Bila Aku Nak Kahwin?

Salam 'alaik..

Hai sekali lagi. Oh mungkin nampak kerajinan aku kali ini update blog walaupun selang beberapa hari. Sekurang-kurangnya blog ni tak dibiarkan sampai sebulan mahupun setahun.

Minggu lalu, sekali lagi aku bekerja sebagai seorang gadis wayang. Walaupun agak pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya. Eh? Tapi bukan orang yang buat wayang, tentunya orang yang menjual tiket wayang. Hehe. Bila dah lama sangat tak jual tiket wayang rasa macam rindu je. Rasa nak keje pulak. Bila keje, walaupun tiga hari dalam seminggu pun dah rasa beban sebab kerja banyak tak siap. Thesis, lab, nak pergi kelas lagi. Haihh

Tapi bukan itu yang aku nak bebel kat sini. Wah, dengar bebel je macam panjang pulak entri kali ni kan. Insha Allah, kalau takde idea secara tiba-tiba pendek jugak jadinya. Hehe.

Sejak kebelakangan ni macam kerap sangat aku bukak page islamik yang update pelbagai info yang sedikit sebanyak menambahkan ilmu agamaku. Insha Allah.. Tapi dalam masa yang sama, diri ini meronta-ronta untuk bernikah. Mungkin sebab terpengaruh dengan post di page-page islamik tersebut. Memandangkan post islamik yang paling popular di facebook hanyalah mengenai kahwin, cinta selepas nikah, haram couple dan apa-apa saja yang berkaitan. Disebabkan itu, Mr. Raksasa lah yang jadi mangsa layan rungutan aku. Ajak kahwin macam dah ada harta, macam orang tu dah bekerja. Memang tak dapatlah nak kahwin awal kalau masing-masing tak habis belajar lagi.

So untuk mengurangkan rasa desperate nak kahwin tu kenalah cari page yang betul. Walaupun islamik tapi kalau 24 hours asyik post pasal kahwin toksah lah baca sangat. Huhu.. Nasihat untuk diri sendiri.

Ok, mungkin ini sahaja entri yang mampu aku update untuk blog yang tak berapa nak ilmiah sangat ni. Kan aku dah kata, bila takde idea secara tiba-tiba pendek jugak entrinya.



Wasalam..

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
nanti ko kawen jemput aku tau..
p/s : aku tak tau lak info islamik pasal kawen mawen ni paling popular..hahaha..
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle rasenye sebab aku like page yg byk macam tu kot.huhu. insha Allah.. ^^

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..