Tipslah sangat: Ringankan Blog Anda

Salam 'alaik..
Buat kali yang ke sepulohribu kali aku check berat blog ni. Alhamdulillah, tak berat dan mampu loading sepantas yang mungkin walaupun kat toolbar alexa bagitahu loading time aku lembab nak mampus.

segan nak tunjuk penuh-penuh.


Setiap kali aku check berat blog aku di sini. Beratnya tak cecah 100kb sebab ada yang kata bila blog dah sampai 100kb blog tu dah dikira berat dan selalunya blog berat ni lambat loading. Kalau dah lambat loading? Paham-paham sendirilah. Aku sendiri tak suka tunggu lama-lama.

Jadi, kononnya kat sini aku nak bagi tips untuk ringankan blog (uweekkk!) rasa nak muntah pun ada bila seorang blogger picisan seperti aku memberi tips. Ikutlah kalau rasa berguna, bacalah sampai habis aku hanya ingin berkongsi ilmu blogging aku yang tak luas ini.

Widget
Selalunya widget memainkan peranan penting dalam blog. Hipotesis aku, semakin banyak widget dalam blog semakin berat blog tersebut. Jadi bagi meringankan blog, korang kenalah buang widget yang tak perlu dari blog korang. Ye, memang widget itu mencantikkan blog. Cuba bayangkan kalau blog korang cantik tapi berat kemudian bandingkan pula dengan blog tak cantik tapi ringan. Kadang-kadang disebabkan blog yang berat tu lah punca utama blog tak ramai visitor.

Gambar
Sudah jadi kebiasaan bagi sesebuah blog meletakkan gambar untuk setiap entri. Semestinya gambar tersebut untuk memberi tarikan lagi kepada entri kita. Untuk elakkan blog jadi berat, dalam satu entri limitkan letak maksimum tiga gambar. Kemudian adjust sikit gambar sama ada saiz medium ataupun small. Selain itu, gambar-gambar yang diambil dari photobucket juga melambatkan loading sebenarnya. Korang dinasihatkan upload saja gambar-gambar tersebut di blogger dot com saja.

contoh:




amek url imej dari blogger dot com


Readmore button
Ada yang kata readmore button dapat mengurangkan berat blog. Mungkin juga dapat kurangkan sikit tak banyak sangat bagi aku. Tutorial readmore button di sini.

Entri di page HOME
Kurangkan entri untuk satu page penuh blog korang atau HOME. Memberi kesan jugak walaupun tak banyak. Cara mengurangkan entri tersebut;



macam tak nampak gambar ni.


Setakat ni sajalah agaknya. Letak yang penting-penting je kat blog tu tapi pastikan kemas jugaklah ye. Bila blog dah ringan baru best ajak orang datang blog kita. Betul tak? Sama-sama kita mudahkan kerja blogwalking. hehe


terima kasih baca tips
yang tak seberapa ni.




Ulasan

Azlan berkata…
thanks for the nice info..blog saya mmg dah mcm batu dah berat nyer..sy akan cube yer..hehehe
Zazachan berkata…
@Azlan terima kasih jugak membaca. ;)
Newsberri berkata…
info yg berguna..ni da leh wat mini tesis ni..hahah..
Zazachan berkata…
@Rie ekekek.. mini tesis eh?mini projek pun dah jd mega projek..huhu
Aizat Si Lipan berkata…
thanx geng! dentyne satu~~
Sang Gabriel berkata…
nak tanya,

homepage dengan satu entri dengan homepage with summarized entry (dgn read more) tu mana lagi efisien pendapat ko?
Zazachan berkata…
@gabanMorka aku rasa homepage dgn 1 entri tu lg efisien. readmore mmg kurgkn sikit je berat blog ko. setakat yg aku tgk la.
HEROICzero berkata…
load time, 0.72sec, another blog, 1.96sec.

quite okay . kot? hehe.
fowziey berkata…
Pendapat saya kalau guna gambar, elok pilih 'original size' pada post editor. So, browser tak perlu ambil masa untuk scale gambar tu. Kecilkan dulu gambar sebelum upload ke Blogger.
Unknown berkata…
peh idea bernas
kaizen berkata…
tp nape awk still lmbt loading ek??

*ini pandangan peribadi maybe sy sorg jer yg berpendapat mcm ni atas faktor line internet mungkin??

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI
Zazachan berkata…
@kaizen owh yeke?taktahu lah tu sebab sy buka takde pulak lambat loading.
Zazachan berkata…
@Aku Dan Teksi yeke..dah lama tak check, buka pun dah jarang.terima kasih.. ^^

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?