Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Angin Satu Badan!

Imej
Salam 'alaik.. Kembung perut [ihsan gugel] Ya, semestinya angin seperti di atas ni lah maksud aku. Pagi-pagi lagi aku dah bantai sakit perut, mak aku kata sakit perut sebab ada angin kat dalam badan. Macam terpinga-pinga jugak dengar macam tu dari mak. Mak siap offer diri nak urutkan aku. Mak aku ni boleh tahan jugak mengurut, sebelum ni makcik-makcik aku yang baru lepas bersalin dia lah yang jadi tukang urut.  Dari start mak aku pegang badan aku, tak berhenti-henti mak aku menguap. Angin dari badan aku transfer pergi kat mak aku dan angin tu semua keluar dari mulut mak aku. Macam main pass baten dalam acara larian 4 kali 100 meter pulak kan. "Dulu masa mak baru lepas bersalin, ada orang kampung ayah kau urutkan mak. Terpelanting-pelanting dia mengurut sambil sendawa keluarkan angin. Sampai tension orang tu. "Eh, banyak bonar angin kek badan kau ni," Orang tu sempat tepuk belakang mak," Sempat pulak mak aku bercerita per...

Comeback.

Imej
Salam 'alaik.. Sebenarnya aku baru je lepas tengok cerita Cinta Vlog. Eh, tengok kat youtube. Ntah macam mana boleh terbukak, niat di hati nak tengok cerita lain. Tetiba lepas tengok video tu terpanggil pulak nak update blog kan.  Setelah lama tak bukak website nuffnang, aku pun merajinkanlah diri ini padahal aku memang tengah bosan. Sepuloh minit depan laptop, then keluar kejap pegi tengok tv. Pastu nampak mak tengah siang ikan bilis. Tanya mak nak buat apa ikan bilis banyak-banyak. "Kaklong kau nak buat sambal, nak bawak pegi ofis dia esok," Oh ok. Bukak Disney takde cerita menarik. Tekan Nick channel, tengok Jimmy Neutron kejap, dah habis masuk bilik semula. Godek twitter, godek facebook, godek youtube. Vlog? Eh, not interesting. Bukak website poplook, window shopping kononnya tapi terbeli jugak. Errkkk.. Bukak twitter balik, nampak suggestions people ada nuffnang. Teringat nak tengok keyword kat nuffnang. Dan... Ok lah untuk blogger yang jar...

Bila Aku Nak Kahwin?

Salam 'alaik.. Hai sekali lagi. Oh mungkin nampak kerajinan aku kali ini update blog walaupun selang beberapa hari. Sekurang-kurangnya blog ni tak dibiarkan sampai sebulan mahupun setahun. Minggu lalu, sekali lagi aku bekerja sebagai seorang gadis wayang. Walaupun agak pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya. Eh? Tapi bukan orang yang buat wayang, tentunya orang yang menjual tiket wayang. Hehe. Bila dah lama sangat tak jual tiket wayang rasa macam rindu je. Rasa nak keje pulak. Bila keje, walaupun tiga hari dalam seminggu pun dah rasa beban sebab kerja banyak tak siap. Thesis, lab, nak pergi kelas lagi. Haihh Tapi bukan itu yang aku nak bebel kat sini. Wah, dengar bebel je macam panjang pulak entri kali ni kan. Insha Allah, kalau takde idea secara tiba-tiba pendek jugak jadinya. Hehe. Sejak kebelakangan ni macam kerap sangat aku bukak page islamik yang update pelbagai info yang sedikit sebanyak menambahkan ilmu agamaku. Insha Allah.. Tapi dalam masa yang sama, diri ini meront...

Tahun Baru Update Baru.

Imej
Salam 'alaik.. Hai semua. Sebenarnya aku dah sepuloh kali bukak tutup bukak tutup blogger dot com kononnya nak update blog. Tapi selepas beberapa perenggan ditaip, dan tentunya isinya dari kotak pemikiran aku, aku discard semula apa yang ditulis. Ada juga yang hanya mampu disimpan tak mampu ku terbitkan di blog ini. Terlalu banyak berfikir dan apa yang difikir tu kadang-kadang boleh menimbulkan marah pun tak boleh jugak kan. Eh? Abaikan.. Hehe. Aku dah lama tak bersosial. Tipu. Mungkin lebih tepat terlalu banyak bersosial sampai gambar sendiri takde sape nak snap. Sobbs. Sampai hati diorang. Teman berfoya-foya. Eh, macam cantik pulak guna kamera fon aku yang baru 2 MP saja ni. Bila dilihat satu persatu fon aku tak banyak gambar aku. Ok lah kan. Dah kurang bergambar, maknanya dah kurang upload gambar sendiri dan kemudian kurang sikit syok sendiri. Hehe. Azam tahun baru 1434 H, kurang upload gambar kat mana-mana sesawang. Insha Allah.. Rasanya belum terlambat lagi nak...