Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Apa Yang Boleh Mengurangkan Kebosanan?

Ok, sebenarnya dari semalam aku bersiar-siar di youtube, mungkin kebosanan sudah pun ke tahap gaban (dari hari tu lagi). Mencari channel dan video yang boleh mengubat rasa rindu. Tettt! Rindu pebendenye? Bosan lebih tepat. Video kat atas ni dari Ellen @TheEllenShow. Perempuan yang agak berumur video beliau buat aku gelak tak kisahlah video macam yang kat atas ni ataupun video wawancara saja. Tapi aku rasa video yang pasal Harry Potter ni memang lawak. Boleh pulak buat macam tu depan Voldemort. HAHA. Ada banyak lagi dia buat video macam ni, yang dalam film, dalam music video pun ada. Mana-mana mesti nak menyelit. kehkeh.. Here's another video. Macam mana boleh ada minah Ellen ni dalam music video dak Bibir ni? HAHA Ok, nak cari video lain bagi mengisi kekosongan (cehh!) kebosanan buat masa sekarang. psstt! khamis ni den test jpj nervous pulak rasa...

Mood Hilang Bila Lapar

Bila dah ada kat rumah, setiap hari dari pagi sampai ke malam lepas tu sambung esoknya lagi tak habis-habislah cakap pasal kawen. Adoyai, tahulah masing-masing dalam rumah ni nak kawen. "Ja, kau buat le kan kaklong invitation card. Buat comel-comel macam budak sekolah tadika pun takpe asalkan comel," Rajinlah pulak aku nak buat benda tu. Kang kalau aku buat ada je yang tak puas hati. Huh, menyampah! Semalam aku temankan kaklong aku pegi beli barang untuk buat hantaran kawen dia. Semestinya aku bukanlah wedding planner, jadi kewujudan aku semalam hanyalah sebagai penguat segala cadangan, bukan pemberi idea. Tak pandai aku nak bagi idea bab-bab kawen ni. Aku manalah penah kawen. "Kau rasa ok tak beli yang ni buat hantaran? Pastu yang tu sekali, lagipun nak masukkan yang aritu jugak, so macam mana? Apa kau rasa?" "Aja rasa lapar, jom MarryBrown," HAHA. Memang itu yang mampu aku katakan ketika bertubi-tubi soalan ditanya oleh kakak aku. Bukan tak...

Tag Sebelas Soalan.

Salam 'alaik.. *dah sepuloh kali taip, backspace, taip backspace* Fine, kali ni takde muqaddimah berbunga-bunga terus kepada tujuan aku update blog. Boleh? Nak jawab tag je ni. Biasalah, aku kan memang tengah takde idea, sepatutnya idea aku untuk update blog datang seminggu sekali je. Udah-udah le tu membebel panjang, ni aku nak jawab tag ni. Wahhh! Budak pemalas nak update blog jawab tag. kihkih Sebenarnya aku nak update entri kali ni dengan menjawab tag sorang blogger, Amir namanya kalau tak silap aku. Aku tahu username twitter dia je. Tag yang mempunyai 11 soalan dan semestinya di penghujung tag ini aku hendaklah men'tag' orang lain dengan 11 soalan dari aku pulak. Dan kemudian perkara yang sama berlaku kepada orang yang ditag tersebut. Dan, aku explain seolah-olah korang taktahu apa itu tag di kalangan blogger. Heh. Soalan Amir; 1. Apple product atau Orange product? Secara jujurnya aku yang bajet innocent ni tak paham soalan di atas. Memula aku pikir mungkin...

Kebosanan Tahap Gaban.

Imej
Salam 'alaik.. di-google saja tapi ter-google ke blog INI Semakin bosan, buka facebook takde apa yang nak lihat melainkan gambar-gambar yang boleh membuatkan aku tergelak sorang-sorang depan laptop sambil berguling-guling sebelum ditegur mak aku. Buka twitter, timeline laju sampaikan tak sempat nak baca satu-satu tweet mereka yang sibuk meluahkan perasaan, memberi info ringkas serta bercakap sorang-sorang. Tengok movie, jari tak lepas dari butang forward disebabkan semua cerita dalam laptop ni dah ditengok. Baik tak payah tengok. Tengok muzik video feveret, kedua-dua tangan secara automatiknya mengikut sepertimana penyanyi dalam muzik video itu lakukan. Dan sekali lagi ditegur mak aku, "Buang tebiat ape kau?" Bosannya! Dah mati kutu taktau nak buat apa ni. Hanya mengharapkan cikgu kelas memandu call dan bagitahu bila nak belajar kereta. Itupun tak selalu disebabkan cikgu aku tu mempunyai ramai pelajar, dan ramai jugak yang dah dapat lesen aku je yang tak habis-h...

Review Ombak Rindu

Imej
Salam 'alaik.. Setelah beberapa minggu terperap kat rumah sejak mula cuti lagi baru semalam aku keluar dengan kakak aku. Itupun keluar malam semata-mata nak tengok cerita Ombak Rindu. Macam pelik je pegi tengok wayang cerita melayu. Sebelum ni ada je tengok cerita melayu kat wayang malam-malam tapi selalunya cerita seram lah. Aku rasa cerita semalam yang aku tengok tu pertama kali kot nangis berjujuran air mata dah macam air paip tak boleh nak sekat-sekat lagi. Demm! Aku dah pernah baca novel Ombak Rindu dulu tapi masa zaman sekolah la, tak silap aku form 2 kot. Dah lama sangat, jalan cerita mungkinlah ingat sikit-sikit ataupun masa aku tengok semalam kepala aku dah bercampur dengan jalan cerita yang lain. Bajet rajin baca novel, padahal takpun. Tapi aku tak puas hati dengan panggung wayang yang kami pegi semalam. Tiket wayang pukul 10 malam, masa kami masuk tu dah tepat pukul 10 tu pun kena tunggu lama dalam setengah jam kot baru wayang nak start, even iklan pun tak start...

Selepas Itu..

Salam 'alaik.. Salam sejahtera dan salam bahagia. hehe.. Kelaparan kian terasa, bunyi-bunyian perut yang kadang-kadang merdu juga bila didengar menjadi muzik iringan ketika ini. Nak kata tak breakfast tadi aku pekena kuew tiaw goreng kat kantin driving school, walaupun tak habis. Balik saje rumah, Mimi dah tunggu depan pintu kononnya menunggu aku balik kemudian berlari ke dapur menandakan ia sedang lapar. 'Sabau le Mimi, aku pun tak makan lagi ni ha,' Aku masuk bilik, buka apa yang patut. Tiba-tiba dengar bunyi kucing, "eeekkk.. eeekkk.." Kucing tu tak mengiau tapi merengek sambil terlompat-lompat dari dalam kotak kononnya nak keluar. Bila dikeluarkan, berlari macam dah tegap jalan je anak kucing ni. Kejap-kejap terjatuh kemudian berlari lagi. Mimi dari jauh tertinjau-tinjau melihat anak kucing tersebut bermain sendiri. "Uiiihhh Mimi! Sini le main dengan Mio," Mimi pandang aku sekejap kemudian ia duduk memerhati dari jauh. Dah rasa puas t...

Cerita Kucing.

Imej
Salam 'alaik.. Kucing semakin banyak kat rumah. Ada yang merayau dari dapur ke ruang tamu, dari ruang tamu ke halaman rumah, dari halaman rumah pergi ke dapur semula. Ada yang lepak sambil tengok tv bersama-sama ayah dan mak. Ada yang duduk rileks sekejap-sekejap dah terlelap kat tepi kabinet rumah dan ada juga yang berada kat dalam kotak lena dibuai mimpi tidak mahu diganggu memandangkan ianya masih kecil dan tidak mampu bermain. 'Masih kecil?' Ye, kami baru saje dapat kucing baru yang masih kecil berwarna putih dan ianya adalah jantan. Mio namanya. Bagi peminat cerita jepun, tidak perlu terkejut sebab nama tersebut memang aku amek dari cerita Ikemen Desu Ne ataupun You're Beautiful (maknanya) yang release tahun ini jugak. Dan sebenarnya nama tersebut juga seakan-akan nama kucing kami yang mati pada awal tahun ni, Miyu . Kucing yang aku pernah selamatkan dari dilanggar kereta. Sedih kalau diingatkan kembali. mata hitam, macam baru bukak mata. betul tak? ...