Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Raya Tahun Ni dan Tahun Lepas Mungkin Berbeza

Imej
Salam 'alaik.. Sekarang aku masih berada di rumah sewa menunggu ketibaan ayahku tersayang. hehe. Yelah, orang semua dah balik raya aku je yang gedik-gedik nak balik lambat. Kalau ikutkan rumah aku dan tempat aku belajar ni satu negeri je tapi jauhnya adalah dalam 1 jam perjalanan kalau naik kenderaan. Aku bajet nak buat assignment yang lecturer aku bagi sebagai buah tangan raya. Tak sanggup aku nak buat banyak-banyak kat rumah. Mengikut pekiraan aku kalau aku bawa balik semua sekali mesti aku tak boleh raya. Mood raya dah sampai dah peliknya raya tahun ni tak macam tahun lepas. Kalau tahun lepas mood raya tu sampai masa first day raya tapi kali ni seminggu sebelum raya dah mai dah mood tu. Apa taknya, abang aku offer nak belikan baju raya. Dapat baby lollipop lagi. lala Baju raya tak beli lagi sebenarnya tapi dah dapat bayangan dah baju macam mana aku nak pakai nanti. HAHA. Kat rumah aku tu pun macam dah ada debaran nak raya je. Abang dan mak aku awal-awal lagi dah masukkan duit...

Sesuka Hati.

Imej
Salam 'alaik.. Ehem.. Niat di hati nak update blog tapi test masih ada yang menanti, assignment masih ada yang menunggu walaupun sebenarnya sekarang ni aku memang dah update blog korang buat-buatlah entri ini macam aku update status facebook yang entahapehape atau dengan kata lain entri singkat sesingkat yang mungkin. Singkat ke? HAHA. Aku bukan bajet artis nak buat entri ala-ala status facebook, bagi aku baik aku tulis kat wall facebook aku je dari menyemak buat entri dengan menulis sebaris ayat. Macam twitter pulak kan.  Ikutkan aku sebenarny sedang menghadap 'kekasih' lama yang cintanya berputik kembali. Ya, 'kekasih' yang dulu aku tinggalkan sebab tak sanggup hadapi rintangan dan dugaan bersama. Tapi dengan keazaman tinggi, impian bagaikan gunung untuk bersama 'kekasihku' ini aku kembali dengannya semula. Aku tahu memang pahit sepertimana berlaku kepada kami dua sem lepas tapi kuteruskan jugak. "Jangan risau sayangku, sem ni aku pasti...

Fairy Tales mean Fairy Tales. It Can't Be Real.

Imej
Salam 'alaik.. Tajuk nak omputih ditambah pula dengan ketidaksedaran yang sedang aktif menular dalam diri, 'za weyh! next week test kau berderet! assignment pun tak siap lagi,' Biasalah tu, masa assignment sedang banyak dan test bakal menimbunlah aku dapat idea mengarut untuk mengupdate blog tercinta ini. Since Sara Zainol duk kata rindu sangat dengan entri blog ni. Ehem.. Memang feeling perasan lebih sedang meningkat dalam diri. Maafkan aku kalau aku melebih. HAHA. google! Fairy Tales. Rasanya sebelum ni pun aku dah pernah buat entri yang berkaitan dengan benda ni. Seperti yang aku katakan di entri INI , Fairy Tales Suck Tapi kenapa masih ada yang mengidamkan benda ni berlaku? Mungkin disebabkan keindahan yang berlaku di alam Fairy Tales ataupun dongeng ini walaupun mereka tahu dongeng adalah dongeng dan tidak mungkin jadi realiti. Mengidamkan seorang putera dengan  kuda putih datang menyelamatkan anda? Mengidamkan seekor unicorn datang dengan penuh magika ...

Hati Tak Boleh Terima

Salam 'alaik.. Makin susah nak tengok blog ni berupdate. Kalau bukan entri entahapehape mesti entri sampah yang aku post. Busy, perkataan yang paling mudah untuk describe keadaan aku sekarang. Mungkin semakin busy sebab aku semakin serius untuk mencapai matlamat aku. Ataupun setelah dikhabarkan dengan berita yang agak mengejutkan sampai rasa nak berhenti belajar. Or sampai terkeluar ayat ni dari mulut, "kalau camtu, buat apa aku teruskan belajar kat sini? dah tentu aku tak boleh capai cita-cita aku," Lihatlah betapa sedihnya lepas dapat tahu berita tersebut sampai tak sedar apa yang terkeluar dari mulut. Tapi bila diingat kembali, takde apa yang perlu disedihkan. Cita-cita pasti akan tercapai walaupun terpaksa melalui jalan yang panjang atau rintangan yang lebih perit. Takde apa yang mustahil berlaku di dunia ini. Semuanya berlaku atas kuasa Allah. Berusaha tetap kena berusaha. Kalau takde rezeki, mungkin rezeki bukan di situ.. Taktahulah kenapa sekarang aku jadi ...

Lolli.. Lolli.. Oh Lollipop!

Imej
Salam 'alaik.. Tengok video ni! Tak lama lagi lollipop LG ini akan jadi milik aku! HAHA. Ok, aku sebenarnya tengah gila nak beli henpon baru disebabkan henpon kakak aku yang baru berapa bulan kami tukar retak skrinnya dan ada lagi masalah-masalah lain seperti selalu hang, mesej selalu dapat lambat (taktahulah kalau ada kaitan dengan henpon ke tak. HAHA) dan aku tak boleh nak record video guna henpon kakak aku tu aku pun decide, dah habis pikir ni. Lepas raya nak beli henpon baru! Dan seperti yang korang tengok kat video atas ni aku memang berniat nak beli lollipop tapi bukan lollipop yang macam kat atas ni sebab yang kat atas ni lollipop 2 yang kawan aku cakap tak boleh masuk kat Malaysia sebab tak unlock atau not sim free. So beli lollipop GD580 je lah. Asalkan ada LED comel kat atas tu. hehe. google imej Sebab lain beli nak beli lollipop. ehem.. Sebenarnya aku memang suka henpop flip dan mengikut pengalaman aku asyik tukar-tukar henpon yang bukan dibeli sendiri henpon...