Blog Sampah.

Salam 'alaik..

gambar dari google

Semalam aku berblogwalking sampai pagi sebab tak boleh tido lagi. Kalau hari-hari macam ni probability untuk sakit tinggi ni. Bukanlah tak tido langsung, sebelum tu aku dah tido dalam pukul 9 malam tapi 3 jam je aku boleh tido kemudian bangun nak tido balik kepala aku sakit, pening-pening lalat macam tu.

So blogwalking, blogwalking terjumpa satu blog ni. Bahasanya menarik walaupun ada satu entri ni boleh dikatakan entri luahan perasaan beliau kerana tak puas hati dengan seorang blogger lain tapi entri tersebut aku tengok takdelah luahan sangat pun. Cool je beliau balas balik komen-komen pengikut blogger yang sorang lagi tu. Serius tak pernah aku jumpa blog se-cool itu sebab dia perempuan kalau blogger lelaki mungkin aku tak teruja sangat. Sebab ada fakta yang mengatakan perempuan emosional, lelaki rasional (eh, yeke?).

Kalau kita tengok blog-blog sekarang memang banyak pasal hal-hal peribadi. Apa yang blogger buat hari ni, blogger makan apa hari ni, dating kat mana dan mungkin juga pasal family diorang. Sebab tu industri blogging ni dah jadi macam sardin (wow! industri meh?). Ada tu buat blog semata-mata nak berkongsi cerita personal dia. Aku salah seorangnya, suatu ketika dahulu di saat mula-mula aku menapakkan diri dalam bidang ni. Mungkin sebab taktahu apa sebenar kegunaan benda alah ni. Then bila ada yang melalak-lalak kata blog personal tersebut blog sampah (klik untuk tahu maksud 'blog sampah') dan takde info langsung mulalah nak melenting siap melantun-lantun lagi. Tak dapat terima kenyataan.

Blog aku juga mungkin salah satu sampah yang mereka maksudkan tu. Nak buat macam mana, aku pun bukanlah blogger popular. Kalau sampah ni beroperasi mungkin takde pun yang perasan kehadiran aku dalam dunia blogging ni. Tak kisah pun yang penting aku suka menaip biarpun orang tak baca apa yang aku taip. kehkeh..

orang komen sebab orang sayang.
mulut orang pun bukan macam mulut tempayan
boleh tutup sesuka hati. lala..


Ulasan

kotak bulat berkata…
blog sape yg cool tu? teringin jgak pegi tengok..
Ferfarfer berkata…
HEHEHE EVRYONE CAN BE A POPULAR BLOGGER. ERYONE HAS CHANCES BEBEH :)
Zazachan berkata…
@kotak bulat alamak.. den tak bookmark lak link dia..huhu
テッド / t e d berkata…
"orang komen sebab orang sayang.
mulut orang pun bukan macam mulut tempayan
boleh tutup sesuka hati. lala.."

suka suka :)
baincardin berkata…
takpe..bykkan bersabar. terpulanglah org tu nak buat penilaian..apa yg penting, kita happy je update blog! ^_^
Zazachan berkata…
@CIK FERRA AWW kalau boleh taknak jadi popular blogger tu. sbb nati org nampak kesampahan di blog ini.hehe
Zazachan berkata…
@- t E d - kenapa tak copy satu entri je ted?hahaha..
テッド / t e d berkata…
cepat sgt klik "terbitkan ulasan anda"..
berblogging bukan nak carik followers beriban-riban..ade berblog for fun..terpulang la..setiap blog ada function masing2..kalau kita tengok stats ada orang baca,syukur Alhamdulillah..nak jugak orang baca kan? hehe~
Zazachan berkata…
@baincardin hehe.. yeah! happy menghupdate.. tq. ;)
テッド / t e d berkata…
@cik zaza taknak copy semua..aku paling suka ayat yang tuh..hehe~ menarik menarik..nk share boleh?hehe
luna qiszara berkata…
lol..sape dia untuk kata blog org blog sampah? ahaha..fatin liyana, habis zalikha, redmummy..tu blogger popular, tp diorang pun banyak tulis entri personal..ade je org minat..

ckp kat org tu, kalau nk info baca je surat khabar :p
Zazachan berkata…
@luna qiszara duit dah habis bayar streamyx atau broadband dah takde bajet nak beli surat khabar.hehe
Farhana Jafri berkata…
prnah jgak kne kutuk blog aku blog smpah dr pminat obefiend tp sikit pun xkisah la sbb kite buat sbb kita nk share dgn org ksah hdup kta.. so, cheers!! ^^

jemput singgah ANASAURUS :)
Zazachan berkata…
@Farhana Jafri yang penting skrg, kita kena terima komen2 yg orang bagi. sbb kadang2 komen2 mereka mungkin ada betulnya dan kita kena perbaiki. takyah nak melenting2 bila org kata blog kita itu ini. memang sakit hati bila dgr tapi nk buat cmne org tak suka kita takleh paksa. kita buat apa yg kita suka bukan kita buat apa yg org lain suka. kadang2 apa yg org suka tu lah kita tak suka buat. dr memaksa diri buat benda yg org suka tanpa ikhlas baik kita buat benda yg kita suka seikhlas hati yg boleh. betul tak?
Botak berkata…
aku suka buat cerita pasal nasi hangus, kayu api basah dan pak pandir kalah laga ayam., takde hal pon., hahahaha.. :))
HEROICzero berkata…
terpulang pada niat asal.

blog la apa kita mahu. komen la apa kita rasa.

yang penting, guna aqal.
Zazachan berkata…
@Botak memang takde hal pun.lala
Zazachan berkata…
@HEROICzero guna akal bukan hati. baikk.. ;)
Ym.Bundle berkata…
bagi pendapat aku,blog sampah yang sebenarnya blog yang plagiat..curi artikel orang pastu buat macam dia sendiri yang tulis..entry personal tanpa info bukanlah blog sampah..

p/s : meh la lawat blog sampah aku yang bukan plagiat..100% asli..hehehe
Tanpa Nama berkata…
relax sudah....najis pun org leh proses wat daging..ini kan pula sampah...relax sudah....orait!:D
Zazachan berkata…
@soooooour btul2.. sampah2 pun kadang2 ada gunanya kan?hehe
Kinoko-Code berkata…
blog sampah???blog ni an personal space...nak wat pape pon leh...ade yg wat personal diari..ade yg kongsi tips..ade yg wat bout cooking...as long as kite happy dgn blog kite...wu yg pntg..tol ta???

hehe...jom jenguk jp blog sampah KC..hehhe
Tukang Review berkata…
Blog ikut gaya tersendiri. Kenapa nak label blog sampah jika ianya menyampaikan sesuatu informasi? Ape raaa 'orang tu'. Tak yah peduli sama dia ler..
beaty berkata…
blog sampah pun blog sampah la ..apa buli buat la
penaberkala berkata…
sama la, blog banyak cerita pasal personal life
blog sampah pun, sampah laa
asal tak kacau hidup orang lain kan?
kadang-kadang, sampah tu jugak boleh dikitar semula utk jadi produk yg lebih baik :)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?