Customer is not always Right.

Salam 'alaik..

"Hari ni ada cerita apa?"

Mesti orang ni tak pernah tengok wayang.

"Sekarang ada movie apa?"

Tak reti-reti nak tengok CDS? Benda tu bukan hiasan maaaa... Takyah nak susahkan orang bagitau satu-satu lah. Orang yang keje situ pun penat kot.

Ting! Ting! *bunyi loceng*

"Tak boleh panggil ke? Kenapa nak kena bunyikan loceng jugak? Saya orang islam, kan boleh panggil,"

Owh yeke orang islam? Maaf. Anyway, cantik tattoo kat lengan abang. Gambar naga lagi..

"Takde bunyi loceng pun, penat saya tunggu,"

Akak orang first yang suka dengar loceng kat sini. Orang lain semua kata loceng ni bising.
Ragam customer yang kadang-kadang menguji kesabaran dalam keadaan penat kerja dari pagi sampai ke petang. Kalau semua customer camni boleh mati orang yang kerja situ, walaupun memang sebahagian besar berperangai macam tu. Yang muka nak berlagak, dan marah-marah staff walaupun memang salah sendiri tu lain pulak ceritanya. Aku terpanggil nak buat entri Perkara yang Engkorang Perlu Tahu Ketika Beli Tiket Wayang.

Kalau nak sebut yang simple simple macam kena tahu apa movie yang kau nak tengok ke, masa yang kau nak tengok or kau available tu mungkin tak perlu kot walaupun memang rata-rata yang nak beli tiket wayang memang camtu taktau masa dan yang lebih teruk tajuk movie pun taktau macam situasi kat atas ni.  Tapi kali ni aku nak cerita part yang sampai penjual tiket tu rasa annoying kat kau.

#1 Jangan kacau penjual tiket

Bukan tak boleh kacau or usik langsung sebab kadang-kadang ada usikan yang boleh diterima tapi kalau usikan kau tu buat orang rasa menyampah baik tak payah. Before nak usik tu sedar diri dulu selama ni usikan kau orang boleh terima ke tak. Kalau ada history usikan kau tu pernah buat orang merajuk patpuluhpat hari baik lupakan saje. Yang kau nak usik pun orang yang tengah kerja dan mungkin dia kerja dari pagi atau dalam kata lain dah lebih dari masa yang sepatutnya. Atau mungkin jugak mood dia tak berapa nak baik masa tu terutamanya perempuan beb, perempuan ada masa-masa kau tak boleh ganggu. Usik sikit pun kemungkinan besar kasut saiz 5 naik ke muka kau.

#2 Cakap biar elok-elok sikit

Haa ni standard customer yang kurang ajar la. Orang tak buat apa-apa kat kau tiba-tiba kau nak melenting tinggi-tinggi pasaipa. Berlagak sangat nak guna debit or credit card tapi bila swap tiba-tiba 'Do Not Honor'. Kalau kau guna debit card dalam akaun kau tu sebenarnya takde duit tapi penjual tu taknak buat kau rasa terhina dia cakap masa sekarang ni mungkin line busy sikit.

"Dah tahu line busy tak payah lah try, bodoh!"

Eh kau nak aku cakap kau takde duit ke?

#3 "Kak, cerita apa yang best?"

Kau ingat kerja wayang dapat tengok wayang free ke? Kalau kau rasa kitorang patut tengok dulu before movie tu betul-betul release apa kata kau tolong complaint or emel kat HQ supaya kitorang boleh tengok movie tu before korang boleh tengok. Eh? Hehe. Takdelah, at least memudahkan kau nanti nak pilih cerita apa kan kang kalau salah pilih tak pasal-pasal rugi je duit kau tu.

#4 Ikutlah procedure

Kalau cerita tu kau tak boleh tengok sebab kau underage belum cukup 18 tahun tak payahlah nak sneak in sebab memang takkan dapat punyalah. Tak cukup umur buat cara tak cukup seperti tengok wayang rating PG13 ke umum ke.

"Kat tempat lain boleh je, GSC jugak,"

Kat tempat lain tu tempat lain punya hal. Management tak sama jadi itu masalah diorang kalau diorang nak bagi underage masuk cerita 18 tahun ke atas ni. Tak payah nak pertikaikan.

"Sepatutnya boleh asalkan ada ibubapa,"

Dah tu apa pulak perbezaan PG13 dan 18 tahun ke atas? Kalau tak ada beza baik tak payah wujud rating macam tu. Kalau dari kecik kau dah ajar anak kau tengok cerita bukan-bukan, nanti satu hari nanti kalau anak kau conteng arang kat muka kau sendiri kau jangan salahkan orang. Sebab kau yang didik anak kau macam tu. Lagi satu nak bagitau, baby pun tak boleh masuk cerita 18 tahun ke atas ye.

#5 Tak payahlah buat aksi-aksi terlarang dalam panggung
Dalam panggung ada CCTV walaupun kau tak nampak tapi tak payah risau memang ada. Jadi tak payahlah kau nak buat aksi-aksi lucah dalam panggung tu. Konon ambik port tepi sebab taknak bagi customer lain nampak. Memang betul la tempat dah gelap takde orang perasan. Kau ingat pekerja tu nak lepaskan kau ke? Orang-orang macam kau lah yang pekerja situ suka tangkap. Aku pun tak berapa nak sure kenapa sebab aku bukan bahagian tu. Heh. Lagi satu kau tak malu ke kalau orang record aksi kau tu then sebarkan kat sosial network macam facebook?

Ok mungkin setakat ni saja aku mampu keluarkan. Point aku mungkin nampak lebih kepada seorang pekerja yang sakit hati dengan customer atau dengan kata lain penulisan aku kali ni tak berapa professional.

"Customer is always right,"

Aku rasa kalau kau orang berada di tempat aku dan alami sendiri mungkin kau orang pun tak setuju dengan kata-kata ini. Sebenarnya tak semuanya betul terutamanya kalau benda berkaitan undang-undang. Betul tak?

Ulasan

Black berkata…
yes! setuju sangat.
kita takkan rasa kecuali kalau kita sendiri yang duduk kat tempat tu.
Zazachan berkata…
@Amira tu lah, kadang2 diorang ni lebih suka menghina orang yg keje takde kelulusan.
Acepinjaman berkata…
Yes,very true...thanks for sharing...
Zazachan berkata…
@Acepinjaman working in customer service cant run from those problematic customers.
Tanpa Nama berkata…
walau apa pun dorang tetap kena layan pelanggan dengan baik dan bersabar. customers deserve that tho.
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama yes, you are right. sebab tu saya mampu meluahkan di sini sahaja. saya tak cakap pun saya layan customer saya buruk2. selama saya keje jadi penjual tiket wayang belum pernah lagi customer saya kena maki ke, kena belasah ke dengan saya. kalau saya buat pun saya yakin diorang pun tak percaya saya mampu buat macam tu. heh.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?