new bloglist
new home new bloglist new bloglist

06 Disember, 2011

Home » » Review Ombak Rindu

Review Ombak Rindu

Salam 'alaik..

Setelah beberapa minggu terperap kat rumah sejak mula cuti lagi baru semalam aku keluar dengan kakak aku. Itupun keluar malam semata-mata nak tengok cerita Ombak Rindu. Macam pelik je pegi tengok wayang cerita melayu. Sebelum ni ada je tengok cerita melayu kat wayang malam-malam tapi selalunya cerita seram lah.

Aku rasa cerita semalam yang aku tengok tu pertama kali kot nangis berjujuran air mata dah macam air paip tak boleh nak sekat-sekat lagi. Demm! Aku dah pernah baca novel Ombak Rindu dulu tapi masa zaman sekolah la, tak silap aku form 2 kot. Dah lama sangat, jalan cerita mungkinlah ingat sikit-sikit ataupun masa aku tengok semalam kepala aku dah bercampur dengan jalan cerita yang lain. Bajet rajin baca novel, padahal takpun.




Tapi aku tak puas hati dengan panggung wayang yang kami pegi semalam. Tiket wayang pukul 10 malam, masa kami masuk tu dah tepat pukul 10 tu pun kena tunggu lama dalam setengah jam kot baru wayang nak start, even iklan pun tak start lagi masa tu. Then tengah-tengah layan cerita ni, ada lah part romantiknya tu tiba-tiba pulak layar wayang tu hitam ataupun stop takde apa-apa gambar. Memang masa tu orang-orang dalam panggung tu bisinglah tak puas hati. Dalam 5 minit kemudian barulah gambar ada balik. Menyirap je masing-masing..

haa.. part ni la tibe-tibe stop tu. [pinjam dari google]


Aku rasa ramai sangat dah tengok cerita ni, terutamanya peminat-peminat drama dan sinetron. Mesti diorang yang serbu panggung dulu masa first day cerita ni keluar. Bagi sesapa yang bajet sangat tak tengok cerita melayu tu, aku nak cakp cerita melayu pun ada jugak yang ok. hehe..

terasa jiwang pulak lepas 
tengok cerita ni..

6 virus attack:

Kota Kinabalu Travel Guide berkata...

Pelakon2 yg hebat-hebat. Harap2 dapat tegok nanti.

cik zaza berkata...

@Kota Kinabalu Travel Guide mesti tengok.. :)

|| amira || berkata...

nak tengok jugak .
huhu

cik zaza berkata...

@|| amira || nanti tengoklah.hehe..pastikan pegi panggung wayang yg takde tersekat2 cam aza pegi ni.huhu

SuE ChAN berkata...

sue pegi tgk , citer sdey nie jdi citer lawak plak . ak pon xphm knape . huk3 =.=

cik zaza berkata...

@SuE ChAN owh lawak ke? watak tak jadi letteww..