Gadis Wayang.

Salam 'alaik..

Waahhh! Lama tak update encik belog hitam-hitam manis ni. Sampai kerja jadi gadis wayang dan dah nak berhenti pun.

Sepertimana yang dinyatakan di atas, aku memang kerja kat wayang tapi bukan buat wayang k. Aku jadi penjual tiket di GSC Dataran Pahlawan Melaka. Kalau nampak kat kaunter gadis comel bertudung yang paling kecik tengah jual tiket tu lah aku. Kihkih.. Datanglah tegur-tegur aku. Tapi kalau datang nak mintak tiket free memang dapatlah, dapat cop 18 tahun ke atas kat muka. Hoho..

Malam Selasa hari tu kitorang staff GSC ada party sempena menyambut 4 tahun anniversary GSC Dataran Pahlawan dibuka, dan itu adalah kali pertama aku menghadiri party. Serious, party harijadi member aku pun tak pernah pergi. Parti buih? Parti liar? Perghhh! Lagi lah aku tak pernah pergi!

Invitation card.

Tema: Glamorous rock!

Memang dalam 5 hari jugaklah aku duk pikior apa baju aku nak pakai untuk malam tu. Serius, buntu kepala otak den ni ha. Aku yang sopan lagi ayu nak pakai ala-ala penyanyi rock? Erkk? *perasan*. Setelah di google dapatlah idea, nak pakai macam Selena Gomez dalam Wizard of Waverly Place.



Ok, bukanlah nak pakai sebijik sejiban macam dalam gambar ni. Aku tertarik dengan handsock dia je, alang-alang aku memang banyak gile handsock comel macam tu. Yang tebal ada, yang nipis pun ada. Sampai kakak aku pernah tanya, 

"Kenapa beli handsock camni? Bukannya pakai pun," 

Mula-mula memang aku beli saje-saje dan buat koleksi sebab nak tiru macam Selena Gomez dan Gdragon dalam video simonim dengan TOP tu. Tapi lama-lama bila dah banyak aku pakai jugak. Masa drive kalau sejuk sangat aircond keta dan masa jalan-jalan shopping or tengok wayang since aku ni takde lemak dan tak boleh kena sejuk nanti cramp.


Ni video simonim yang aku cakap tu.


Aku pikir kalau pakai benda tu cukup dah nampak rock nye. Bukan nak beriye sangat pun, aku nak makan-makan je nanti. huhu.. Aksesori tambahan tu pakai je lah apa yang ada sebab aku memang suka beli aksesori yang bling-bling ni walaupun tak pakai. Bukan segan nak pakai tapi aku memang suka beli pakainye tak. Even kasut aku pun banyak yang aku beli tapi sampai sekarang tak pakai-pakai. Bolehlah korang kata aku ni suka membazir, nampak barang cantik sikit terasa nak beli tapi pakainye tak pun.

Simple and steady. Gadis-gadis BO.

Simple macam ni pun ada orang kata aku nampak rock malam tu. Walaupun sebenarnya aku pakai macam mana aku pakai selalu terutamanya bila keluar dengan kakak or kawan-kawan aku. Kasut pun aku pakai sneakers yang aku selalu bawak pergi lab. Memang agak kotor lah sikit. 

Tengah-tengah duduk jadi penonton di bahagian hadapan tiba-tiba rasa sejuk, dalam hati, 

"Nasib baik aku pakai benda alah belang-belang ni," 

Huhu.. Parti ni habis memang pagi lah since start pun dah pukul 12 tengah malam so takpayah nak mengada-ngadalah nak balik pukul 1 pagi macam selalu aku balik kerja. Pukul 3 lebih tak silap aku kitorang balik. Sampai rumah pun berjaga sampai pukul 4 lebih, esoknya aku tak pasti bangun pukul berapa tapi agak awal sebab ayah aku ada belikan nasi lemak. Untuk nasi lemak yang dah jadi kegemaran aku, aku sanggup bangun awal. HAHA..

Last picture for this entry, 


Ini Jalal, dia rajin buat bintang macam encik kawan baik. :)



Gambar-gambar bukan milik aku,
aku curik dari fesbuk member aku.

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
perghh...lama gila ko tak hapdet blog itam manis ko ni zaza..haha..

aku tgk tak nampak rockers pon gaya ko..hehe..lambat la ko bagtau ko keje situ..aku pon penah tgk wayang sekali kat sana..tak tau plak ko keje situ..
~ miSs rAkinAh ~ berkata…
waa~ klo g GSC Dataran mesti jumpe azza la kn ^__^
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle rindu tak? rindu tak? hahaha..aku pun tak nampak rockers dalam diri aku.huhu

ko pernah pegi tahun bila? aku baru keje bulan 6 aritu tp akhir bulan 7 ni aku dah nk berenti dah.ke kau mmg pernah beli tiket kat kaunter aku.huhu
Zazachan berkata…
@~ miSs rAkinAh ~ a'ah2 datang la tengok wayang situ. dah lama tak jumpa kinah.. ^^
Ym.Bundle berkata…
aku pegi lama dah..ekekeke..takpe la..nant kalau aku datang melaka lagi aku roger la ko..lama aku tak minum coconut shake ni..
Unknown berkata…
ko bile last keje wehhh... siap berparti lagi tu. Ade dak junior keje kat GSC AEON Bandaraya, itu hari aku pergi beli mkanan kat kaunter dapat murah ag haha sebab dia cakp sedara dia so dapatlah diskaun..haha.
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle ntah2 nanti aku dah takde keje situ lagi dah.huhu..
Zazachan berkata…
@Kazen 29hb ni aku last.sbb kan 30hb start kelas dah.tp ari raya aku keje gak nanti..
Black berkata…
kerja tempat wayang boleh tengok wayang free tak ?
Zazachan berkata…
@|| amira || boleh.kitorang dapat staff pass tp dapat tengok cerita yg dah 2 3 minggu kat wayang lah.yg baru tak boleh tengok..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..