Kahwin Pilihan Keluarga. Relevan Atau Tidak Untuk Masa Kini?

Salam 'alaik...
Aku ingat lagi masa aku pegi kursus kawen yang kelab ketamadunan islam unikl micet anjurkan dulu. Banyak juga aku belajar pasal rumah tangga walaupun sebenarnya aku bukan nak kawen cepat-cepat pun. Saja nak amek awal-awal nanti senang takyah amek lagi. Mana tahu in future aku jadi busy woman kesian bakal husband aku tak dapat nak ajak pegi kursus kawen sama-sama. hehe

Ada satu part yang menarik masa aku pegi kursus tu. Bila ustaz tu terangkan bahawa ayah ada hak nak kawenkan anak perempuan dia dengan sape-sape asalkan lelaki tu baik.

Situasi 1
Cuba korang bayangkan, korang dah lama tak balik rumah mungkin sebab belajar jauh dari keluarga. Kat Egypt ke Russia ke Uk ke. Then bila balik rumah je salam mak ayah semua, mungkin ada makcik pakcik datang rumah semata-mata nak jumpa korang tiba-tiba ayah korang cakap camni,

"Pegilah masuk bilik, suami kau dah tunggu tu,"

WHAT?!

Situasi 2
Korang sedang sedap-sedap tido terbongkang tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik korang. Dengan muka tak basuh, air liur basi masih kelihatan korang buka pintu. Bila buka je tengok mak, ayah dan seorang lelaki depan pintu bilik korang.

"Bapak lupa nak bagitahu sebelum kau balik dari oversea aritu bapak dah nikahkan kau. Ni suami kau,"

Lawak apakah ini?
Kalau aku pun aku akan terkejut beruk. Bila masa pulak aku kawen tiba-tiba dah ada suami pulak. Lelaki tu pun aku tak kenal.

Tapi relevankah perkara macam ni berlaku pada masa sekarang? Mungkin ada yang kawen ikut pilihan keluarga tapi takdelah taktahu langsung sape bakal suami kan. Sekurang-kurangnya pernahlah jugak jumpa sekali dua untuk kenal antara satu sama lain. Memang ada yang masih buat, pernah satu ketika keluar berita pasal ayah kawenkan anak yang baru berapa tahun kat dalam kereta depan anaknya tersebut dengan seorang lelaki yang dikatakan kawannya. Tak boleh belah. Asal boleh je nak kawenkan anak. Sah ke kawenkan anak macam tu? 

ihsan google imej



pasal kawen pulak
dak zaza ni..hadoii..


Ulasan

kei berkata…
bole terkejut gile tibe2 bgitau dah kawen haha xD
Zazachan berkata…
@kei kalau aku tak terkata apa boleh ternganga mulut aku mahu pengsan agaknya.huhu
situasi 2 tu boleh buat gelak pecah perut.ahahahhha.

but for me..relevan :)
Ym.Bundle berkata…
boleh ke nikah camtu je..aku pegi kursus kawin takde pon ustaz cite pasal ni..
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle ustaz tu terlepas pandang kot. aku pn dah lupa macam ustaz masa aku kursus kawen tu boleh cakap psl ni.
Ym.Bundle berkata…
so bleh nikah la walaupon pengantin perempuan takde dan tak tau langsung?
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle a'ah camtu lah yg ustaz tu bgtau aku.
Ym.Bundle berkata…
perghh..leh jadi kes naya ni....buatnya perempuan tu dah kawin senyap2,ayah dia pon kawinkan dia tak bgtau..huh..naya2..tak pasal2 ade 2 laki..wakakaka..
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle tu lah. tapi kalau mcm tu kena pikir sama ada sah or tak pulak lah.

kena bgtahu ayh aku awl2 aku dah ada pilihan.HAHA
Unknown berkata…
cik zaza, bg sara pilihan keluarga itu mmg terbaek. tp zaman skrg telah berubah. mereka kena paham pilihan hati kita. tapi, mak n ayah aku tidak pernah kenak, tidak pernah bercinta, alam perkahwinan mereka bahagia hingga sekarg. kdg2 pilihan keluaga kita itu baik untuk kita, kdgnye tdk :) apa pon jodoh itu kuasa allah :)
jijie berkata…
haha.. thrill dowh cmni. tapi biar ar pilihan tu muka manis ke sejuk mata memandang, baru aku pun terasa sejuk je nak terima... tapi kalau agak2 muka macam pecah rumah, then sedia maklum perangai takleh blah... hurmmm... mau merana hati...
Zazachan berkata…
@sara zainol jodoh Allah yg tentun.kdg2 pilihan keluarga tu lah pilihan yg terbaik. ;)
Zazachan berkata…
@jijie insyaAllah mak n ayh takkan nk buat cmni kt ank2 dia.huhu
akoo berkata…
huu kot ye pun, bgtau la si anak dulu..
xdela tkejut beruk nnt..
ade gak yg pgsan kat situ gak kang..
=)
Newsberri berkata…
still relevan lg kot..mane la tau pilihan family lg meletup dan tip-top..haha..
Zazachan berkata…
@akoo kesian anak dia. tak smpat mandi dah kena jmpe suami.
Zazachan berkata…
@Rie hrp dpt yg meletopp!..huhu
Newsberri berkata…
kalo kes tunang mengejut camne la ek?
Zazachan berkata…
@Rie kalau bertunang cam kat atas ni aku rase tak heran sangat kot.lalala

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.