new bloglist
new home new bloglist new bloglist

29 Disember, 2013

Home » , » Jadi Surirumah Berjaya.

Jadi Surirumah Berjaya.

Salam 'alaik..

Hai!
Sejak dah jadi separa menganggur ni rasa macam-macam aku nak buat. Macam-macam nak try dan macam-macam aku nak ceburi. Uicehh! Dalam kepala otak aku, kalau tak dapat kerja yang berkaitan dengan apa yang aku belajar selama 4 tahun lebih ni pun takpelah asalkan aku ada duit.

Baru-baru ni aku jumpa dengan kawan yang agak lama tak jumpa, ada la dalam 6 tahun tak bersua. Sejak habis sekolah sampailah minggu lepas baru jumpa. Bak kata dia, banyak aku ter-miss perjalanan hidup dia. Yelah, dari sekolah dua-dua outsider balik sekolah jalan sesama, plus dua-dua pengawas sekolah pergi buat duty pun sesama, nak buat jahat sesama gak. Tapi naik form 5 dah masuk hostel dah tak dapat buat benda-benda tu sesama lagi.

Last week jumpa dengan cik zati mohd (nama sekali dengan nama ayah, sebab ada more than 1 zati dalam kelas) cerita-cerita pasal kehidupan dia tanpa aku. Hahah. Cam poyo kan. Konon aku sorang je kawan yang dia ada. Kawan dari sekolah rendah kot, walaupun masa sekolah rendah aku dengan dia tak berapa nak member. Rapat sejak masuk sekolah menengah kot. Tu pun masa form 4 baru kitorang sama sekolah. Latest pasal dia, dia dah jadi cikgu tadika, malam jadi cikgu tuisyen dan ada hari dia ajar mengaji. Aku jadi kagum dengan dia.

"Tak penat ke kau buat kerja banyak-banyak?"

"Tak kot, sebab aku minat. Aku rasa seronok. Lagipun penat masa weekdays je weekend aku cuti,"

Sebab minat, apa-apa pun boleh jadi. Tapi serius aku bangga ada kawan macam dia. Dia tak kisah pun kerja apa gaji sikit ke banyak ke asalkan dia minat dengan apa yang dia buat. Bagus kan.

Entah macam mana sikit demi sikit aku pun dah jadi tak kisah hidup separa menganggur macam ni, asalkan aku ada benda nak buat. Mak aku pandai menjahit, aku belajar menjahit dengan mak aku. Aku rasa dengan masa terluang yang ada sekarang ni aku boleh cuba benda-benda yang baru bagi aku. Menjahit tu takdelah baru sangat sebab aku penah tolong mak aku jahitkan tepi baju kurung masa kecik-kecik dulu tapi tak seserius sekarang lah nak belajar menjahit sepenuhnya. Mana tahu nanti boleh ambik upah jahit baju raya kan. Hehe..

0 virus attack: