new bloglist
new home new bloglist new bloglist

17 Ogos, 2011

Home » » Hati Tak Boleh Terima

Hati Tak Boleh Terima

Salam 'alaik..

Makin susah nak tengok blog ni berupdate. Kalau bukan entri entahapehape mesti entri sampah yang aku post. Busy, perkataan yang paling mudah untuk describe keadaan aku sekarang. Mungkin semakin busy sebab aku semakin serius untuk mencapai matlamat aku. Ataupun setelah dikhabarkan dengan berita yang agak mengejutkan sampai rasa nak berhenti belajar. Or sampai terkeluar ayat ni dari mulut,

"kalau camtu, buat apa aku teruskan belajar kat sini? dah tentu aku tak boleh capai cita-cita aku,"

Lihatlah betapa sedihnya lepas dapat tahu berita tersebut sampai tak sedar apa yang terkeluar dari mulut. Tapi bila diingat kembali, takde apa yang perlu disedihkan. Cita-cita pasti akan tercapai walaupun terpaksa melalui jalan yang panjang atau rintangan yang lebih perit. Takde apa yang mustahil berlaku di dunia ini. Semuanya berlaku atas kuasa Allah. Berusaha tetap kena berusaha. Kalau takde rezeki, mungkin rezeki bukan di situ..

Taktahulah kenapa sekarang aku jadi sangat sensitif walaupun dengan perkara yang tak perlu nak terasa. Benda remeh. Macam tadi aku baru tahu semalam adalah birthday kawan baik aku. Terasa macam nak marah sebab dia tak pernah bagitahu aku walapun aku pernah tanya.

"tak perlu dihebahkan,"

Jawapan mudah dan sebenarnya aku paham apa yang dia maksudkan. Tapi hati tetap tak boleh terima. Masih sedih.. Takpelah mungkin lama-lama nanti ok lah kot. Apa-apapun,

...SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22, KAWAN BAIK...


13 virus attack:

TuN-eJaM berkata...

ape cer?? tahan je la oooii

cik zaza berkata...

@TuN-eJaM aku berusaha utk menahannya.tp tetap sakit..huhu

akoo pae berkata...

hehe saba yep..
hormon tgah tak stabil kot..huhu

*hepi belated bday to ur bestfren
=)

cik zaza berkata...

@akoo pae mungkin juga..ntah2 dia tak baca pun entri ni.. T_T

Rie berkata...

hatiku pn ta leh trime..

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

hepi besday kat kawan ko gak zaza..hahaha..cakap dia abang bundle kim salam..ekekek

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle [Blog.Sampah] geli pulak aku rase abang2 ni.dia lelaki la weyh!..haha

::Raudhatul Hannan:: berkata...

Sabar..sabar,,jgn sedih2 k cik zaza.. lpas nie tulis dlm reminider birthday kwn baik anda..InsyaAllah xlupe lg.. xsmstinye kt lupe, dah xblh jd kawan baik.. ;-)

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

laki ke..jambu tak?arghhhhhhhh tidak..wakakaka..

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle [Blog.Sampah] hahaha.tak jambu pun dia tu..biasa2 je kot.

cik zaza berkata...

@::Raudhatul Hannan:: sebenarnya bukan sebab sy lupa, tp dia je yang taknak bagitahu sy pasal birthday dia.rasa geram sbb bg sy sbg seorg kwn,slh ke kalo sy nk tahu birthday dia?

::Raudhatul Hannan:: berkata...

btol jgak tue..xsalah pun klu kt nak tau..xyahla smpi nak rahsia2..bkn bt bnda slh pun..lgpun kt nak tau je bkn nak bt ape pun..iskhh perahsia sungguh kwn awk tue ek..hmmm..

cik zaza berkata...

@::Raudhatul Hannan:: hmm..tu lah.dia memang berahsia tapi sebelum takde pulak nak berahsia2 dgn sy..