ini cerita seram, tapi aku yakin korang tak takut.

Salam..
aku tiba-tiba teringat masa aku kat matrik dulu. kalau sebelum ni aku setiap kali cerita pasal matrik mesti cerita pasal silat, hikari, ex-rumet kan? tapi kali ni aku nak cerita kisah-kisah yang pernah berlaku kat matrik perak. sebelum batch aku dan semasa batch aku.


gula-gula dok kat tingkap.
kitorang kalau nak cakap pasal pocong kitorang tak panggil direct, ada yang panggil sweet, ada yang panggil gula-gula, ada yang panggil chong. benda ni macam biasa je kot kalau nak cerita pun. mungkin ada berlaku kat tempat lain jugak.
cerita bermula ketika orang dok busy study sebab tak lama lagi pspm bagi pelajar matrik. kisah ni berlaku kat hostel lelaki tak silap aku lah. biasalah stay up memalam buta sorang-sorang pulak tu. sambil study dengar lagu kat radio. ada sorang pelajar lelaki aku gelarkan dengan nama ali dia dok study dengan radio terpasang. sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya.
tiba-tiba nyanyiannya terhenti kerana siaran radio yang tiba-tiba terganggu. puas ali ketuk-ketuk radionya itu. walaupun dia boleh betulkan tune radio saja tak payah ketuk pun ok. setelah diketuk berkali-kali barulah siaran radio kembali jelas kedengaran. tapi yang peliknya siaran bertukar kepada bahasa yang tidak difahaminya. seperti bahasa thailand.
ali masih rilek, puas dicari siaran yang didengari tadi tapi masih tak dapat bahkan siaran radio masih tak berubah dengan siaran thailand tadi. badan mula rasa seram, tiba-tiba ali rasa sejuk seperti ada yang membuka tingkap yang tak jauh dari meja yang didudukinya. beliau terus menoleh dan ke arah tingkap. tingkap memang terbuka. belum sempat beliau berdiri untuk menutupnya, langsir terselak dan menunjukkan sekujur tubuh berwarna putih seperti mayat yang telah dikapankan sedang memandang ke arahnya. ali tidak jadi ke tingkap. tapi beliau terus berlari ke katil. dan menyelimut dirinya. taktahu lah bila ali tertido dalam keadaan takut tu.


tolong tutupkan lampu
mail baru saja balik dari membasuh baju pada waktu malam. tapi disebabkan rumetnya takde kat bilik kerana masing-masing balik kampung kebetulan ketika itu adalah cuti umum mail tak jadi \tido sorang di bilik tapi beliau ke bilik kawan baiknya searas dengan biliknya. 
disebabkan dah terlalu biasa ke bilik itu beliau terus masuk ke dalam bilik yang tak berkunci itu. mail nampak kawan baiknya sedang tido di katil berhampiran dengan pintu. mail pun terus ke katil sederet dengan katil tersebut tetapi berdekatan dengan meja study.
lampu bilik masih belum tertutup ketika itu, disebabkan terlalu malas dan mail nampak kawannya seperti masih belum tido kerana kerap bergerak-gerak mail pun menyuruh kawannya itu menutup lampu.


"ali, kau tolong tutupkan lampu,"


tiba-tiba panjang tangan kawannya menutup lampu tanpa berganjak dari katilnya. terkejut mail dan terus menyelubungkan diri. 
keesokan harinya, mail bangun dari tido dan beliau dapati kawannya takde di katil. mungkin dah keluar ke mana-mana. belum sempat mail keluar untuk ke biliknya, kawannya balik entah dari mana,


"ali, kenapa semalam aku nampak kau punya tangan panjang tutup lampu,"


kawannya itu terkebil-kebil mendengar pertanyaan mail,


"kau biar betul mail. aku baru je balik dari kampung aku terlupa nak bagitahu kau,"


ok, fine aku tahu. aku tak berbakat nak menakutkan korang. ayat dah le skema habis ni. tiba-tiba pulak terskema macam buat karangan bahasa melayu. aduhai..


ni baru dua cerita
mungkin nanti aku cerita kisah yang lain pulak
banyak jugaklah. yang berlaku kat aku
pun ada, yang orang lain alami pun ada.


Ulasan

rafie berkata…
xcuak. hehe.
citer btul ke nie?
wow. gempak bai. =)
Zazachan berkata…
@rafie cehh!..aku dah agak mmg tak cuak..ahaha..
a'ah ni cerita betul..
sakina sakura berkata…
kao gler ker xtakut..jadi depan2 mata baru ko tau..belagak eh aza...huhu
rafie berkata…
citer btul?
oke, tukar blik.
cuak2.
tahun nie mybe msuk matrik.
TIIIDDDAAKKK..!! haha.
Zazachan berkata…
@sakina sakura aku bkn berlagak la..penah je kena walaupun tak bape nk takut kisah aku..huhu
Zazachan berkata…
@rafie wahh!yeke?gud luck ye.. n slmt bertemu dgn 'mereka'..hoho.. *saja nk takutkn ko..=p
kei berkata…
haha teringat plak kes2 han2 dlu xD
Zazachan berkata…
@kei yg pinggan jatuh depan pintu bilik ko pukul 2pg tu ke?hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?