Aku Dah Gila?

Korang pernah tak saspek gila? Aku tak pernah. Tapi baru-baru ni aku terasa macam tu. Ke perasaan aku je? Dalam tengah 'lalala' dengan kawan-kawan (amam, wafa dan aimi) tetiba boleh pulak tersaspek gila.

(Macam biasa pakcik gugel)


Nak dijadikan cerita, last week ada karnival sihat kat uni yang aku belajar sekarang. Sesungguhnya aku dah lama tak pergi atau involve dengan event macam tu kat Micet. Last aku involve pun masa sem 1 dan 2 sebab masa tu terpaksa involve demi mendapatkan markah dan title lulus kokurikulum kat slip exam  nanti. Tapi entah macam mana aku rajin pulak join kawan-kawan aku hari Rabu minggu lepas. 

Enjoy jugaklah ada booth jual tudung bawal, jual baju.. Ada jejaka-jejaka yang sedang main frisbee, perempuan pun ada tapi tak menarik sangat. Eh? Ehem, jual air pastu ada booth setiap course dengan aktiviti diorang. Macam game lah, kuiz, pertandingan memasak siap ada chef dari adabi pastu ada persembahan daripada kelab kebudayaan. Nyanyi sambil main gitar, ada menari-nari lagu medley. Best lah jugak. Dari situ nampak yang student Micet ni memang berbakat. Eceehh.. Dah macam pengkritik tak bertauliah pulak aku ni. 

Dah nama pun karnival sihat mestilah ada aktiviti yang paling menyihatkan iaitu pemeriksaan kesihatan oleh jururawat daripada klinik Simpang Ampat. Takde benda sangat yang diorang check, just tinggi, berat, tekanan darah dan kandungan gula dalam badan. Dan lagi satu kena jawab soalan borang saringan minda sihat. Borang tu nak check lah yang kita ni ada kemurungan ke, stress ke ataupun anxiety. Macam jawab borang personaliti main tick je apa yang berkaitan dengan aku. Aku jawab jujur habislah. Takde lah nak exaggerate dan takde lah nak menipu. 

Bila dah habis jawab amam yang tolong kirakan total dan catat aku punya markah tinggi kat mana. Amam kira-kira aku punya anxiety sangat teruk sama dengan dia. Aku tau sama dengan dia aku takde lah nak risau, bagi aku benda tu macam perkara biasa dan bukan benda yang perlu dirisaukan. Then kitorang terus bagi kat nurse yang jaga tu before check tekanan darah. Nurse tu tengok aku dan amam punya borang saringan muka dia macam terkejut. Dia bising-bising dengan nurse yang lagi sorang, macam teruk sangat pulak kitorang ni. Pastu nurse yang lagi sorang tu siap buatkan appointment aku dengan doktor kat klinik Simpang Ampat. 

"Za, kita ni dah gila,"

Amam muka depressed bila kena pergi jumpa doktor untuk kaunseling bagai. Aku pun risau sebab first time kot benda macam ni jadi kat aku. Terasa macam betul-betul dah tak betul. Adehh..

Tapi masa kitorang pegi klinik tu takde apa masalah pun. Just Amam je lah kena datang lagi sekali sebab masa dia masuk bilik doktor tu, doktor tu nak pegi makan. Dah sampai waktu rehat dia. Heh. Aku rasa takde apa jugak dengan Amam. Just kitorang terlalu jujur jawab benda tu. Kalau ikutkan soalan yang dia bagi tu semua orang ada terjadi kat diorang terutama yang masih belajar macam aku ni. Cuma jawab jujur dengan tak je.


Terlalu jujur orang kata aku gila.
Heh.

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
hahaha..jujur sangat pon boleh saspek gila..kesian ko zaza..ekeke
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle agaklah. stress aku. macam la orang lain tak benda alami apa yg aku alami. huhu..
Botak berkata…
rasa macam pernah buat borang kaji selidik ni., apa yg aku ingat tahap kemurungan aku sangat teruk., tapi aku tak ambik kisah pun..
Zazachan berkata…
@Botak tak payah pun kisah. Sebab aku rasa kalau amek kisah benda tu over2 pun dari tak gila terus jadi betul2 gila. Pegi kaunseling doktor kata takde pape. Kandang2 rasa bazir masa je.
Black berkata…
habis la.. habis la...
lepas ni kena jawab soalan bebetul.
pengajaran ni haha
Zazachan berkata…
@Amira cik mira pernah alami situasi yg sama ke? pernah ke hampir? huhu..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.