Langit atau Rumput?

Salam 'alaik..

Yo! Tetiba den terajin pulak nak update blog ni. Biasalah kalau bukan ada benda nak mengutuk orang or ada benda yang tak puas hati dengan orang blog ni takkan berupdate. Entah bila masa pulak aku start balik mengutuk-ngutuk orang kat blog ni kan. Aku ingatkan zaman mengutuk di blog yang macam keanak-anakan tu dah berlalu. Rupanya masih ada lagi dalam diri ini. Sebelum ni pun ada je perasaan nak kutuk orang kaw-kaw kat blog tapi tak kesampaian bila dipikir-pikirkan akibatnya. Habis ni dah tolak ketepi akibatnya ke? Lantaklah, aku nak kutuk bukan orang tu kenal aku. Kalau terasa tu maksudnya korang pun pernah buat benda macam tu kat orang lain lah tu. 

Ehem..

Kita manusia ni kalau boleh tak payah nak berlagak sangat kat atas muka bumi ni. Well, dunia ni pinjaman sahaja. Bak kata lecturer innovation aku, 'Dunia ni pinjaman daripada orang yang akan datang. Macam mana kita dapat macam tu lah kita akan tinggalkan nanti,' Paham? Walaupun tak berapa nak kena dengan hujah-hujah aku seterusnya nanti, tapi korang paham-paham sendirilah apa yang aku nak sampaikan.

Kau customer, tapi kau kena jugak hormat orang.

Ni yang aku nak luahkan ni. Aku tahulah  aku setakat jual tiket wayang dengan gaji yang tak seberapa ditambah pulak kerja yang hanya di hujung minggu. Tapi bukan bermakna aku hanya penjual tiket kau boleh nak kurang ajar dengan aku. Kau tak respect orang macam mana orang nak respect kau? Kau nak suruh orang layan kau dengan baik tapi kau datang kat orang tu macam nak telan memang taklah orang tu nak layan kau baik-baik. 

Customer is always right.

Bukan nak cakap apa lah, bagi aku istilah customer is always right ni belum wujud lagi kat dalam Malaysia. Since lecturer aku pun cakap benda yang sama. Boleh nak wujudkan tapi masih terikat dengan policy dan procedure yang disediakan lah kot. Lagi satu logik ke kalau kau yang salah beli barang dan kau mengaku kesalahan kau tapi kau nak jugak ikut cakap kau. Then cakap customer is always right. Memang taklah. Kalau dah salah tu tetap salah. Kalau memang betul salah penjual tu baru lah betul tempatnya kau nak cakap statement tu kan.

Situasi:

A jual tiket then bagitau cerita ni untuk 18 tahun ke atas sahaja. B dengar pastu balas, "Semua dah lebih 18 tahun . Takde yang bawah 18," A bagi tiket then B nak masuk tengok wayang dengan C dan D. Sampai checkpoint D tak boleh masuk sebab umur baru 16 tahun. B, C dan D datang marah-marah kata nak refund padahal tu salah diorang sendiri menipu kata semua dah lebih 18 tahun. A tak bagi refund then B cakap, 'Customer is always right,' Patut ke tak?

Betul, kadang-kadang kita tak perasan pun kita salah. Tapi dalam tak perasan tu jangan nak salahkan orang lain. Mengaku salah sendiri. Bukan datang serang nak marah-marah je.

Kau kerja wayang je, pelajaran mesti takat SPM je.

Haaaa.. Golongan yang macam ni lah yang timbul rasa tak respect tu. Bagi penampo kang baru tahu. Tak kisahlah sape-sape pun kau nampak orang-orang yang keje tepi jalan tu ke, yang keje koyak tiket wayang ke kau tak payah lah nak kata orang tu takde pendidikan tinggi ke apa. Kau taktahu sejauh pendidikan orang tu, kadang-kadang orang yang kau pandang rendah tu lah ada pendidikan yang lebih tinggi dari kau. Kemungkinan besar dia ada lebih dari dua keje. So tak payah nak berlagak sangat lah sampai nak campak-campak duit. Aku bukan pengemis pun nak sangat duit kau tu! Bagi elok-elok tak boleh ke?

Ok, sampai situ je kot. Mungkin sebab belum sampai meletup lagi tahap kebengangan aku dengan orang-orang yang tak hormat orang lain ni. Kalau meletup betul-betul agaknya memang mencarut-carut agaknya aku dalam blog ni. Haha. 

So fikir-fikirkanlah ye. 



Ulasan

kei-chan berkata…
hah rindu post ko.... gedik je customer camtu :P
Zazachan berkata…
@kei-chan kau yang tak hadapi pun dah rasa diorg gedik inikan pulak aku yang hadapi benda ni. rasa nak bagi penampo or nak balingkan loceng kaunter tu kat muka diorg. pernah tu dia tak paham dan tak dapat bezakan parental guide (pg13) dan 18 tahun ke atas dia kata aku yang taktahu. siap dia kata aku bodoh, padahal aku cakap baik je. mood mula2 tgh baik siap bagi senyuman tapi dia kata aku bodoh. ayat dia
"i taktau la you bodoh ke gov yg bodoh,"

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..