sukanya saya kat dia..tapi....

salam readers..
seorang kawan aku telah bertanya macam mana nak hilangkan perasaan suka kita kat seseorang?bak katanya, 
aku dah try buat magic, tepuk tangan hilangkan perasaan tu tapi tak jadi jugak


aduh..kawan aku yang sorang ni..memang lah tak jadi la kakak oii...huhu..
so, let's check it out pendapat aku tentang suka menyukai ni..


suka adalah satu perasaan yang dimiliki setiap manusia..tak kisah la suka kat barang ke, orang ke..yang penting suka..admire..minat..dan apa-apa yang sewaktu dengannya..betulkah perasaan suka ni boleh merubah seseorang?maksud aku kat sini..seseorang itu boleh berubah sebab terlalu suka pada seseorang contohnya berubah menjadi lebih baik semata mata untuk menarik perhatian orang yang dia suka tapi bukan kerana Allah atau kehendak mereka sendiri..mungkin orang akan kata perubahan tersebut bukan atas keikhlasan hati..tapi kadang-kadang selepas berlakunya perubahan seperti itu lama-kelamaan timbullah keikhlasan yang datang dari hati..tapi tak semua begitu,bukan?


bagaimana pula untuk menghilangkan rasa suka tersebut?
bagi mengelakkan kita terus teringat akan lelaki/perempuan yang kita suka tu, dinasihatkan supaya kita tak berkongsi cerita mengenai perasaan tersebut kepada kawan-kawan..tu cara untuk memudahkan kita melupakan perasaan tersebut..perempuan la selalunya suka berkongsi perasaan dengan kawan-kawan..bila kawan-kawan kita dah tahu kita suka kat orang tu setiap kali nampak lelaki/perempuan yang kita suka mesti akan datang lirikan antara korang dan kawan korang tu..dan mesti kawan korang akan cakap camni..


kau nampak tak apa yang aku nampak ni?hehe..

weyh, dia pandang kau tu..

eleh, suka la tu..


secara tak langsung kawan korang telah menebalkan perasaan suka korang tu dekat lelaki/perempuan tu..betul tak?jadi, simpan la perasaan tersebut dari diketahui orang..bukan tak boleh bagitahu langsung..tapi berpada-pada lah..


“Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kau memahami hambaMu ini, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Dan kuatkanlah aku untuk segala kehendakMu. ”


selain itu, kalau dah tak boleh nak lupa sangat..macam yang penah aku share dengan korang sebelum ni dalam entri NI..tapi takpe aku highlight kan apa yang paling penting untuk melupakan seseorang yang kita suka..
bagi situasi macam ni, aku rasa memikirkan sesuatu yang tentang lelaki/perempuan yang kita suka tu adalah cara yang terbaik..aku bukan nak mengajar korang buruk-burukkan orang tersebut depan kawan-kawan korang ok..memburukkan di sini adalah untuk diri anda sendiri..manusia takde yang perfect..mesti ada khilaf yang mereka lakukan sama ada sedar atau tak sedar..contoh..


alah, dia bukannya baik sangat..hari tu aku nampak dia tido berdengkur dalam kelas

dia kentut lebih busuk dari aku..kenapa aku nak suka kat dia?ish..ish..

contoh je la..korang pikirlah sendiri benda-benda buruk tentang orang yang korang suka tu..tapi jangan menabur fitnah pulak..tak baik..huhu..




ni la kawan yang aku maksudkan tadi..sape nak kenal dengan dia sila emelkan kepada aku..haha..(promote kawan jap..)


p/s sedang aku syok meng-google tadi aku terjumpa link NI..ada la sikit info yang aku ambik dari situ sebenarnya.. 






Ulasan

myra edora berkata…
ooiitt!!
aku ada masalah yang sama mcm kwn ko tu...
tapi yang Encik abang tu..macam bagi +ve feedback je...apa kate ko??
Zazachan berkata…
@myra edora wahh! yeke? owh.. bgus la tu..
Tanpa Nama berkata…
secara kebiasaannya..kalu kita dh suka org tu..sekalipun kita nmpk keburukan dan kelemahan dia..kita akn mendidik hati dan jiwa utk mencintai bukan sja kelebihan dia..malah kelemahan dia jgak..so memang susah nk lupakn seseorg dgn hanya mencari kelemahannya kerana apabila kita mencintai seseorg dgn sebenar2nya,maka kita mencintai segala2 yg ada pda dia..=)
Tanpa Nama berkata…
Mcm mana kalau perasaan suka at sese0rang xnak hilang walaupun kita dah try bnyak cra??
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama jadi kenapa mahu melupakan dan membenci orang yg anda cinta? Suka, sayang dan cinta berlainan perasaannya. Mungkin tips ini hanya mampu melupakan sesorang yg kita suka dan bukan yg kita sayang mahupun cinta.
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama mungkin perasaan anda lebih daripada suka.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?