Catatan

bila kebosanan dan emosi disatukan...

Imej
Salam.. hari ni aku berblogwalking di beberapa blog yang aku tak pernah masuk sebelum ni. dan mungkin jugak aku takkan mention blog sape yang aku maksudkan di sini. aku bukan ingin membajetkan diri dengan berlagak seperti seorang otai blogger yang sudah berpuloh tahun di dunia blogging ini tapi mungkin aku hanya ingin menegur keadaan sesetengah blog yang tersangatlah comel dengan lap lap yang berguguran memenuhi skrin aku dan semestinya sukar bagiku untuk mengklik pada mana-mana link yang berada di sana. kadangkala melembabkan loading kerana terlalu berat atau bahasa kasarnya widget yang menyemak! ouh, mungkin bagi sesetengah pihak akan berkata, "biaq pi lah sama depa nak pasang widget apa pun. blog depa bukan blog ang," fine, kalau itu yang korang nak kata aku cakap je. kalau korang suka aku tak kisah langsung. aku tahu memang ramai yang suka benda-benda comel macam widget-widget yang memberatkan blog tu dan ikut korang jugaklah kalau korang memang seorang peminat setia bl...

video dari aku kepada sape tah..

Salam.. aku baru saje selesai meng-edit video yang sudah lama berada di dalam laptop aku ni. video empat orang gadis yang menggelarkan mereka sebagai hikari. dan video tersebut ketika mereka belajar di sebuah matrikulasi. cehh! ayat nak panjang berjela. kalau aku bagitahu lebih lanjut pun bukan korang berminat pun nak tahu pasal mereka kan? nah! aku nak tunjukkan video yang aku dok kecoh sangat ni ha.  ha, hamek! dari facebook aku bagi. aku tahu mesti ada di antara korang yang tak boleh nak buka youtube mungkin sebab kena block oleh pihak universiti ataupun di pejabat. hehe. nak suruh korang tengok jugak sebenarnya. mungkin ini adalah satu video memalukan diri mereka disebabkan lenggok liuk yang berada di dalam video ini kelihatan tidak matang ketika video ini sedang dirakam. sekurang-kurangnya pemilik suara yang menyanyikan lagu lemon tree itu tidak dikenalpasti. so, korang nak kutuk, kutuklah. yang pasti pemiliknya akan tahu kutukan korang itupun kalau korang kutuk kat ruanga...

kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar..

Imej
Salam.. pagi-pagi bangun dikejutkan kaklong aku suruh adik aku belikan sarapan. aku malas nak bangun sampailah adik aku kata mimi lapar nak makan. terpaksalah bangun kalau tak sape je nak bagi si kecil mimi ni makan. makan dah le kena berteman kalau takde teman dia taknak makan. banyaklah pulak songeh kucing ni. adoyai.. lepas bagi makan aku tido balik. cuti kot, mestilah nak rehat-rehat. tak lama lepas tu adik aku balik dari beli sarapan dan terus kejutkan aku sarapan sekali. awalnya sarapan, kat rumah sewa aku sarapan pun tak. bangun je lah kalau tak bila lagi nak bersarapan bersama keluarga. ecehh.. lepas sarapan, bermulalah ekspedisi mencari hantu. HAHA. bukan cari betul-betul pun hanya mencari artikel-artikel atau cerita-cerita seram yang dari pengalaman dan kisah benar. start semalam lagi, adik aku punya keje. aku nak baca pun tak berani. gambar-gambar pun aku dah takut tengok inikan pulak nak baca ataupun tonton sendiri. jap aku nak kongsi dengan korang kisah yang kami baca, t...

GiveAway EdY : KATA KAU!

Imej
Salam.. kali ni aku nak join giveaway yang telah di tag oleh encik Khairul iaitu Giveaway Edy: kata kau!. untuk giveaway ni aku kena buat caption yang kreatif untuk gambar yang aku curi dari blog beliau. jadi, gambar pilihanku adalah: SWEETNESS can bring a HAPPINESS besides giving a DISEASE. ok, tak lebih sepuloh patah perkataan. dengan ayat yang macam ni. aku ngaku aku tak kreatip sangat bab-bab bagi caption ni. ok, jadi orang yang aku nak tag adalah ----> cik kaklong the jijipeggton

FACEBLOG pulak..

Imej
Salam... ape itu faceblog? hanya komuniti blogger untuk mengenali blogger-blogger di seluruh Malaysia.. kalau korang berminat sila klik pada gambar di atas.. tak suka pink boleh piilih banner wane lain..hehe

bila rumah kata mari, assignment kata pergi..hehe

Imej
Salam.. terasa sangat lama aku tak update blog ni. busy lah kot dengan assignment, lab report dan test dalam minggu yang sama. rasanye biological clock aku pun dah tak betul. masa orang tido aku buat keje dalam gelap lepas tu orang bangun aku... mane ada tido! aku terus pegi mandi sebab ada kelas pagi. huhu.. nak buat macam mana aku tumpang orang kan terpaksalah ikut. malam semalam test terakhir aku untuk minggu sebelum cuti. tapi lepas cuti ada lagi. cuti mid sem aku tak cuti sebab kena siapkan lab report yang belum siap-siap lagi pastu nak kena study 2 subjek yang belum test 1 lagi. pergh! memang bukan cuti lah aku. lepas test reaction semalam rasa macam baru habis final. HAHA. walaupun dalam masa yang sama aku tak puas hati dengan soalan test. mana conversion? apa yang kena cari ni? kenapa orang jawab sampai tak cukup kertas? aku dah mula gelabah dah. tu yang jadi taktahu apa yang nak cari tu. semua benda aku kira. HAHA. balik je dari test dah rasa malas-malas nak buat kerja. ma...

kuat makan tapi tak gemuk..

Salam... bila berkata mengenai saiz terutamanya bila ditanya. aku rasa berbelah bahagi je. nak jawab ke taknak. bagi yang pernah lihat sendiri aku depan-depan mungkin takkan tanya atau tak kisah sangatlah kalau nak jawab. bagi aku mereka mungkin paham situasi aku. tapi bagi yang tak pernah tengok aku, atau yang pernah tapi tak paham-paham tu rase macam nak.. WACCHHHAAA!!!.. kenapa? sebab lepas diorang tanya mesti akan selit kata-kata ini, "hish, risau aku dengan kau ni. makan lah banyak sikit," "keciknyaaaa... gain weight aza, gain weight," "kau pernah check doktor? aku macam risau je. takut je kau ada penyakit," padahal diorang tahu apesal aku tak besar-besar. ataupun diorang tahu yang aku ni bukannya kecik sebab tak makan langsung! mungkin jugak diorang tahu metabolism badan aku tinggi. bak kata kawan aku; "ada orang kata orang yang metabolism tinggi ni badan diorang macam baru umur 16tahun. apa yang dia makan energy dia guna habis takde ti...