Suka Sangat, Hambik dah Sakit!

Hello everyone!

Oh maksud saya Assalamualaikum wbt. kepada semua pembaca blog hitam lagi suram berhabuk malah bersawang ini.

Sebelum bercerita lebih panjang,

Weh! Aku dah habis praktikal. Yippiiieeee!!!!

Hehe.

Saje nak berkongsi kegembiraan yang aku rasa sekarang ni. Serius seronok sampai demam weh. Demam tak elok-elok siap ada combo lagi dengan migraine dan beberapa penyakit yang aku pun tak sangka boleh join venture sekali. Perghh! Sebab hepi sangat ke sampai jadi macam ni?

So sekarang lepas dah berpraktikal aku kenalah siapkan slide presentation untuk present esok. Sepatutnya present kat company tapi takde tempat diorang sediakan so terpaksalah bawak diri present kat Micet je. Ingatkan aku dengan Aimi je present kat Micet rupanya ramai yang senasib dengan aku.

Lepas present nak pegi hang out dengan member lama yang kenal dari sem 1. Tak sabar betul part tu, oh before present tu nak pergi makan kat Kendong. Kedai feberet zaman belajar sebab tempoyak kat kedai tu sedap. Hehe. Termimpi-mimpi  weh lama tak pekena tempoyak Kendong.

The next day, nak merayau lagi nak pergi bagi pak guard kilang-kilang yang ada kat Melaka ni resume kitorang. Nak buat macam mana, dah sampai masanya cari kerja kan. Kenalah buat macam ni. Bagi emel macam nak taknak je layan. Bagi by hand kat manager pun manager taknak layan jugak. Tak paham aku. Taknak bagi peluang pekerjaan langsung kat fresh graduate macam aku ni. Ke sebab kulit tak sama kaler. Huh! Lacist!

Ok aku dah macam senaraikan aktiviti aku lepas latihan industri je. Hehe. Sebab dah rindu sangat kat blog. Kerol la ni buat aku jeles dengan pencapaian dia dengan dunia blogging ni. Apeapahal pun aku bangga dengan dia. Uicehhh.. Cam tak kena je.

Dah dah gua blah dulu kerja menanti..


tolonglah sape-sape 
bagi aku kerja..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.