Ibu! Ada Masalah..

Salam 'alaik...


Sengaja aku kecikkan video ni sebab takde apa sangat dengan gambar, yang menarik adalah bunyinya. Bunyi-bunyi bising bila seorang abang yang baru berumur 6 tahun berlawan menjerit dengan adiknya yang baru 9 bulan. Seorang menjerit dari dalam bilik air (sebab tengah mandi) sorang lagi menjerit dari luar dalam baby walker.

The best part,

"Ibu!! Sinilah ada masaalah!"

Budak 6 tahun yang tak reti duduk diam.

Situasi 1
Ketika sedang berada dalam kereta yang memecut menuruni bukit. Terasa kecut perut bila kereta dah laju sangat. Budak 6 tahun yang taktahu nak describe situasi tersebut tapi masih mahu berkata-kata. Terkeluarlah ayat ni,

"Oh, hatiku terturun,"

HAHA.

Situasi 2
Pancing plastik berserta ikan-ikan  mainan yang berwarna warni bersepah di atas lantai rumah. Excited baru beli permainan barulah katakan. Ibunya rimas dengan keadaan itu dan mula bersuara,

"Adik pungut ikan-ikan ni kalau tak ibu goreng kang,"

"Gorenglah bu, sedap ikan ni,"

Dengan muka selamba.


Inilah budak 6 tahun tu. Dari dulu aku panggil dia adik lekat sampai sekarang walaupun dia dah ada adik dan tak layak dipanggil adik. Pernah jugak aku try dia panggil 'abang is' tapi dia marah aku balik. huhu.


seminggu duk KL
melayan budak ni je lah..



Ulasan

Ym.Bundle berkata…
"goreng la bu..sedap ikan ni"..wakaka..ada bakat jadi lawyer tu..like like...
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle loyar buruk pun boleh.haha
Newsberri berkata…
abg mmg slalu jeles dgn adik..smpai x nk dipanggil abg huhu..da besar pn dak ni..budak baju melayu merah tu ke?
Zazachan berkata…
@Rie a'ah budak baju merah yg pandai posing depan kamera tu lah.hehe
Wijdan Hawani berkata…
Budak-budak memang pemeriah utama rumah. Bila dorang takde, tak pun moody, rumah kompem sunyi semacam je.

I like kids!
Zazachan berkata…
@Wijdan Hawani kalau moody tu puas nak kena pujuk.huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.