new bloglist
new home new bloglist new bloglist

04 Februari, 2011

Home » » she's gone...

she's gone...

"ja, miyu dah mati!"

terkejut aku bila mak aku call bagitahu miyu dah mati. taktahu nak kata apa. aku tahan air mata aku sebab aku taknak lah reunion aku dengan member sekolah aku terganggu sebab air mata aku. tahan je lah sikit je lagi nak balik. terpaksa jadi hati kering konon macam takde apa yang berlaku. terpaksa membuat kegembiraan yang sangatlah fake depan diorang. bukan sebab tak suka keluar dengan diorang tapi sebab berita yang menyedihkan itu. 

dalam pukul 7 malam baru aku dapat bas nak ke telok mas. dan pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 jugaklah bas baru gerak. dalam bas sementara menunggu sampai ke destinasi. tiba-tiba je aku teringat saat-saat aku selamatkan miyu dari kena langgar. sebak rasanya bila ingat dia dah mati. dan masa dia mati aku takde dengan dia. baru je semalam aku pangku miyu tido. lepas ayah aku mandikan dia selalunya aku yang akan lapkan badan miyu. semalam miyu macam lemah sangat, lepas aku siap lapkan badan dia, dia terus tertido. lama jugak aku biarkan dia dok atas pangku aku. bubu datang kat aku terus jilat-jilat badan miyu. nampak betapa rapatnya bubu dengan miyu. bila aku letak miyu atas sofa seboleh-boleh dia nak pergi kat aku. nak suruh aku belai dia. kalaulah aku tahu kenapa miyu buat camtu...

sampai telok mas aku terus call ayah aku suruh ambik sebab nak ke rumah aku jauh sikit lagipun dah malam. sepanjang-panjang perjalanan ke rumah ayah aku cerita keadaan miyu mati yang sangat mengejutkan bagi aku dan juga keadaan bubu yang tak selincah dulu. bubu macam rindukan miyu. aku masih tahan air mata aku walaupun ada yang tak boleh nak sekat lagi. sampai je rumah aku terus ambik bubu masuk dalam bilik. aku menangis teresak-esak sambil peluk bubu. macam orang tak ingat aku nangis. rasa kehilangan sangat. bubu pun pandang aku macam paham apa yang aku rasa. peliknya dia tak garang macam sebelum ni. bubu macam turut sedih dengan kehilangan miyu. 

aku rasa berdosa sebab tak jaga miyu betul-betul. walaupun aku tahu dari mula aku jumpa miyu, dia memang ada penyakit dan lemah.

8 virus attack:

farah. pa'in. achik. ain .mOk . berkata...

alo..tamo sedey2...t der eyebag da tak santek....k syg..mmuahx!

Rie berkata...

takziah ye aza, aku dulu penah kehilangan pet tersyg, mmg sedey jugak (T_T)

oranglidi berkata...

alamak. tersedih plak ak baca..

sabor la ye..

gabanMorka berkata...

kucing ke?

cik zaza berkata...

@farah. pa'in. achik. ain .mOk . huhu..xpe lah eyebag tu penyeri..sob..sob

cik zaza berkata...

@Rie thanks mat.. =(

cik zaza berkata...

@oranglidi sedih kn..tu ko belum knl miyu lg..kalo ko knl kompem ko pn nangis cam aku..

cik zaza berkata...

@gabanMorka a'ah bro..miyu n bubu kucing aku..