Mekap Tebal Boleh Memberatkan Muka.

Salam 'alaik..

Make up memang tak asing bagi mereka yang dipanggil perempuan. Kalau jenis yang obses dengan mekap, duduk rumah pun nak tepek benda alah tu kat muka. Tepek-tepek bagi cantik pastu snap gambar guna kamera henpon mahupun kamera dslr yang baru dibelinya. And caption ---> ni gambar baru bangun tido. Apa kjedahl (ganti perkataan kejadah barangkali) gambar bangun tido penuh mekap satu muka?

Tapi bukan pasal gambar bangun tido yang aku nak cakap kat sini. Cukuplah entri sebelum ni pasal gambar bangun tido.

Mekap ke make up?

[credit to baby-clothdiaper ]


Yang pasti pronunciation bagi kedua perkataan ini adalah sama memandangkan mekap adalah perkataan daripada kesalahan ejaan bagi make up.

'aku pun tak pasti kenapa aku buat entri ni,'

Aku pernah nampak perempuan yang mekap perghhh! Lebih cun dari wajahnya yang asli. Pernah jugak tengok mekap yang tebal tapi memburukkan lagi muka perempuan dan pernah jugak melihat seorang lelaki dengan mekap cun. Ehh?

'mekap sikit-sikit sudah,'

Secara fitrahnya perempuan memang suka dilihat cantik dan mekap adalah salah satu cara bagi mereka untuk dilihat cantik. Tapi bagi aku mekap sikit-sikit ataupun natural look mungkin lagi cantik kalau dibandingkan dengan mekap yang tebal, pemerah pipi lebih merah dari warna lipstick, kening yang dicabut-cabut. Teeetttt! Cabut kening salah beb.


woww! colorful.. [credit to this link]


'kau mekap pun sekali sekala nak cakap pasal mekap,'

Oh ok.. Tersentap.
Aku mungkin tak berapa layak nak bercakap pasal mekap tapi aku ada jugak barang-barang mekap satu beg kecik. Walaupun alat-alat tersebut sangat jarang diguna memandangkan aku bukan jenis yang suka keluar rumah. Takde transport punya pasal. Pergi kelas pun aku tepek bedak je kadang-kadang bedak baby, kadang-kadang adalah jugak guna compact powder. Sebab bagi aku, belajar buat apa nak mekap bagai? Memanglah jaga penampilan tapi aku rasa kalau course aku amek yang asyik duduk kat lab pastu kadang-kadang ada scene panjat memanjat (semester-semester lepas) perlu ke pakai mekap?

aku tahu orang nak amek gambar aku sebab tu aku tersenyum.hehe


'dulu mak aku mak andam. kau percaya?'

Dan mungkin skill yang mak aku ada tak turun kat aku. Mungkin majlis perkahwinan kakak dan adik aku nanti mereka tak diandam oleh mak aku. Aku tau, aku dah semakin jauh mengarut. Isi penting untuk entri ni satu perenggan atau mungkin takde kaitan langsung dengan tajuk tapi merepek memang banyak.. HAHA

maaflah blog ni memang
banyak mengarut..

Ulasan

Black berkata…
hahha . wow !
cik zaza panjat-memanjat la :D
takpe2 , kita serupa .
sama-tak reti make-up .
ngehehe
Zazachan berkata…
@|| amira || hehe..takpe bukan ada ape pun dgn mekap ni.natural beauty lebih bagus..hehe
izzati berkata…
make up.... siryess merimaskan... ko same mcm aku.... adakah d kategorikan sebagai x ckup hormon wanita bila kite ni x retimake up??? jeng jeng jeng...
Ym.Bundle berkata…
mekap pakai simen ke apa sampai leh berat tu zaza..ekeke
Zazachan berkata…
@izzati tak cukup hormon wanita???!! aigoo.. takkanlah aku dikategorikan sbg lesbian??huhu
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle [Blog.Sampah] pakai simen bukan setakat berat, ntah2 nak bawak muka pun tak larat.hahaha
nia berkata…
lemah bab2 makeup ni..
jadi simple2 sudah.huhuhuu
Zazachan berkata…
@feza oh ramai jugak wanita yang lemah nk mekap2 cam sy rupanya..haaaii feza!!!! ^^
alin berkata…
hahahaha blog mengarut pun still seronok baca tau!! :)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?