new bloglist
new home new bloglist new bloglist

20 September, 2012

Home » » Pembaca Setia dan Pembaca Dalam Selimut.

Pembaca Setia dan Pembaca Dalam Selimut.

Salam'alaik..

Semalam update entri macam biasa orang yang akan komen setiap kali entri di-up kat dalam blog ni dak YM.Bundle. Kadang-kadang rasa bersalah jugak kat dia sebab aku jarang pegi blog dia sekarang tapi dia rajin je komen blog ni bila ada entri baru. Biasalah kalau dah malas tahap cipan nak update blog, engko ingat rajin pulak aku nak pegi blog satu-satu. Mr. lappy ni pun dalam sehari tu kadang-kadang aku tak bukak langsung melainkan ada kerja or esaimen nak buat. Ceiit! Pemalas. 

Terasa bila YM.Bundle up entri tips kekalkan pembaca setia. Bagai dicuit-cuit pulak bila baca pasal tu. Pembaca setia aku? Ada ke? Alhamdulillah kalau ada. Macam mana nak tahu ada pembaca setia ke tidak, tak kisahlah bila-bila kau update blog mesti ada orang yang komen walaupun masa tu kau dah hampir setahun tak update blog atau blog kau sebenarnya dah bersawang tahap bersemak dah macam haunted mansion cuma belum ada hantu atau jembalang je yang menyergah pengunjung blog kau tu. Perghh! Kalau betul-betul jadi kat blog aku kompem aku takkan bukak blog aku sendiri. Entah-entah aku remove terus blog ni.

Tapi kadang-kadang mungkin jugak kita ada pembaca setia walaupun mereka tak komen blog kita. Mana tahu kan mereka jenis suka membaca tak suka komen. Macam mana nak tahu kewujudan mereka ni, setiap kali kau update blog widget pengunjung kau akan menunjukkan nombor-nombor comel bulat-bulat selain nombor kurus kering seperti ranting walaupun ketika itu kau tak ping blog kau kat mana-mana. Sebenarnya pengunjung itu akan memberi aku semangat untuk terus update blog bagi hari-hari seterusnya tapi.. Kalau malas tetap malas. Huh, manusia pemalas. Macam manalah hidup kau kalau semua benda kau nak buat kau bagi alasan malas. Memang takde life.

Nombor kurus kering?


Cakap pasal life, rasanye sekarang ni aku ada life ke? =..="



Terima kasih bebanyak kepada pembaca setia
if i have one. ^^

13 virus attack:

::..wAwA aPpLe..:: berkata...

=)

::..wAwA aPpLe..:: berkata...

=)

MéuzAngelo™ XXIII berkata...

ramai follower tak semestinya dorang nak selalu bukak blog kita.. boleh je jadi pembaca setia tanpa follow. ade yg jenis bookmark blog yg dia suka :)

Ym.Bundle berkata...

aku pembaca luar selimut..terang2 je nampak ni kan..haha..see..setia kan aku jadi penunggu blog ko..bersemak gila dah baru nak update..malas betul..haha..

Balqis Zulkifli berkata...

nice blog. follow u ;)

cik zaza berkata...

@::..wAwA aPpLe..:: :D *balas senyuman*

cik zaza berkata...

@MéuzAngelo™ XXIII betul2.. aku pun bukan ramai follower pun tapi alhamdulillah kalau ada ada yg nak baca blog aku.

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle yelah2 aku lah yg malas nak update blog.haha.. serius kalau kau betul2 datang melaka mmg aku bagi kau tiket free nanti. kalau tak free pun aku belanje kau tengok wayang! tp pastikan kau bawak bini kau je lah ye..hehe

cik zaza berkata...

@Balqis Zulkifli tenkiu.. ^^

Tanpa Nama berkata...

zzz.... aq silent reader ah gi2 @__@

-keikoku90

cik zaza berkata...

@Tanpa Nama hoho..tahu dah..

Encik H berkata...

aku jenis yang malas follow..banyak jer blog yg aku baca, tapi aku tak follow..

bukan sebab taknak follow or anggap blog orang lain tak best..cuma, entahlah..daripada dulu memang malas bebenor nak tekan follow..

cuma singgah, baca, komen, tinggal, dan lain kali datang balik kot2 owner blog ada reply komen..hahaha

rasa macam buat entry kat blog orang lain pulak..zzzz

cik zaza berkata...

@Encik H aku pun tak kisah sangat follower ni. bagi aku follower ciput tapi komen kat entri beriban tu better dari follower beriban tapi takde komen langsung kat entri dia.