Mood Hilang Bila Lapar

Bila dah ada kat rumah, setiap hari dari pagi sampai ke malam lepas tu sambung esoknya lagi tak habis-habislah cakap pasal kawen. Adoyai, tahulah masing-masing dalam rumah ni nak kawen.

"Ja, kau buat le kan kaklong invitation card. Buat comel-comel macam budak sekolah tadika pun takpe asalkan comel,"

Rajinlah pulak aku nak buat benda tu. Kang kalau aku buat ada je yang tak puas hati. Huh, menyampah!

Semalam aku temankan kaklong aku pegi beli barang untuk buat hantaran kawen dia. Semestinya aku bukanlah wedding planner, jadi kewujudan aku semalam hanyalah sebagai penguat segala cadangan, bukan pemberi idea. Tak pandai aku nak bagi idea bab-bab kawen ni. Aku manalah penah kawen.

"Kau rasa ok tak beli yang ni buat hantaran? Pastu yang tu sekali, lagipun nak masukkan yang aritu jugak, so macam mana? Apa kau rasa?"

"Aja rasa lapar, jom MarryBrown,"

HAHA.

Memang itu yang mampu aku katakan ketika bertubi-tubi soalan ditanya oleh kakak aku. Bukan taknak layan kakak aku beli barang hantaran tapi aku memang dah lapar tahap tak boleh nak tahan dah. Kalau tahan gak kompem selepas beberapa minit aku akan start takde mood. Bila aku dah takde mood ada pulak yang cakap macam ni kat aku,

"Kau ni beranginlah, tak best nak ajak jalan,"

Sape suruh abaikan aku tak bagi makan bila diajak keluar. HAHA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.