Penganggur Sepenuh Masa

Salam 'alaik..

Ok mana aku nak start dulu ni, rasa macam terlalu banyak pulak nak cerita kat dalam blog hari ni. Yelah, blog dah lama tinggal kan macam ni lah jadinya. Bajet busy tahap gaban jadi operator kat kilang Mamee. Opps! 

First sekali, nak bagitau. 

Aku dah jadi penganggur sepenuh masa! Adakah ini berita yang paling menggembirakan? Mungkin ye dan mungkin jugak tidak. So boleh dikatakan half half lah. Gembira sebab aku dah ada masa untuk diri sendiri dan tak perlu balik sampai tengah-tengah malam. Tak berapa nak gembira sebab kena tinggalkan kawan-kawan yang best kat sana dan aku kena cari kerja baru untuk tampung cost hidup aku. 


Kawan-kawan yang sentiasa diingati

Takdelah nak sedih sangat sebenarnya, kalau aku rindu diorang aku boleh je kacau diorang kerja kat GSC Dataran Pahlawan tu. Macam berhenti then pindah keluar Melaka pulak nak sedih-sedih. Over je aku ni. Hehe. Diorang nak ajak pergi makan-makan pun boleh ajak aku. Sebab kalau tak ajak mungkin aku akan merajuk patpulohpat hari. Huh!

Seoul Garden!


Dah jadi penganggur, so nak buat apa sekarang?

First day jadi penganggur sepenuh masa aku jadi pengasuh kepada anak buah aku. Dapat gaji wooo jangan memain. Haha. Pada masa yang sama aku jadi runner pergi hantar adik aku pergi kerja. Dah lah harini last lesen P aku. Pemalas pulak nak pergi renew. Haih! Dan jugak jadi penghantar kuih apam polkadot. Ehem.. Bisnes kecil-kecilan je dengan kawan aku. Dia buat aku hantar. Nak order boleh lah pm aku. COD only in Melaka. Hehe. Mana nak pm? Kat tepi tu ada twitter. Inbox aje lah. Atau pm aku kat Facebook

Yeahh, aku pengasuh budak ini!


Belajar tinggi-tinggi tapi kerja tu je?

Belajar tinggi-tinggi pun tak semestinya dapat kerja best best bro. Orang pun macam taknak hire aku nak buat macam mana kan. Lagipun ni boleh dikatakan aktiviti sementara aku dapat kerja yang betul-betul. Dari duduk je kat rumah takde buat apa goyang kaki. Baik aku buat benda yang boleh bagi aku duit. Memang dah ada kerja part time. Nama pun part time kan kerja pun shift. Kalau dah shift kena balik tengah malam buta. Tu yang aku lemah tu. Gaji pulak.. Well kerja part time kan.

Kita tak boleh lah nak judge orang daripada apa yang orang tu buat semata-mata. Rezeki masing-masing berbeza mungkin rezeki kau cepat dan melimpah ruah kau tak boleh lah pandang orang lain sebelah mata je. Sama la jugak bila kau nak beli apa-apa kat shopping complex kononnya, kau janganlah pandang rendah kat promoter kedai baju ataupun penjual tiket. Sebab kau taktahu kisah hidup diorang yang kadang-kadang lebih complicated dari kisah hidup kau.

Bakal merindui uniform ini.


Bila nak gemuk ni?


Ulasan

Khairul Zamri berkata…
Sabar banyakkan berdoa mungkin rezeki ko lambat datang, jangan putus asa aku doakan ko dapat kerja pasni aminnnn :)
Zazachan berkata…
@Khairul Zamri dah tak nampak dah mana nak cari kerja. mungkin rezeki aku ni lepas aku buat sesuatu yang pada yang sama enhance skill aku. tapi masih tercari-cari di mana. haihh, kenapa dalam komen bahasa aku lebih puitis daripada entri blog aku sendiri?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.