Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Setiap Kali Dengar Lagu Tu Aku Cepat-Cepat Tukar Siaran Radio

Salam'alaik.. Yeahh! Hari ni keje petang setelah sekian lama aku tak merasa keje petang dan jugak pagi. Tak berapa suka lah keje petang tapi ok lah ada masa sikit nak buat esaimen, study dan sebagainya sebelum start belajar lepas cuti mid sem. Habis cuti banyak pulak test dan assignment yang nak kena submit. Jadi aku sepatutnya jadi seperti dulu, miss musang yang comel dan garang cari makan waktu malam but in my case bukan cari makan lah, lebih tepat cari ilmu. Ngeee.. Macam poyo sikit. Done with muqaddimah.. Kembali kepada tajuk. Aku pasti dan mungkin agak yakin ada lagu-lagu yang membuatkan korang cepat-cepat tukar siaran radio bila dengar sesetengah lagu. Betul tak? Tak kisahlah lagu apa dan semestinya ikut taste korang la kan. Dah jadi kebiasaan aku bila dengar satu lagu ni aku akan terus sepantas kilat, sekencang halilintar tangan aku tukar siaran radio. Artis yang mendendangkan lagu tu? Aku tak kenal dan kalau dia glamer sangat pun lantak pi lah sama dia, kisah sangat...

Pembaca Setia dan Pembaca Dalam Selimut.

Imej
Salam'alaik.. Semalam update entri macam biasa orang yang akan komen setiap kali entri di-up kat dalam blog ni dak YM.Bundle . Kadang-kadang rasa bersalah jugak kat dia sebab aku jarang pegi blog dia sekarang tapi dia rajin je komen blog ni bila ada entri baru. Biasalah kalau dah malas tahap cipan nak update blog, engko ingat rajin pulak aku nak pegi blog satu-satu. Mr. lappy ni pun dalam sehari tu kadang-kadang aku tak bukak langsung melainkan ada kerja or esaimen nak buat. Ceiit! Pemalas.  Terasa bila YM.Bundle up entri tips kekalkan pembaca setia. Bagai dicuit-cuit pulak bila baca pasal tu. Pembaca setia aku? Ada ke? Alhamdulillah kalau ada. Macam mana nak tahu ada pembaca setia ke tidak, tak kisahlah bila-bila kau update blog mesti ada orang yang komen walaupun masa tu kau dah hampir setahun tak update blog atau blog kau sebenarnya dah bersawang tahap bersemak dah macam haunted mansion cuma belum ada hantu atau jembalang je yang menyergah pengunjung blog kau tu. Perg...

Entri Perasan.

Imej
Salam'alaik.. Wahh.. Kemain upload gambar. Ni kes dah lama tak upload gambar sendiri kat blog le ni. Saje je pun upload gambar ni sebab aku edit guna PicsArt. Macam cun pulak bila edit guna editor tu.  Aku ni takde lah pandai sangat nak ambik gambar cun-cun guna DSLR macam orang sekarang ada. Walaupun ada peluang belajar guna DSLR milik kakak aku, malas tetap menguasai diri ini. Kalau setakat ambik gambar sendiri macam kat atas ni pastu upload merata tak payahlah mengaku suka photography sangat.  Seperti yang korang tahu, aku pernah bekerja di GSC dan sebenarnya sekarang pun masih bekerja di sana sebagai part time crew. Bekerja sambil belajar plus cari pengalaman kerja sebelum menjadi pekerja tetap di mana-mana company besar seperti InnoBio, BiotechCorp, Appeton atau mana-mana company pharmaceutical yang lain (cehh, berangan sangatlah aku ni). Memang takde kaitan dengan course kerja kat GSC tu tapi sekurang-kurangnya aku dapat rasa sendiri suasana bekerja macam ...