new bloglist
new home new bloglist new bloglist

26 Ogos, 2011

Home » » Raya Tahun Ni dan Tahun Lepas Mungkin Berbeza

Raya Tahun Ni dan Tahun Lepas Mungkin Berbeza

Salam 'alaik..

Sekarang aku masih berada di rumah sewa menunggu ketibaan ayahku tersayang. hehe. Yelah, orang semua dah balik raya aku je yang gedik-gedik nak balik lambat. Kalau ikutkan rumah aku dan tempat aku belajar ni satu negeri je tapi jauhnya adalah dalam 1 jam perjalanan kalau naik kenderaan.

Aku bajet nak buat assignment yang lecturer aku bagi sebagai buah tangan raya. Tak sanggup aku nak buat banyak-banyak kat rumah. Mengikut pekiraan aku kalau aku bawa balik semua sekali mesti aku tak boleh raya. Mood raya dah sampai dah peliknya raya tahun ni tak macam tahun lepas. Kalau tahun lepas mood raya tu sampai masa first day raya tapi kali ni seminggu sebelum raya dah mai dah mood tu. Apa taknya, abang aku offer nak belikan baju raya. Dapat baby lollipop lagi. lala

Baju raya tak beli lagi sebenarnya tapi dah dapat bayangan dah baju macam mana aku nak pakai nanti. HAHA. Kat rumah aku tu pun macam dah ada debaran nak raya je. Abang dan mak aku awal-awal lagi dah masukkan duit raya dalam sampul. Macam tak sabar pulak nak dapat duit raya since aku pun masih belajar lagi. hihi. Kalau rumah nenek aku tu makin besar makin banyak dapat duit raya. Tahun ni rasanye dapat berapa ek? HAHA.

Ok, aku dah mengalahkan sepupu-sepupu aku je. Yelah, belum ada anak buah. Rasa nak beraya sebagai seorang yang dewasa belum ada lagi. Mungkinlah kalau aku ada anak buah nanti dah takdelah gedik-gedik macam budak kecik lagi. hehe. Walaupun sepupu-sepupu aku kebanyakannya masih kecik-kecik dan comel. Nampaknya kakak aku kenalah kawen cepat-cepat biar cepat sikit aku nak matang. 


google je

Dah-dah lah tu mengomel sorang-sorang. Di kesempatan ini (skema) aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pengunjung blog aku. Terima kasih banyak-banyak sebab sokongan korang.

mood raya dah mari..

15 virus attack:

ninie_azriena berkata...

samat hari raya =)

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

suh akak ko kwin cpt plak..ko pon kawin la cpt zaza..best woo..hehehe

P/S : selamat hari raya utk ko gak..maaf zahir batin.

kei berkata...

selamat hari raya :)

nanti dtg ler umah merasa kuih rye aq buat !! xD

cik zaza berkata...

@ninie_azriena selamat hari raya ninie.. x)

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle [Blog.Sampah] kawen awal2 tak best lah.aku belum capai target aku lg.hehe

cik zaza berkata...

@kei insyaAllah..tak sabar pulak nak makan kuih raya.hehe

HEROICzero berkata...

aku , rumah dekat je . sampai sekarang tak gerak2 balik kampung lagi . malam sikit kot .

=)

Selamat pulang beraya . =)

jijie berkata...

suruh abang kawen dulu. kak long belum nampak pelamin... haha

cik zaza berkata...

@HEROICzero samalah kita.takpe kejap je lg.hehe.

hati2 di jalan raya.. x)

cik zaza berkata...

@jijie nak suruh kawen pun susah. haha

sara zainol berkata...

zaza, xda mood raya ek? hehe sara pon.. makin suram.. umm papepon selamat hari raya ye zaza.. mohon maaf jika ada terkasar bahasa. :) jemput kerumah ye !

cik zaza berkata...

@sara zainol tahun ni rasenye mood raya lebih sikit dari tahun2 lepas.hehe..taktahulah kenapa..

Rie berkata...

slamat hari raya..aku raya dgn hari biase same je..

cik zaza berkata...

@Rie selamat hari raya mat..tu semua dugaan untuk ko.insyaAllah ada hikmah disebalik yg berlaku.. dtg beraya rumah aku! x)

Amoi berkata...

bila raya, dapat rendang banyaakkkk dari jiran

syokkk!