No More Wayang Free.

Salam'alaik..


Dan selamat berpuasa.


Sudah hampir dua bulan aku kerja dan tak lama lagi aku akan berhenti disebabkan semester akan bermula. Semester terakhir di Micet, insya Allah. Dalam hati memang takde rasa nak berhenti kerja pun. Kalau boleh nak kerja sambil belajar, dapat lah tambah sikit duit bulanan aku kan. Tapi semester yang bakal menjenguk aku tak lama lagi ni sangat penting, penentu masa depan aku kena study lebih gigih untuk semester ni.


Kalau dulu, masa jadi sales assistant rasa macam taknak pergi kerja. Kalau dapat cuti rasa bahagia sangatlah, hanya Encik Kawan Baik saje semangat aku nak pergi kerja. Bukan ada apa pun, nama pun Encik Kawan Baik dia je lah teman borak aku time kerja. Walaupun kitorang sempat kenal dua minggu saje. Dua minggu kenal pun dah macam lama. Tapi kat tempat kerja sekarang, sayang nak tinggalkan semua. huhu. Gadis-gadis dan jejaka-jejaka wayang yang selalu berkeliaran di situ tak kisah lah yang curi tulang mahupun yang sedang menjalankan tanggungjawab. Tak pernah kenal, hanya bertegur sapa, 


"Hai hai, bye bye,"


Gaji pun boleh tahan. Walaupun kalau diikutkan gaji sales assistant dulu dengan sekarang takde beza pun. Lebih kurang je tapi bezanya bila gaji dibayar selepas dua minggu bekerja. Masa tu barulah perasan berapa banyak kau kerja. Kalau sebulan sekali, perghh! Berjanggut nak tunggu tu yang jadi malas nak kerja. Kalau tunggu sebulan tapi gaji banyak takpe.huhu..


Minggu terakhir macam ni lah aku merebut working hours yang lebih. Supervisor tanya boleh tak kerja lebih esok, aku terus cakap ok dengan teruja. haha. Terasa mata duitan, dengar kerja lebih mata dah ada $$. Ada member nak tukar jadual dengan aku dan working hours dia lebih dari aku, "Aku tak kisah!" Yep, aku memang teruja. Sebab aku ada target sekarang ni. Kumpul duit nak kahwin, jeles maa tengok si adik dah kahwin dulu dari aku. 


Gambar kahwin adik aku. Bukan aku punya.




'Kerja tetap pun belum ada kahwin yang dia pikirkan? Haiihhh.. '


Mesti. Sebab aku nak kerah tenaga adik dan suami dia pulak. Since hari tu aku macam hape jadi runner dengan kakak aku, nak layan tetamu aku pun tak sempat. huhu.. Nak update blog bagitau korang pun belum tentu ada masa. Tido tak cukup, pagi majlis petang terus pergi kerja. Tapi masih dapat bertahan. Ada macam mengungkit di situ.huhu..






aku sebenarnya sudah lupa
cara yang betul update blog.
err..macam ni kan?

Ulasan

Sang Gabriel berkata…
kamon zazachan, kawin cepat, kamon!
Zazachan berkata…
@gabanMorka sabarlah aku kumpul duit dulu.huhu
Black berkata…
go jaja ! go jaja !
you can do it !
*excited*
Zazachan berkata…
@|| amira || haha..yelah2..sy pun eksaited ni.nak kawen. xD
Unknown berkata…
sori xdpt pegi adik ko kwin sbb keje dngn gigih. Same laa makin lam makin ketagih kerja :) Aku pun tak dah macam mana nk update blog haha
Zazachan berkata…
@Kazen haha.. kaannn.. rasa ketagih pun sebab kite suka keje kite tu. bagi aku la, second baru pikir sebab dapat duit.kihkih.. takpe2 aku tak kisah tapi kahwin aku nanti korang kena datang jugakkk..hahaha
miszati berkata…
la za,adek ko kawen da ke.bpe ek umo die
Zazachan berkata…
@miszati umur dia 20tahun.sori la aku tak sempat nak jemput korang.sume benda buat last minit sori sesangat..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.