new bloglist
new home new bloglist new bloglist

28 November, 2012

Home » » Angin Satu Badan!

Angin Satu Badan!

Salam 'alaik..




Kembung perut [ihsan gugel]


Ya, semestinya angin seperti di atas ni lah maksud aku. Pagi-pagi lagi aku dah bantai sakit perut, mak aku kata sakit perut sebab ada angin kat dalam badan. Macam terpinga-pinga jugak dengar macam tu dari mak. Mak siap offer diri nak urutkan aku. Mak aku ni boleh tahan jugak mengurut, sebelum ni makcik-makcik aku yang baru lepas bersalin dia lah yang jadi tukang urut. 

Dari start mak aku pegang badan aku, tak berhenti-henti mak aku menguap. Angin dari badan aku transfer pergi kat mak aku dan angin tu semua keluar dari mulut mak aku. Macam main pass baten dalam acara larian 4 kali 100 meter pulak kan.


"Dulu masa mak baru lepas bersalin, ada orang kampung ayah kau urutkan mak. Terpelanting-pelanting dia mengurut sambil sendawa keluarkan angin. Sampai tension orang tu.

"Eh, banyak bonar angin kek badan kau ni,"

Orang tu sempat tepuk belakang mak,"


Sempat pulak mak aku bercerita peristiwa silam dia kan. Masa mak aku cerita tu dia berehat kejap dari mengurut aku. Penat katanya menguap. Tapi memang lepas je mak aku urut satu badan aku kecuali kepala, rasa memang lega betul. Perut pun dah tak sakit lagi. Janji dengan mak nak pergi Micet pukul 8 pagi jadi pukul 11 gara-gara angin dalam badan. Huhu



Nasib baik masa mengurut takde yang terkentut [gugel]





0 virus attack: