ayyark!!HaNtU..terkejut aku...::o_O::..


aku baru je lepas tengok cerita hantu indonesia..tiba-tiba pulak nak buat review pasal cerita-cerita hantu 3 version.indonesia, melayu dan omputih.kalau kita tengok 3 cerita hantu yang lain version ni memang berbeza dari segi pengenalan hantu tu, macam mana hantu tu muncul, kenapa,dan banyak lagi..kita tengok apa yang lain dari pandangan aku.



hantu melayu
kalau takde background yang menjerit-jerit tak sah.nak-nak kalau hantu yang dipilih tu pun memang jenis hantu yang kuat menjerit.aku tak bagitau hantu apa pun korang boleh tahu hantu apa yang aku maksudkan ni.cara hantu muncul pun mesti ada jerit-jerit dulu baru hantu keluar.ha, lagi satu faveret hantu mesti ada yang bawa baby.pernah jugak aku tengok dalam cerita hantu melayu yang ambik hantu yang tak mungkin menjerit pocong tapi dalam cerita tu boleh pulak hantu tersebut ketawa mengilai macam hantu yang bawa baby tu..huhu~kesian hantu tersebut, identitinya tercemar.




hantu indonesia
kebanyakan cerita hantu indonesia aku tengok cuba meniru hantu JU-ON.make up hantu pun hampir sama.mungkin mereka takde idea atau hantu jepun JU-ON tu yang duk tiru diorang aku pun tak tahu.selain tu ada jugak hantu feveret yang diorang guna macam pocong.kalau korang perasan, cerita hantu indonesia banyak guna tajuk yang ada pocong.contoh, 40hari bangkitnya pocong, sumpah pocong di sekolah, pocong 1 dan 2..tapi kebanyakan tajuk yang ada nama pocong ni bila tengok isi cerita takde pun pocong.takpun pocong keluar sekejap je.tapi tak dapat nak nafikan la tajuk cerita indonesia banyak jugak yang tak sesuai dengan isi cerita tu sendiri.



hantu omputih
make up hantu agak menakutkan.cerita hantu omputih ni memang seram tapi kalau diteliti ada tak logiknya.sebab dalam cerita hantu omputih ni hantu diorang bukan setakat menakut-nakutkan orang tapi boleh membunuh.tu yang buat seram sampai menjerit-jerit aku tengok."cepat-cepat jap lagi dia bunuh kau!" lagi satu kalau nak tengok cerita omputih yang seram sambil menjerit-jerit tengok je cerita yang berkisahkan pembunuhan, orang bunuh orang.ni kompem menjerit lebih kuat dari tengok cerita hantu omputih..huhu~




p/s seram pulak aku duk cakap pasal hantu.sebab tu aku tak letak gambar hantu kat sini..huhu~ ok, nak sambung tengok skrip 7707..



Ulasan

Unknown berkata…
berinformasi plak blog dia skrg..huhu
Zazachan berkata…
ries lee: hihi~ (^_^)v
Tanpa Nama berkata…
Bes nye

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?