Aku, Ramadhan dan Syawal..

Salam 'alaik.. 


Salam Ramadhan dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Oh, lama sangat aku tinggalkan belog tak berupdate, dari awal puasa sampai ke penghujung ni baru nak update. Di mana hilangnya semangat menghapdet belog yang dulunya paling kurang sehari sekali, kadang-kadang sehari sampai lima entri aku buat. Di mana perginya kerajinan itu?


'kalau setakat rajin update blog, benda lain nak buat malas baik tak payah,'


Bulan Ramadhan, kalau boleh hari-hari nak berbuka puasa kat rumah mak. Malas nak masak, lebih kuranglah. Ish..ish.. Apa nak jadilah anak dara pemalas ni? Tahu dah tu yang korang nak cakap, takpe aku tolong cakapkan apa yang tak terluah tu. hehe. Bukan malas, lepas kelas terus pergi makmal bio menyambung apa yang tak siap lagi. Memanglah tak pergi hari-hari sebab kelas aku kadang-kadang ada jugak yang petang walaupun semester ni satu hari aku ada satu kelas je. Lagipun aku tak rajinlah nak pergi bazar Ramadhan membazirkan duit beli juadah berbuka. Nak masak tapi barangnya takde. Bak kata Ladyy Nana, member serumah, senegeri dan pernah sesekolah. Eh?


'alang-alang nak pergi bazar Ramadhan tu laluan yang sama kita nak balik rumah, baik kita balik rumah je terus. berbuka kat rumah dengan keluarga,'


Rumah dekat memang bolehlah nak ulang alik. Nasib baik jugaklah aku balik berbuka kat rumah, kalau tak sapa nak temankan mak dan ayah aku berbuka? Kaklong, aku taktaulah dia berbuka dengan sapa tapi tadi dia kata dia tak balik berbuka sebab ada hal. Abang, samalah macam kaklong. Rasanya. Tapi selalu jugaklah dia balik berbuka kat rumah. Adik, dia kat Key El. Dah berkeluarga taktahu lah bila dia balik raya. Jadi tinggal aku je lah anak tengah yang boleh dikatakan selalu sangat ada kat rumah. Sebab selalu sangat balik sejak dah ada lesen ni. hehe.


Sambil menunggu berbuka jalan-jalan shopping dulu. Tengok peti ais pun boleh terliur. Haha


Raya tahun ni, nak kata sakan tak berapa nak sakan tapi bergaya tu memang tetiap tahun sakan. haha. Dan tak lain tak bukan sapa lagi lah tempat aku kikis duit suruh belikan baju raya kalau bukan kaklong kesayangan aku yang paling rajin melayan adik dia yang manja sorang ni. Eh? Memang pun, kadang-kadang terasa macam anak bongsu je. hehe. Dan tahun ni kami satu rumah warna hijau tak termasuk dinding rumah dan langsir rumah. Sebab tahun ni dinding rumah tak bercat macam tahun lepas. Tahun lepas rajin nak cat sebab adik nak kahwin, alang-alang dia kahwin baik cat masa raya je terus kan.


Sepatutnya tadi aku tengah buat kerja, entah macam mana boleh teralih ke sini pulak. Haihh.. Haihh.. Ending takde modal. Ok, sambung kerja balik.


Toodle loo~

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
aku pon rajin jugak berbuka kat rumah mak aku skg pasal rumh dah dekat dengan atleast tak la sunyi je rumah tu orang tua tu mkn berdua je..yg bnyk kejenye bini aku la pasal nk masak..ekeke..
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle hehe.. plus kalau aku jimat duit.
Black berkata…
tahun ni hari-hari buka kat rumah . haha

almaklumlah tahun lepas sangat pilu sebab ramadhan jauh dengan keluarga . kehkeh
kei berkata…
uit jaja.. camat ari rye... sejak bila aq pelat ni?? haha
Zazachan berkata…
@|| amira || hehe..tu lah, tahun ni dah ada transport senang nak balik rumah selalu. xD selamat hari raya mira.. ^^
Zazachan berkata…
@kei hahaha! dan2 pelat-pelat manja kau ek? selamat hari raya jugak yang.. ^^

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..