PuTuS CiNtA..::(-_-")::..

entri kali ni aku tujukan khas untuk kawan seperjuangan aku cik mimi..aku tahu memang perit kalau dah putus cinta..terutama sekali kalau kita dah sayang sangat kat seseorang tu dan tiba-tiba saje orang tu buat keputusan yang sangat drastik iaitu dengan memutuskan kita..bila ditanya,katanya beliau tidak mampu untuk melihat kita terseksa..tapi tahukah beliau bahawa kita lebih terseksa tanpanya?dalam bahasa kasarnya..

'ko dah buat aku sayang kat ko, ko sesuka ati nak clash kan aku eh?'

tapi kita tak boleh nak marah-marah dengan menggunakan ayat di atas sebab itu yang beliau inginkan..kita kena respect keputusan tu..walaupun berjuta kali pun dipujuk tapi masih tetap sama, bagi aku tu maknanya dah takde ruang lagi untuk kita..ni tips yang aku boleh berikan kepada insan-insan yang sedang putus cinta..



cuba untuk melupakannya..
aku tahu bukan mudah untuk melupakan orang yang telah kita sayang..dan bukan senang nak halau perasaan tu dari kita..adeh!bukan ke sama je ayat aku ni?tapi nak taknak kita kena belajar untuk lupakan beliau..dengan apa cara sekalipun..tapi jangan la lupa terus, maksud aku lupakan sikit-sikit perasaan sayang kat beliau sudah la..kalau korang masih mahu berkawan apa salahnya..memang tu yang sebaiknya..betul tak?ataupun korang hapuskan dan lenyapkan segala benda yang ada kaitan dengan beliau..tapi tu macam nak lupa terus je..huhu~
http://www.smileycodes.info
kalau duk diam camni boleh buat lupakan dia tak?



ingat hal-hal buruk tentang diri beliau
kaum hawa ni lebih mudah mengingati setiap saat ketika bersama dengan pasangan..jadi, cara untuk melupakan beliau adalah dengan mengingati apa-apa saje perkara buruk yang penah beliau lakukan kepada korang..mungkin beliau penah kutuk penampilan korang ke, tampar korang ke, cubaan membunuh korang ke..adeh!macam dah melampau je ni..huhu~




menyibukkan diri
bukan bermaksud aku suruh korang pegi menyibukkan diri korang dengan hal orang lain atau dengan kata lain jaga tepi kain orang..ada kena mengena ke?huhu~menyibukkan diri yang aku maksudkan adalah dengan melakukan keje-keje yang boleh membuatkan kita melupakan masalah-masalah yang sedang kita hadapi.dalam masa yang sama kita boleh melupakan beliau walaupun sekejap..
http://www.smileycodes.info
cari pasal dengan lalat adalah cara terbaik..



cari pengganti
khususnya jika beliau sudah ada pengganti..mesti akan timbul rasa cemburu bila dapat tahu beliau dah ada pengganti..jadi, apa lagi?korang pun cari la pengganti..tu pun kalau bagi korang nak cari pengganti adalah semudah ABC..kalau aku tak dapek la..huhu~
http://www.smileycodes.info
cari pengganti untuk bergusti ok gak..



berhenti membandingkan
yang ni penting jugak ni..yela, hati dah terlalu sedih mula lah nak bandingkan diri dan kawan-kawan yang lain..perkara ni tidak sepatutnya dilakukan kerana kalau kita terus membuat perbandingan seperti itu sebenarnya kita telah menambahkan kesedihan kita sendiri...




luahkan perasaan
cari seorang pendengar setia yang boleh mendengar masalah korang..kadang-kadang kita tak mampu nak simpan kesedihan tu sorang-sorang..dan kalau tersimpan je tak keluar-keluar pun susah jugak..tak pasal-pasal jadi penghuni tanjung rambutan...huhu~




hiburkan diri
gelak dan hiburkan hati korang..ceriakan diri korang mungkin dengan mengajak kawan-kawan korang keluar..tak pun bergurau dengan adik beradik korang..tapi ingat!jangan gelak sorang-sorang..nanti orang kata korang gile pulak..huhu~
http://www.smileycodes.info



setakat ni je terkeluar idea aku..huhu~ada jugak sikit-sikit aku google tadi..biasa la, aku pun masih belajar bab-bab ni.jadi, apa yang aku belajar aku kongsi jugak dengan korang..walaupun aku dah banyak kali putus cinta+memutuskan cinta..huhu~




p/s kadang-kadang ada yang buat janji dengan diri sendiri untuk tidak bercinta sehingga berumur sekian-sekian..apa gunanya janji tu kalau korang satu hari nanti akan langgar jugak?kita bukannya boleh jangka bila dan ketika cinta tu datang..betul tak encik kawan baik?
http://www.smileycodes.info














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.