new bloglist
new home new bloglist new bloglist

29 April, 2012

Home » » Study Week!!

Study Week!!

Salam 'alaik...



Yeay! Study week!...
Ok, muka gembira bila study week. Bukan sepatutnya kau risau ke za, sebab lagi seminggu je nak final?! Abaikan manusia yang taktahu expression sebenar untuk study week. 

Bagi aku bila dah study week, tu maksudnya dah takde esaimen yang nak kena buat walaupun pada hakikatnya aku kena study gile-gile untuk final sebab aku tahu coursework aku tak gempak! Dan aku tahu FYP aku tak start lagi! Aku tahu sem depan which means my last sem in Micet akan jadi bertambah busy. *sigh..

"Jangan mengeluh za, tak baik. Mak cakap sekali mengeluh, beribu masalah akan datang,"

Bila start study week barulah rajin download movie dan drama jepun macam sebelum ni. Barulah rajin sambung tengok One Piece yang aku tertinggal hari tu. Eh, tapi takdelah jauh sangat aku tertinggal One Piece. *kantoi sambil buat esaimen sambil tengok anime. kihkih..* Barulah kembali merapatkan ukhuwah dengan senpai-senpai tersayang tanya movie dan drama yang aku perlu tengok. 

Paper untuk final ada 4 paper je. *tak sedar diri budak ni..*

Tapi.. Bila duduk sorang-sorang kat rumah sewa ni, rindu pulak kat kucing-kucing yang selalu buat aku bertambah stress masa tengah sibuk buat esaimen aritu. Walaupun depa manja sampai aku tersepak-sepak masa on da way ke dapur. *eh, aku tak sengaja. bukan sebab nak seksa binatang, tapi depa yg halang perjalanan aku..huhu*

Rindu Snowhite dan Kawaii!!!!

Sobbs..


Rileks.. Tak payah nak sedih sangat lah. Entah kucing-kucing tu rindu aku ke tak. Yang sekor dah start buat suara gatal, yang sekor lagi.. Err.. Undefine la perubahan dia yang kejap jadi sangat nakal, pastu diam macam tak manja langsung, then jadi kucing yang suka imitate perangai kucing lain (100% k!) dan baru-baru ni jadi dirinya yang awal-awal dulu (Alhamdulillah..). First time jumpa kucing yang suka tiru perangai kucing lain dan pernah buat-buat sakit semata-mata nak dapatkan perhatian lebih. Perghhh! Tak sangka betul. Fine, aku kan amateur bab-bab kucing ni..

Kalau cakap pasal kucing memang sampai esok lusa pun tak habis lagi..

Semalam aku dan member kelas aku duk jalan-jalan satu Melaka konon-konon nak pegi perhimpunan Bersih lah kan kat Dataran Pahlawan. Memang tak tercapai di akalku lah kalau jalan-jalan ke sana. Memang cari nahas tu. Dari aku melibatkan diri dengan benda-benda macam tu baik aku buat keje yang lebih berfaedah macam tolong usyakan barang-barang hantaran untuk adik dan kakak aku ke. Tolong usya barang hantaran untuk aku ke. kihkih.. Kemain awal nak usya, kawen entah bila lah agaknya.. Eh2.. Tapi kenapa aku macam tak dengar apa-apa pasal Bersih kat Melaka? Memang takde eh?

Kecoh..


Heh..



4 virus attack:

izzati berkata...

ade yunk tp bapak aku kate BERSIH kat melaka aman je... kat KL yg truk ckit sbb cmpur tgn jin kot..huahuahua

cik zaza berkata...

@izzati haha.. yeke ada? sebab ayah aku kata jalan yg kat dataran pahlawan tu dah tutup. mungkin diorg ikut cakap kot dtg kat dataran pahlawan tak berarak..

Botak berkata...

study week bersenang lenang eh., result utk sem ni mesti gempak punya., hehehe..

cik zaza berkata...

@Botak cehh.. ayat kau.sentap aku baca..huhu