tengah syok mengumpat tiba-tiba........

Salam...


"za, jom temankan aku ke tandas,"


rumetku tiba-tiba mengajak aku ke tandas. masa tu dah pukul 3 pagi kami masih tak tido. kononnya nak study. study week lah katakan. tak lama lagi dah nak pspm. selalunya pukul 3 ramai yang dah tido. limit diorang sampai pukul 3 paling lambat. ada je yang stay up sampai subuh, contohnya kamilah. tapi tak ramai pun. kalau pukul 1, 2 mesti blok asrama masih bising kerana majoritinya masih tak tido, start pukul 3 dah sunyi dah. bagi yang suka bangun awal pagi diorang selalunya bangun pukul 4 pagi lah.


"hurm.. nak yak lah tu,"


HAHA. memang keje kami tengah-tengah tengah study mesti akan ke tandas melepaskan hajat. selalunya aku yang akan kena tunggu lama sikit kat luar tandas tu. alah, tandas tak jauh pun dari bilik tapi di sebabkan ketakutan dah pagi lagipun orang tak bangun lagi seram-sera sejuk tu tetap ada lah kan.


malam tu aku macam biasa temankan rumetku ke tandas. stop kejaplah study release tension dalam tandas jap. HAHA. aku masuk takde lah lama sangat. tapi menunggu kat luar punyalah lama, macam biasa tapi kali ni lagi lama. 


"lama lagi ke weyh?"


ayat yang aku ulang-ulang setiap 5 minit. bapak lama budak ni membuang. HAHA. aku berdiri betul-betul depan pintu jamban yang rumet aku masuk. rasa dah lama sangat berdiri aku mencangkung jap. menyanyi-nyanyi tapi takde lah kuat. tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki seperti masuk ke shower. tapi takde pulak bunyi air macam tengah mandi ke.


'uik, baru pukul berapa diorang nak mandi. agak-agaklah,'


aku rileks lagi. tunggu rumet yang tak keluar-keluar. agaknya dia sedang berusaha mengeluarkan seketul batu. tiba-tiba ekor mataku ternampak sekujur tubuh sedang berjalan di luar tandas. kebetulan dinding tandas tu ada lubang-lubang berpetak yang membolehkan kami nampak sape yang sedang berjalan di luar. bila aku toleh takde orang.


rumetku pun keluar dari tandas,


"gile lama, "


"gomen.. gomen.. kali ni nak keluar banyak pulak,"


HAHA. tak senonoh! 
kami terus balik ke bilik kami. nescafe dah berpaket-paket aku telan. mengantuk takde pulak tapi badan tetap letih, lemah dan sebagainya. niat di hati nak sambung study balik. aku dah sumbat earphone sebelah kiri yang sebelah kanan rumet aku sumbat ke telinga dia. kami terlalu mesra sampai mp3 pun dengar sama-sama. HAHA. baru nak start study ni. rumetku pun baru nak start membebel apatah masa tu. tiba-tiba aku terasa lain macam. begitu juga dengan rumetku sebab dia tiba-tiba berhenti membebel.


"weyh, jom tido,"


rumetku tak balas langsung ajakan aku. malah dia terus pergi ke katil begitu juga denganku. 


keesokan harinya, kami bangun agak lambat. bangun je dari tido aku dah pandang rumetku. 


"apesal semalam?"


terbukalah cerita. rumetku dengar suara yang tak sepatutnya kat earphone yang kami dengar masa tu. tapi peliknya aku tak dengar apa-apapun tapi apa yang aku alami malam tu. aku terasa ada tangan yang menepuk bahu kiriku dari belakang ketika di meja study bersama rumetku sekali dan sekali lagi ketika aku berada di atas katil kelam kabut untuk tido. 


cerita ini adalah benar
dan berlaku pada diriku sendiri ketika di matrik.
tapi masa ni aku boleh lagi dikatakan berani
sebab boleh gelak-gelak lagi lepas kena benda alah ni.
HAHA


Ulasan

syaiCHOLOGIST-to-be berkata…
matriks mano? :P
bahaha boleh gelak-gelak lagi? memang tak serik ahh :PP
alin berkata…
isyhh!seramnye..kalau nak exam mesti akan dengar cerita2 cmni kan??huhuhu..
Zazachan berkata…
@syai.nia.sharif matrik perak dulu.. bkn tak serik tp blm rasa mcm tak caye pulak kena kt diri sndiri.huhu
Zazachan berkata…
@✿....rossa alina....✿ tu la..sbb org kata smgt bdk2 nk exam mcm lemah sikit..rasanya la..huhu
Tanpa Nama berkata…
seram gilee . cayalaa cik zaza , bole gelak gelak lagi . kalau hanna da pengsan da . heee :)
~ miSs rAkinAh ~ berkata…
die suwoh tido kot..hik3
Zazachan berkata…
@elyhanna murray bukan tak takut la..takut jugak tp mcm tak caye je..huhu
kei berkata…
blogwalking kat belok ko pagi2 ni haha.. giler lah citer ni.. dengar byk kali pun still seram.. @__@
Zazachan berkata…
@kei nak cite pasal kisah yg ko alami lak ah.mesti lg seram.hehe.ke aku dah cite ek?lupa lak

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?