Semangatku Kian Membara.

Salam 'alaik..
Terasa lama sangat duduk kat rumah, aku dah bosan. Bila rasa hati ini diluahkan mesti ada suara-suara sumbang yang membalas,

"Dah tu kerjalah,"

Bosan duduk depan laptop, bosan menunggu.. (gambar dari sini)


Kalaulah orang tersebut tahu masalah aku mesti dia takkan cakap macam tu. Biasalah orang takkan tahu pun masalah kita kalau tahu pun mereka takkan faham. Aku pun kadang-kadang macam tu juga. Selagi kita tak rasa sendiri apa yang orang tu alami kita akan fikir masalah orang lain dengan penyelesaian yang sangat-sangat simple.

Research pasal E.coli cuti-cuti macam ni pun bagus jugak. (gambar dari sini)


Lepas dapat result hari tu berposak-posak aku dan member aku yang sorang ni fikir benda yang boleh meningkatkan lagi pointer kami yang 'gojes' tu. 

"Za, kau tanyakan kat senior bio. Suruh diorang review sikit subjek yang kita tak amek lagi ni. Aku takut aku tergolek lagilah,"

Alhamdulillah, aku memang mempunyai senior yang sangat baik dan membantu. Bukan setakat review subjek, dia siap bagi tips lagi untuk semester akan datang. Yelah, dia super senior so pengalaman tu banyaklah nak dikongsi. 

"Apa kata Jaja dan kawan tu pergi jumpa lecturer tanya pendapat dia tapi naik sem nantilah,"


Aku rasa sebab tu kot aku dah ada rasa nak start belajar. Lagipun biasalah lepas dapat result 'gojes' semangat mestilah membara. HAHA.




Jangan dok cakap je za..

Ulasan

HEROICzero berkata…
malas sebenar nya nak naik sem ni. =_________________=
Unknown berkata…
semoga terus berjaya yer..subjek bio tu..ayie mont lol dulu..hehe tpy skrng dh beralih arah ke math and fizik..semoga terus berjaya kelak..incya-Allah
Zazachan berkata…
@HEROICzero aku tak sabar.hehe... ko keje ke cuti?
Zazachan berkata…
@cucu umie insyaAllah.. thanks.. takde bio sangatlah.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.