Cerita Kucing.

Salam 'alaik..


Kucing semakin banyak kat rumah. Ada yang merayau dari dapur ke ruang tamu, dari ruang tamu ke halaman rumah, dari halaman rumah pergi ke dapur semula. Ada yang lepak sambil tengok tv bersama-sama ayah dan mak. Ada yang duduk rileks sekejap-sekejap dah terlelap kat tepi kabinet rumah dan ada juga yang berada kat dalam kotak lena dibuai mimpi tidak mahu diganggu memandangkan ianya masih kecil dan tidak mampu bermain.


'Masih kecil?'


Ye, kami baru saje dapat kucing baru yang masih kecil berwarna putih dan ianya adalah jantan. Mio namanya. Bagi peminat cerita jepun, tidak perlu terkejut sebab nama tersebut memang aku amek dari cerita Ikemen Desu Ne ataupun You're Beautiful (maknanya) yang release tahun ini jugak. Dan sebenarnya nama tersebut juga seakan-akan nama kucing kami yang mati pada awal tahun ni, Miyu. Kucing yang aku pernah selamatkan dari dilanggar kereta. Sedih kalau diingatkan kembali.



mata hitam, macam baru bukak mata. betul tak?




'Mimi dah tak mahu dekat,'


Bagi sesiapa yang follow twitter aku mungkin tahu siapa si Mimi. Kucing yang sangat manja tapi penakut. Manja, mungkin sebab ia tak duduk kat dalam sangkar bahkan ia hanya tinggal kat dalam rumah dan kadang-kadang tidur kat sebelah ayah pada sebelah malam. Setiap pagi akan masuk bilik aku kononnya nak kejutkan aku dan bila aku bangun ia terus duduk atas pangku suruh aku urut belakangnya. Bila aku ke dapur ia akan ikut kononnya aku akan bagi ia makan. Manja bukan? 


Mimi saje posing macam ni sebab tau aku nak amek gambar.




Tapi tidak sekarang sejak kedatangan Mio, Mimi tak berani dekat dengan Mio mungkin ia pikir Mio adalah seekor tikus (Mimi tak pernah tangkap tikus). Kadang-kadang bila aku datang dekat dengan Mimi, ia akan lari ataupun ia akan buat-buat berani dengan menggigit tangan aku apabila aku ingin mengangkatnya (tunjuk berani).


'Bubu dan Ciki?'


Dua-dua kucing tu tak berapa nak kisah dengan kehadiran Mio. Bubu yang rajin keluar merayau apabila dilepas dah taknak merayau lagi bila Mio si kecil ada. Mungkin Bubu nak main dengan kucing baru ataupun Bubu nak jaga Mio disebabkan badan Mio terlalu kecil. Teringat pulak masa Miyu masih hidup, ketika ia sakit sebelum menemui ajal. Bubu macam tu jugak taknak keluar merayau, ia selalu bermain dengan Miyu kat rumah dan seolah-olah Bubu menjaga Miyu yang tak bermaya. Ciki, macam tu je lah. Yang pasti ia takdelah pengecut macam si Mimi yang tak mampu dekat langsung.




kadang-kadang rase penat jugak jaga kucing.
tapi bila tengok telatah kucing-kucing ni,
seronok jugak...

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
bagi la seko-__-'
MalizaMah berkata…
kucing spesis tempatan ea?
Gemuk sih.. mcm kucing saya.. tp ni lagi gemuk.
singgah2 jap...
ushe entry usha iklan.
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle [Blog.Sampah] kalau kau larat nak layan kucing2 ni..masing2 nakal..huhu
Zazachan berkata…
@Mohd Rozaiman yg mimi ek?memang gemokkk..huhu
Zazachan berkata…
@Alieza Dayasari makan tak henti2 cmne tak gemuk.huhu
Sang Gabriel berkata…
kucing aku yang umur tak sampai setahun sudah berbadan dua. sungguh celaka jantan yang kerjakan kucing aku tu
Zazachan berkata…
@gabanMorka ehh? kucing aku yg mimi ni pun tak sampai setahun tapi badan besar aritu aku ingatkan bubu dah kejekan dia tapi smpai sekarang tak dapat hasilnya.
izzati berkata…
kucing ko comel....
kenapa berbeza dgn tuannye??? hahaha... gurau2 ye cik zaza
Zazachan berkata…
@izzati sebab aku manusia kucing aku binatang sbb tu kecomelan kami berbeza.haha

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?