Tahun Baru Update Baru.

Salam 'alaik..

Hai semua. Sebenarnya aku dah sepuloh kali bukak tutup bukak tutup blogger dot com kononnya nak update blog. Tapi selepas beberapa perenggan ditaip, dan tentunya isinya dari kotak pemikiran aku, aku discard semula apa yang ditulis. Ada juga yang hanya mampu disimpan tak mampu ku terbitkan di blog ini. Terlalu banyak berfikir dan apa yang difikir tu kadang-kadang boleh menimbulkan marah pun tak boleh jugak kan. Eh? Abaikan.. Hehe.

Aku dah lama tak bersosial. Tipu. Mungkin lebih tepat terlalu banyak bersosial sampai gambar sendiri takde sape nak snap. Sobbs. Sampai hati diorang.




Teman berfoya-foya. Eh, macam cantik pulak guna kamera fon aku yang baru 2 MP saja ni. Bila dilihat satu persatu fon aku tak banyak gambar aku. Ok lah kan. Dah kurang bergambar, maknanya dah kurang upload gambar sendiri dan kemudian kurang sikit syok sendiri. Hehe. Azam tahun baru 1434 H, kurang upload gambar kat mana-mana sesawang. Insha Allah..

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru kan, hari ni pun baru 9 Muharam. Jom puasa sunat hari Asyura. Semoga tahun baru kita lebih mendekatkan diri kita kepada pencipta kita dan istiqamah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Aminnn..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
I look fat! ~_~

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?