Tag Sebelas Soalan.

Salam 'alaik..

*dah sepuloh kali taip, backspace, taip backspace*

Fine, kali ni takde muqaddimah berbunga-bunga terus kepada tujuan aku update blog. Boleh? Nak jawab tag je ni. Biasalah, aku kan memang tengah takde idea, sepatutnya idea aku untuk update blog datang seminggu sekali je. Udah-udah le tu membebel panjang, ni aku nak jawab tag ni. Wahhh! Budak pemalas nak update blog jawab tag. kihkih

Sebenarnya aku nak update entri kali ni dengan menjawab tag sorang blogger, Amir namanya kalau tak silap aku. Aku tahu username twitter dia je. Tag yang mempunyai 11 soalan dan semestinya di penghujung tag ini aku hendaklah men'tag' orang lain dengan 11 soalan dari aku pulak. Dan kemudian perkara yang sama berlaku kepada orang yang ditag tersebut. Dan, aku explain seolah-olah korang taktahu apa itu tag di kalangan blogger. Heh.

Soalan Amir;
1. Apple product atau Orange product?

Secara jujurnya aku yang bajet innocent ni tak paham soalan di atas. Memula aku pikir mungkin dia nak tanya mengenai gadget yang popular sekarang ni (berdasarkan observation dari blogger lain yang ditag). Tapi ada Orange product ke? Ok, fine. Aku tersangatlah lurus kalau sebenarnya dia nak melawak je dengan orange product tu.
Jawapan aku bagi soalannya, aku bukan pengguna mana-mana product di atas tapi aku mungkin memilih Apple product jugak memandangkan Orange product tak wujud pun.

2. Samsung Galaxy Tab atau Itab, atau Blackberry Tab.

Sekali lagi soalan mengenai gadget. Sejujurnya aku tak berminat langsung dengan gadget-gadget tab ni, tapi kalau disuruh pilih mungkin pilihan aku Samsung Galaxy Tab. Sebab? Dalam soalan takde pulak tanya sebab. hehe

3. Kalau korang tak dilahirkan kat Malaysia, korang nak dilahirkan di mana? And why?

Seumur hidup aku, aku tak pernah terpikir atau mempersoalkan kenapa aku lahirkan di Malaysia bukan di tempat lain. Jadi, aku takde jawapan untuk soalan ini.

4. Siapa tahu twitter id aku (Amir Afiq). Sila tulis jawapan kat soalan 4.

armeit.

5. Sekarang tulis id twitter korang pulak. Biar orang lain tahu.

SPYSisme.

6. Kalau laptop korang ada nama, apa nama laptop tu.

Hehe.. Mestilah ada. Laptopku bernama Mr. Lappydoo.

7. Pernah tengok video Matluthfi? Kalau pernah video apa paling favorite. Pilih satu.

Video 'New Album'



8. Dah baca cerita dalam blog aku? What do you think about it?

Darril Lisa Ahmadi, neh? Aku ada baca jugak aritu satu chapter je lah tapi. Bagi aku cerita tu ok. Since aku pun tak banyak sangat baca cerita tu (sebab aku tak berapa nak minat baca novel) aku pun tak boleh nak komen apa sangat tentang cerita tu. Gomen..

9. Korang sekarang pakai baju warna apa, brand apa?

Warna hijau tahi kerbau. Eh yeke? HAHA. Brand... Jap. Alahai susah lah pulak nak tengok, takde brand kot.

10. Single, scandal atau berdua. Mana lebih bagus?

Single lebih baik. Boleh kurangkan dosa kering.

11. Kucing atau ikan?

Kucing. Ikan boring tapi rumah aku ada ikan jugak.


Phew!
Habis jawab 11 soalan. Walaupun soalan yang hujung-hujung jawapan macam malas je. Bukan malas tapi serious takde idea nak elaborate panjang-panjang. Maaf Amir!

Sekarang, soalan-soalan aku pulak. Ehem..

1. Korang rasa kenapa korang jadi blogger?
2. Berapa lama blogging?
3. Apa best sangat blogging?
4. Siapa blogger pertama yang korang approach?

Fine, stop dengan soalan yang sama mengenai blogging;

5. Binatang yang buat korang rasa geli hingga menyebabkan korang terjerit bila terserempak dengan binatang tersebut.
6. Genre movie yang korang suka tengok masa tengah bosan.
7. Benda pertama buka bila on laptop.
8. Pilih satu perkataan yang describe diri korang.
9. Pernah tengok video Ryan Higa? Kalau pernah, apa yang paling favorite. (curik idea Amir)


........

........

........



Dah takde idea.

Dah la tu kan, ok nak tag balik kat Amir ni. HAHA. Hamek kau! Jawab. Dan tambahan;

Ninie
Zati
Kei

Take your time. Aku tahu soalan aku susah nak mampos *tangan di dada, mata ke atas* lagipun korang kan tengah busy so bila-bila pun boleh buat. hehe..


susah kot nak buat soalan
baru aku tahu..

Ulasan

ninie_azriena berkata…
waaaaaaaaaaaaaaaa
tanjat tgk soalan2 ni..
adoyai..thn depan buat boleh ?? hahaha =D
Zazachan berkata…
@ninie_azriena haha.. bila-bila pun boleh yunkk..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..