Ada Yang Suka Dikongkong.

"Saya nak jumpa kawan saya. Lelaki,"


"Ok,"


"Tak marah ke kalau saya keluar dengan lelaki?"


"Awak normal kan? Buat apa saya nak marah awak nak keluar dengan kawan-kawan awak,"


"Ok,"


"Ke nak saya marah awak? Kongkong awak?"

Diam. Mesej tidak dibalas sampai esok.
Si awek nak merasa dikongkong barangkali. Mungkin ada yang berpendapat kalau pakwe kongkong kita (takde lah tahap teruk sangat sampai keluar rumah pun tak boleh) tu maknanya pakwe dia sayang dia.

"Tak payahlah jumpa kawan tu. Lagipun dah malam, tak elok anak dara balik lewat malam,"

Macam ni bukan kongkong, caring namanya. Bagi akulah.

Situasi lain.

"Jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan saya!"

Selalunya perempuan akan buat camni. Sudah semestinya perempuan yang QC atau queen control. Setiap tindak tanduk dan perilaku balak dia, dia akan amek tahu. Kalau dia kata jangan buat, so tak payahlah buat nanti dia akan membebel sampai kau dah malas nak dengar. Si balak dah tak boleh nak buat apa, setiap keputusan adalah berdasarkan apa yang disuruh oleh awek.

"You pergi mana tadi? Kenapa masa I call dengar macam ada bunyi bising? Kenapa you tak bagitahu I yang you nak keluar?"

Annoying. Aku pernah teringin nak jadi QC tapi tak pernah berjaya bila Mr. Raksasa tanya balik kat aku,

"Perlu eh nak bagitahu?"

Baiiikkk... Terhapus niatku.




Ulasan

Unknown berkata…
sometimes perlu ade kongkongan. sometomes tak perlu. but for me, kalau dia nak pergi mane pun pergi lar. kalau hal penting, perlu tau jugak lar kan. :)
Kamil Kahar berkata…
wadefak...aku plak annoying kalo awek aku jawab balik ngan soalan camtu...

well...atleast kte amik taw...kte bkn nk paksa2 dye x pegi mane2...xslahkn amik taw pasal org yg kte syg...kte bkn kongkong...sila bezakan antara QC n Caring...
Zazachan berkata…
@Nurainaa Sofia Nurazizul tak penting kalau boleh nak tau jugak terutama skali lepas dpt tau dia bgtau everything kat kwn perempuan dia tp bkn pd aku. yes, itu yg aku rase skrg..
Zazachan berkata…
@Kamil Kahar betul.walaupun aku pun sbnrnya menyampah bila ditanye balik camtu tp takpelah aku rase tak perlu kot nak keruhkan keadaan yg sedia keruh masa tu.

mmg tak salah amek tau psl org yg kite syg.ntah2 org yg kite syg sbnrnye tak syg kite mcm kite syg kat dia.sbb dia ditnye balik soalan macam tu.
Tanpa Nama berkata…
baru prasan ni entri baru,ok laaaaa,
tp klu ko mlalot lbh sket mayb leh jd mnarik kot,ap pn bgos ble ko wat cam ko yg ak stat knl dlu,tp kn,yg d selongka blk 2 antre entri2 yg bnyk di komen ke ek?
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama entri yang aku selongkar2 tu ada yang xde komen langsung.huhu. weh, aku perlukan ko sekarang. mane ko?asyik hilang je.mesej pun tak balas..sobbss
Botak berkata…
tiada konkongan dan tak suka dikonkong., kalo kerongkong atau king kong suke ar., hahahaha.. :))
Zazachan berkata…
@Botak kalau single happy lalala je la.hehe
Ayda Munir berkata…
Kongkong kena pada tempatnya:)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?