuk nmpknya sy pun kne amek gmbr jarak jauh la lepas ni.uhuhu..

cik zaza berkata...

@Farhana Jafri tau xpe..bhya btul tak pasal2 je nati..huhu

cik zaza berkata...

@gabanMorka tu yg aku taktau tu..aku tanya kakak aku dia kata kt setting blogger kat mana dia tak ajar pulak..huhu

cik zaza berkata...

@jaa64 tu la..kite kena la berjaga2 kn..

Matt berkata...

aku pun lum tau camne nak avoid sumer ni...aku tweet ckp psl oren sunkist pun kuar gambar aku bila search psl sunkist huhu...

kaka1407 berkata...

google ni bijak sebenarnya...
mcm2 dia bleh cari...

RaMa-RaMa unGu berkata...

huhu takOt la cmni.... bahaya.... kena pattern kan gambO ni...hehehe

cik zaza berkata...

@Matt tu la tak kisah la apa je yg ada kaitan dgn kite mesti ada selit2 gak pasal kite.huhu

cik zaza berkata...

@kaka1407 macam doraemon je.huhu..macam2 boleh cari..

cik zaza berkata...

@RaMa-RaMa unGu takyah letak gambar terus..huhu..tak pun kocikkan gambar ke..