Facebook Jadi Berfaedah Bila...

Salam 'alaik..

Semakin rajin nampaknya aku update blog ni. Walaupun kerja masih banyak yang perlu disiapkan, assignment yang perlu dihantar minggu ni bertimbun-timbun sampai tak larat nak pandang, presentation pula berderet-deret, test pula.. Tak perlu bagitau busy nye diri ini mesti dah dapat agak memandangkan aku memang sangat suka mencuri masa-masa busy dengan update blog. heh. Masa tengah takde kerja jengah blog pun tak.

Kalau dulu facebook dan twitter menjadi medium aku stalk orang-orang yang entah sape-sape. Tapi semestinya manusia tersebut telahpun jadi kawan aku kat facebook kalau tak mesti susah nak stalk. hehe. Atas alasan, aku care pasal diorang sebab tu aku stalk. Boleh terima ke alasan tu? Sekarang tak lagi lepas buat account twitter baru dan deactivate account yang lama, dan facebook pula jadi kegilaan aku log in untuk main game favorite, Hidden Chronicles. Eh, ada sape-sape yang main game tu tak? Add lah aku pastu kita jadi neighbour. kihkih..

Dan sementara menunggu energy di Hidden Chronicles kembali penuh untuk meneruskan permainan seterusnya, aku akan singgah di group kegemaran. Group yang memberi aku sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang selama ni aku tak berapa nak tahu. Member group tu pun ramah-ramah belaka.


Alhamdulillah..

Sekarang boleh dikatakan masa-masa kat facebook dah tak membazir macam sebelum ni. Jadi stalker je keje pastu bila ada benda yang tak sedap dipandang, mulalah kutuk. Kutuk pun macam aku sorang je yang baik tak pernah buat salah. Teruk pulak rasa bila pikir balik. haihh..

Dan sekarang dah tak kisah facebook aku jadi tontonan ramai tanpa privasi. Bukan ada apa pun kat facebook aku tu. Status pun jarang update sebab aku bukannya ada benda nak update, kalau setakat update benda yang tak berfaedah baik tak payah. :)


ilmu yang sedikit dikongsi lebih bermakna
daripada ilmu yang banyak tapi hanya untuk diri sendiri..
muslimah, jom join group NI..

Ulasan

jijie berkata…
kihkih.. best kan..
dah ter'addicted' ni
Zazachan berkata…
@jijie tau takpe.ni kaklong la yg buat aja addicted ni.huhu
EG berkata…
Main game dekat facebook memang best pon. Tapi tu lah. ketagih + kena ramai kawan yang main. haha.
Zazachan berkata…
@EG hehe..betul. ketagih pastu kalau takde kawan yg main game yg sama boleh pulak buat acc lain semata2 nk main game.huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.