Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Salam 'alaik..
Lama sudah ku tinggalkan belog ini setelah seminggu aku berangkat ke KL, takde sape yang nak tengok-tengokkan blog aku. Tapi terima kasih banyak-banyak kepada yang masih sudi menyinggah walaupun tiada entri baru. Sampai ke KL ada orang suruh aku balik update blog. HAHA. Bajet sungguh aku ni. Macam ada peminat pulak...

Sepanjang tak beronline aku terfikir pasal ni. Apa korang rasa, bila buah hati pengarang jantung pisang korang tak ingat tarikh hari jadi korang, tak kisahlah tak ingat birthday senang cerita tak ingat tarikh penting macam anniversary.

Rasa nak bagi sebijik kat muka dia
Serius, aku memang nak bagi sebijik biar dia ingat sampai bila-bila. Tapi tak sempatlah nak bagi mungkin sebab tak sampai hati. Buah hati den tu! Kang lebam biji mata dia, aku juga yang kena tuduh dera pakwe sendiri.

nasib baik aku tak bagi kasut.


Rasa tak dihargai
Bagi aku, bila dah tak ingat tarikh-tarikh macam tu mungkin dia tak ingat kita. Dalam hati timbullah syak wasangka.

"dia ada tarikh anniversary lain ke nak kena ingat?"


"ntah-ntah ingat birthday awek baru,"

Memang itu yang berlegar-legar kat kepala. Jadi makin sedih, makin sedih kemudian..... Oh tidak! Aku taknak jadi gila.

Talk to the hand!
Memang takkan bercakap-cakap sampailah korang balik rumah. Dah sampai rumah pun mungkin tak kontek dah. Bila call taknak angkat. Pergh! Merajuk betul. Pandang pun taknak tuuu..


Don't touch! Don't touch me!
Saat-saat pujuk memujuk. Ececehh.. Dah pandang pun taknak sentuh lagilah. Jangan kata baju, tangan belum sempat angkat pun dah kena marah. You touch, you kena ataupun you bersuara i bagi you kunci mati.

ATAU

Dengar dulu apa yang dia nak cakap
Mungkin ada alasan yang muhasabah yang dia dapat jelaskan pada korang. Dan kalau bukan korang yang dengar takkanlah dinding bangunan Times Square pulak nak dengar kan? Takpun takkan bunga-bunga di taman bunga pulak nak dengar explanation dia. Tu pun kalau dating kat tempat-tempat macam tu. Kalau dating depan rumah, korang suruhlah kucing peliharaan korang yang dengar, korang masuk dalam tengok tv. Confirm hari tu jugak dia clash kan kau.

Takpelah.. Takpelah..
Bersabar sajalah. Mungkin buah hati pengarang jantung korang tu susah nak ingat tarikh. Beliau mungkin hanya mampu mengingati tarikh lahirnya sendiri dan juga parents beliau. Takpe, family lebih penting. Sepatutnya korang berbangga dapat buah hati yang mementingkan family mana tahu bila dah jadi satu family korang pun dapat tumpang jadi orang terpenting dalam hidup dia. Sekarang takde apa-apa ikatan belum sepenting family. Betul tak?

jejaka berwajah sebelah.lala. padan muka!



ni belum kawen, kalau dah kawen 
memang terbang periuk belanga.


Ulasan

saya rasa dia takkan ingat pun. hari ni dua bulan kami mengikat janji :) tak apa, yang penting, last time I checked, he still say yes :)
PuanPepel berkata…
Dgr penjelasan dulu..pastu sila dgr lah tadah telinga dgr bebelan aku...
Zazachan berkata…
@cikpepel yesss... yang tu penting. explain2 jugak, bebel tetap kena.
pinky_liscious berkata…
amboi... hehehe.. btw sy doakan korang happy2 selalu... :)

Catatan popular daripada blog ini

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.