Mates, Dates Guide..

Salam 'alaik..

Bila dah start semester baru rasa macam banyak sangat masa terluang aku dan semestinya digunakan untuk kawan-kawan. Kadang-kadang tak balik rumah langsung, duk tido rumah kawan alasan esok ada kelas pagi pukul 8. Eh, tapi memang kelas aku masa tu pukul 8 pun. Malas lah nak drive pepagi buta lepas subuh dari Telok Mas ke Simpang Ampat. 

Hujung minggu pulak macam biasa kerja sebagai ticket girl at GSC. Nak cari duit lebih kononnya untuk masa akan datang. Boleh cepatkan perkahwinan kitorang nanti. Eh? Perkahwinan kitorang? Haha. Siapalah lelaki yang nak kahwin dengan aku tu kan. Malang betul dia dapat aku yang pemalas ni. Takpe, aku tak memilih just pada dia je lah. Kalau dia memilih aku ni sah-sah bukan pilihan dia nanti. So tunggu dan lihat je lah...



Mengkantoikan diri tengah baca buku ni masa takde kerja. Nak ngorat sape pun aku taktahu. Tapi ok jugak buku ni ada tips kecantikan. Hehe.. *Eh, ada gambar Big Bang kat tepi tu.* Terasa macam muda lagi pulak baca buku camni. Mungkin sebab buku ni memang sesuai untuk budak-budak sekolah yang tak lama lagi nak amek exam besar. Tapi yang aku tahu diorang lebih suka berfangirling di twitter dan facebook daripada baca buku. Cara budak sekarang dengan zaman aku berbeza....

Haiiihh.. Bosannya. Tido baik

Toodle loo~

Ulasan

Sang Gabriel berkata…
sila buat testimoni setelah berjaya mencari pasangan menggunakan buku itu sebagai rujukan
Zazachan berkata…
@gabanMorka Insha Allah. kalau betul-betul berjaya.. haiih.. susah betul nak cari bakal suami. Eh?
Ym.Bundle berkata…
aku ingat ko dah abis studi zaza..walaupon budak sekarang lebih kat twitter dari baca buku cam ko..tp diorang tetap sama dengan ko sebab suka Kpop..hahaha
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle tak sama. tak sama. huhu. cara aku fangirl kpop dengan diorang berbeza. sangat2 berbeza. Eh?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.