Jodoh Oh Jodoh

"Alhamdulillah, hanya dengan selafaz sahaja dia menjadi suamiku,"

"Congratulation to my cousin for her engagement!"

Ayat-ayat yang diungkap setiap kali aku buka facebook, instagram, blog.. Er. Maybe. Apa nak buat, umur dah meningkat. Makcik, pakcik, mak dan ayah sendiri tak putus-putus dengan soalan cepumas, cepu gangsa, cepu perak. Aduhh, tak ada soalan lain ke? Mungkin angka 24 cukup besar untuk jadi seorang wanita bujang. 

Cukup! Cukup!

Aku masih menunggu seorang putera yang melamar aku sambil menunggang kuda putih. Amboi.. Ala ala fairy tales lah sangat. Berangan tak habis-habis sebab tu sampai sekarang takde orang masuk meminang agaknya. Jangan nanti yang dikendong tak dapat yang dijinjing berciciran. 

Nak buat macam mana, Cik Gransazer jatuh cinta dengan Mr. Raksasa susah jugak tu. Kalau bertemu jodoh aku rasa memang bersepah rumah nak nak bila perang dunia meletus

Tapi serius kalau betul-betul bertemu jodoh korang jangan tanya kenapa ada ala ala power rangers, ultraman mahupun kamen rider aku punya hantaran nanti. Eh? Sekali lagi berangan. Haha. Aku ni kuat berangan kan. Haih.. Haih.. Sebab tu lah agaknya tak sampai-sampai lagi jodoh aku ni.

Dah lah, bawak diri tacing tengok facebook..


Macam ni nak kawen?
Dengan beg Dora Explorer.
Heh.

Ulasan

Black berkata…
cik jaja, nanti awak kahwin buat la tema power rangers ke... fairy tale ke.. hehehe
Zazachan berkata…
@uyun i will. nanti kite nak awak jadi one of the flower girls but flower girls nye costume lain sikit lah ye. mane tau pakai ala2 gransazer. u nak gransazer wane ape? haha
Zazachan berkata…
@Atikah Sismoon thanks for coming. hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.