Entri Perasan.
Salam'alaik..
Wahh.. Kemain upload gambar. Ni kes dah lama tak upload gambar sendiri kat blog le ni. Saje je pun upload gambar ni sebab aku edit guna PicsArt. Macam cun pulak bila edit guna editor tu.
Aku ni takde lah pandai sangat nak ambik gambar cun-cun guna DSLR macam orang sekarang ada. Walaupun ada peluang belajar guna DSLR milik kakak aku, malas tetap menguasai diri ini. Kalau setakat ambik gambar sendiri macam kat atas ni pastu upload merata tak payahlah mengaku suka photography sangat.
Seperti yang korang tahu, aku pernah bekerja di GSC dan sebenarnya sekarang pun masih bekerja di sana sebagai part time crew. Bekerja sambil belajar plus cari pengalaman kerja sebelum menjadi pekerja tetap di mana-mana company besar seperti InnoBio, BiotechCorp, Appeton atau mana-mana company pharmaceutical yang lain (cehh, berangan sangatlah aku ni). Memang takde kaitan dengan course kerja kat GSC tu tapi sekurang-kurangnya aku dapat rasa sendiri suasana bekerja macam mana dalam masa yang sama tambah sikit duit belanja aku since makin hujung semester makin banyak pulak duit nak guna sekarang ni.
Aku rasa sejak aku keje kat GSC aku dah kurang sikitlah pemalunya. Tapi bukan tak malu langsung ye. Kalau dulu aku jenis pemalu tak banyak cakap, hanya akan bersuara kalau orang tanya, orang akan tahu aku macam mana bila dah kenal. Tapi sekarang macam sama je kenal ke tak kenal. Eh yeke? Lebih kuranglah.. Kalau dulu muka nak serius je, bila kenal baru tahu azza ni baik budaknya *perasan*. Tapi sekarang, azza ni ramah orangnya. HAHA.. Ni lagi perasan.
Ok, dah lah tu nak perasan-perasan kat blog. Nak pegi keje dulu.
kes ada esaimen nak kena buat tapi
belum dapat petunjuk lagi. adehh..
Ulasan